Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Friday, January 11, 2013

Dalacin T dan Jerawat.

Seperti entry Hari  Itu aku punya keyakinan diri memang agak terganggu. Malu bila berdepan dengan orang ramai. Siapa yang inginkan kulit jadi macam ni kan? Jerawat menjadi semakin teruk. Banyak produk aku sudah cuba untuk merawat masalah aku ni tapi seem not working. Boleh baca beberapa review mengenai produk-produk yang aku cuba gunakan di produk 1, produk 2, produk 3, produk 4 dan produk 5. 


Mungkin tidak sesuai dengan kulit ataupun tak cukup kuat untun menentang infeksi dan bakteria yang  ada pada muka. Aku juga inginkan kulit muka yang bebas daripada sebarang masalah .
Masalah jerawat ni menjadi sebahagian daripada aku sejak dahulu kala lagi sehingga zaman skang ni. Memang rasa rendah diri tu sangat low. Selalu aku cuba sedapkan hati dengan menerima kenyataan bahawa diri ni tak sebertuah orang lain sehinggalah peristiwa ini  berlaku beberapa minggu lepas.


Semenjak tu aku semakin kurang keyakinan bila berhadapan dengan orang lain. Dan aku pun berusaha mencari solution untuk kulit ni. Sampai tunang dan abang suruh jumpa skin specialist, tapi manalah aku mampu nak bayar cost kan.  Dahl ah aku ni penganggur masih. 


Eam skang ni aku sedang cuba Dalacin T, sejenis antibiotic khas untuk jerawat. So far, aku nampak ada perubahan la. Jerawat jenis  kecik2 dan susah nak kuar tu, dan juga yang bengkak tu... banyak yang menjadi merah dan kemudian bila dipicit, senang je kuar. Merah dan bekas hitam kena picit pun sekejap je pudar. Dalacin T ni di suggestkan oleh Dhiera, kawan blog gak.  Kesan antibiotic ni lebihkurang lah dengan Phillipe Marcel yang aku pernah beli dengan beautician kat KL dulu. Bezanya, Dalacin ni tak treat pores dan lebih murah (RM35) dan boleh beli kat farmasi berdekatan. Yang Phillipe Marcel tu treat pores, jerawat, Scar, and repair kulit, tapi mahal around RM120. 


So mampu beli Dalacin T je buat masa ni. Semoga berkesan antibiotic ni.
Ok la… sudah sangat lama tak menulis. Banyak cerita nak update kat Blog. Tq kepada yang membaca sehingga habis ye…



Yang Penting HATI Bah.

12 comments:

shu said...

sy guna mycin t3 dgn toner eskinol..okla jgk..cpt surut :)

Tukang Karut said...

confirm muka dah licin ek...

Len Inouie said...

Aih... sama la nasib kita ni. Banyak jERAWAT.Hishh...

krole said...

drpd ko pakai tu wen..bek ko gna bedak sejuk atau bedak muntah belut...nada kimia n berkesan...aku dulu pun ada masalah jerawat yg teruk tp skngni da okai...hihihi..aku bukan nak pomote cuma nak kongsi ya~hihihi

Wenwink Kidu.Duki said...

@shu xpernah dengar.. tu antibiotic juga ke?

Wenwink Kidu.Duki said...

@Tukang Karut mana ada licin. masih macam jalan gravel tu haaaa.. hehe

Wenwink Kidu.Duki said...

@Len Inouie tei? mana ada jerawat ko o....

dhiera said...

kalau dalacin T ni betul2 berkesan, inform ok! hiks

shu said...

haah..dkt farmasi je ada :)

NurLuLu said...

Awak sila baca komen sy di post product 1. Setakat ni sy dah suggest kat ramai kenalan yg ada masalah sama. So far alhamdulillah.

Wenwink Kidu.Duki said...

@dhiera nampak macam aku jadi tester kat sini ye puan dhiera hehehe

Azraa Lyana said...

Saya dah setahun pakai Dalacin T dan hasilnya memang berkesan. sekarang dah xda jerawat besar. skrg xpyh sakit2 agi muka dgn jerawat dan bila jerawat baru nak naik kita letak dalacin t dia cepat hilang. ^_^

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91