Geng Panda Slim

Monday, January 17, 2011

Ranau Bukan Tempat yang Sesuai... MSN

CADANGAN Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) untuk mengadakan program latihan atlet dengan kos RM3 juta di Kompleks Sukan Ranau, Sabah ditolak Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.
Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong berkata, tempat latihan dikemukakan badan induk sukan olahraga itu tidak sesuai kerana daripada segi geografi, Ranau bukan kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk latihan atlet acara trek.

“Kami tidak mahu bazirkan peruntukan kerajaan untuk program yang tidak memberi kesan kepada pembangunan semua atlet,” katanya mengulas perkembangan cadangan KOAM untuk mengadakan program latihan di luar Kuala Lumpur bagi persiapan menghadapi Sukan Sea di Indonesia.

Beliau berkata, atlet olahraga perlukan pertandingan berbentuk kompetitif dan bukannya menjalani latihan di luar Kuala Lumpur.

Zolkples berkata, MSN akan berhati-hati menyalurkan peruntukan kewangan kepada KOAM selepas badan olahraga itu didapati beberapa kali menggunakan peruntukan tidak mengikut cadangan MSN.



Baca berita penuh

alahai... ni tiba2 d tolak pula. geram nya aku... at least my place ada peningkatan... tapi MSN tetap xnak bagi. tempat tak sesuai... hmmm yelah... nak juga dia bagi atlet dia hirup udara SEGAR kat KL ni... hikhikhik... xpe terima kenyataan... tempat kami ni jauh... ( macam jauh hati jeee)



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91