Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Monday, May 25, 2009

Its My Birthday ( '_ * ) 25 MAY 2009

Shallom...

Dah lama sangat dah saya tak update blog nie..
Ada juga yang comment kat Fs kata tak dapat buka my blog.. sorry fren.. saya pun tak tahu kenapa tak boleh buka buat masa ni..

Bermula lembaran baru dalam hidup sia.
hehe birthday genap 21 tahun..

bebas daripada bebanan menjaga hati dan perasaan orang lain. heheh
lucu gak...

Just tunggu rencan Tuhan.. nampaknya dah ada tapi kena la betul2 peka mendengar suara Tuhan.

Esok harap2 saya dapat atau sempat post satu catatan untuk dibaca oleh anda sekalian sebelum saya balik kampung dan keluar semula sebelum balik UPSI nanti.. hehehehe Gud Luck for all...and God Bless You All My dear friend...

happy reading and see u next sem for those who same university with me...

Friday, May 8, 2009

08 May 2009

Ini mungkin merupakan entry terakhir untuk sem ini..
Aku akan balik sabah. Harap dapat buat entry semasa berada di sabah nanti.

Aku mahu melupakan segala perkara yang berkaitan dengan masalah yang aku hadapi di semenanjung ini...banyak perkara yang tak dapat aku mengerti, mengapakah semuanya harus terjadi, di dalam kehidupan ini. Satu perkara yang yang kusimpan dalam hati, tiada suatu pun yang berlaku tanpa Tuhan peduli. Tuhan mengerti..

Dalam kesakitan saya harus bangun dan harus mampu menjalani kehidupan yang saya sudah lalui selama 21 tahun ini. Tuhan melihat kehidupan saya dan dia merawat umatnya... Tahun ini merupakan tahun pertama akan meraikan birthday tanpa dia di sisi saya.

Tuhan Kuatkan aku. Berkati dan sertai dia ya Tuhan. Aku mengharapkan yangg terbaik dalam kehidupannya.

Wednesday, May 6, 2009

Indah Pada Waktunya

Maaf jika tuan empunya diri terbaca kisah ini.

Dah agak lama aku tak berblogging… Mungkin dah sampai masanya aku kena berterus terang dengan hidup saya. Mungkin Tuhan sudah mem'prepared' hal ini sejak dahulu lagi. Belakangan ini aku bergumul. Sangat bergumul dengan hubungan aku dengan seseorang. Setelah enam tahun menyemai kasih. Rupanya ini kesudahan yang berlaku. Aku sebagai manusia biasa hanya mampu  menangis dalam hal ni… aku bergumul dengan kekuatan diri selama lebih dua minggu atas perpisahan ni. Sangat menyakitkan… 

Lebih-lebih lagi bila dia bagitahu aku yang dia tak pernah menyayangi aku. Hanya Tuhan yang tahu hal ini. Aku hilang arah. Aku jadi buntu memikirkan yang aku telah kehilangan antara orang paling penting dalam hidup aku. Aku kehilangan tempat bergantung, bermanja, mengadu masalah dan pelbagai perkara. Betul-betul hilang pertimbangan. Aku amat sedih bila kehilangan dia. Aku tahu masih ramai lelaki jauh lebih baik daripada dia. Tapi aku aku sangat mengasihi dia dan dia adalah yang pertama.

Aku takkan dapat lupakan dia dalam hidup. Tapi aku akan perlahan-lahan kikis perasaan sayang aku pada dia. Orang kata, if u love someone, let them go, and if he back to you, then he is yours. Aku sangat sayang, sebab tu aku lepas. Kalau lepas ni ada jodoh, aku serahkan pada Tuhan. 

Memang sangat menyakitkan. It’s hurt me deep. Naluri saya terhiris dengan setiap kenyataan yang berlaku pada aku. Aku tahu aku harus lebih berserah kepada Tuhan dalam hal ini. Namun aku masih  lemah bila memikirkan soal dia dalam hidup aku kini sudah tiada.

Aku habiskan masa yang begitu lama dengan dia. Enam tahun bukan jangka waktu yang singkat untuk melupakan dia begitu sahaja.Aku ingin, tapi kuasa Tuhan melebihi segalanya. Bagaimana aku hendak melawan kehendak Tuhan? Setelah 6 tahun 2 bulan 24 hari aku bersama dengan dia. Tuhan meletakkan kesudahan seperti ini dalam kehidupan aku Sakitnya tak dapat aku gambarkan. Aku terasa seperti hilang arah, aku tidak ingin apa pun selain dia. Tapi semuanya hancur kini. Aku sedih dan aku mencuba untuk kuat...

INDAH PADA WAKTUNYA _ Edward Chen

Ada waktu ‘tuk berduka
Ada waktu ‘tuk bersuka
Ada waktu ‘tuk berdiam
Ada waktu ‘tuk berkata

Namun di atas segalanya
Ku tau Allah ku bekerja
Mendatangkan kebaikan
Bagi yang mengasihinya

* Disaat yang ku alami
Tak seperti yang ku ingini
Di saat tiada jawapan
Mengapa harus terjadi

Namun di atas segalanya
Ku tau allahku bekerja
Mendatangkan kebaikan
Bagi yang mengasihinya

Mungkin takku fahami
Apa yang kini aku alami
Namun ku tahu pasti
Kasih Allah ku takkan berhenti

Kan ku s’rahkan semua
Pergumulan ku pada-Mu Yesus
Ker’na ku tau pasti
Semuanya ‘kan jadi indah pada waktunya

Amen… Tuhan mencintai aku.. Lebih daripada manusia mencintai aku…

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91