Geng Panda Slim

Sunday, January 16, 2011

Cirit - Birit Berlarutan

 Uitsss apa mimpi budak ni buat entry Mcm ni? huuu korang xtau... saya alami cirit birit hampir seminggu.. ingatkan semalam dah Okay. Cadang nak g cec pagi ni... sebab da ok tapi u know i tak leh rasa air cond terlalu skang ni, why coz perut akan memulas teruk, besides i kan cirit, bila g toilet yang kuar.... ( sebelum tu minta maaf pada yang sedang makan yaa) yang kuar hanya air... diikuti angin berlarutan ( kentut =x bau)
saya risau perkara ni.. so saya pun google la apa yang patut... apa yang saya dapaT?
ni... sayaada copy pastekan... ( memang COPY N PASTE) taakkan nak ubah2 fakta.... saya dapat ni daripada




Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
 
Gejala - gejala
v Peningkatan kekerapan membuang air besar.
v 
Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan
    abdomen.
v 
Terdapat angin atau kentut yang melampau.
v 
Kehilangan selera makan.
v 
Adakalanya demam.
v 
Adakalanya terasa mual dan muntah.
v 
Sakit otot.


(Yang saya 'biru'kan tu adalah gejla yang saya alami )

Komplikasi
Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v
Kehilangan 5-10% berat badan.
v 
Gelisah dan mudah tersinggung.
v 
Mata terbenam.
v 
Ketidakhadiran air mata.
v 
Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
v 
Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
v 
Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit  mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
v 
Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
v 
Keletihan dan mungkin hilang sedar.
v 
Mata adalah terlalu terbenam.
v 
Ketidakhadiran airmata.
v 
Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
v 
Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
v 
Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil
     beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.

v 
Kekurangan jumlah air kencing.
Punca-punca cirit-birit
v Meminum air yang tercemar.
v 
Memakan makanan yang tercemar.
v 
intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
v 
Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
Punca-punca kronik
Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
v 
Penyakit  gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
v 
Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
v 
Penyakit-penyakit usus.
v 
Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella – jangkitan-
     jangkitan virus – jangkitan-jangkitan protozoa

v 
Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
v 
Kecacatan penyerapan
v 
Selepas pembedahan
v 
Fistula dalaman
v 
Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
v 
Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
v 
Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
v 
Kanser
v 
Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
v 
Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
v 
Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu
    dan salur gastrousus.

v
Reflex diarrhoea due to extracolonic disease e.g. pelvic inflammation, urinary tract
     condition, appendicitis etc.

v
Constitutional diseases- e.g. hyperthyroidism, uraemia, collagen diseases.

Apa yang dapat dilakukan oleh anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
 v Minum banyak air.
v 
Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
v 
Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
v 
Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.

v 
Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

v 
Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
    dengan doktor anda.

v 
Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan
v Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan
     mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dll.

v 
Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
v 
Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan
     tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan
     organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.

v 
Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia
     tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.

v 
Tabiat kebersihan makanan yang baik.
v 
Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum
     menyediakan dan mengendalikan makanan.

v 
Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
v 
Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
v 
Tudungkan makanan yang telah dimasak.
v 
Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang
     telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.

v 
Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

  Lepas ni korang jangan nak main2 sal cirit birit ni tau.. huhuhu

Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

4 comments:

monica said...

semoga cepat sembuh ye..kalau berlanjutan lagi..jumpa doktor tau.. :)

panda montel said...

thanks... monica... 1st for wishing me cepat sembuh dan 2nd sudi baca blog kita.. huhu

saya_arief said...

banyak betul info b'guna dapat ari ni..
huhu..
:D

panda montel said...

berguna ke? hmmm i feel good dapat bagi info berguna

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91