Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Saturday, March 31, 2012

Bersyukur Selalu



Terima kasih sebab sentiasa ada disisi ku bila aku perlukan-MU.
Terima kasih pada-MU sebab memberikan yang terbaik untuk aku. Lebih daripada itu, terima kasih sebab Engkau sangat baik dalam kehidupanku dan setiap langkah ku Kau jagai. Terima kasih kerana berkat-MU yang melimpah ruah dalam kehidupanku. Aku tahu aku bukan sesiapa di mata manusia tapi bagi-MU aku adalah anak-MU. Kau yang tidak pernah memilih paras dan kesempurnaan. Ku bersyukur...

 Yang Penting HATI Bah.

Monday, March 26, 2012

Guru Prasekolah / Pre-Kindergarten Teacher

 
Kebelakangan ni aku sering berfikir apakah akan aku lakukan selepas aku tamat pengajian dan bergraduasi. Aku masih ingat, kecil kecil dahulu aku tidak pernah sekali pun menyenaraikan Cikgu sebagai salah satu cita-cita aku. Seingat aku...
          Darjah 1 hingga Darjah 6 aku bercita-cita nak jadi Polis.
Lepas tu masuk  je form 1 aku masih nak jadi Polis tapi yang tak pakai baju seragam (uniform) sebab nampak cool je tanpa uniform tau tau dah nak tangkap orang jahat. Hehe...
Form 2 hingga Form 4 aku cita-cita nak jadi Penulis/Penerbit/Pengedit/Penterjemah
Form 5 tu aku nak jadi Pegawai Pemakanan, cita-cita berubah 360 darjah.
Form 6 aku berangan nak bekerja sebagai Pegawai Bank dan nak Business sendiri.  
Hahaha pelik kan aku... macam tak tahu arah tuju langsung, Last last aku pergi apply apa? Aku habis saja STPM aku apply masuk UNIVERSITY tapi tak tahu nak ambil jurusan apa. Without any purpose aku klik klik je UPU tu. Hmmmm.... Lepas tu dapat la MEDSI untuk tapisan masuk UPSI. Lepas tu gagal dalam Medsi tapi aku tak sedih sikit pun.
Then pergi jadi kerani kat Office Gereja. Kat sana aku mula berfikir sedalam-dalamnya. Mencongak masa depan aku. I am so lucky sebab aku dikelilingi oleh orang-orang yang sangat baik dan banyak membantu aku daripada aspek Rohani, Mental dan Material.  Bila aku ajukan minat nak belajar dengan Seorang pensyarah dari UMS dan memberikan Result STPM aku yang tak seberapa, aku di terima sebagai pelajar UMS di sekolah Peniagaan Dan Ekonomi dengan pengkhususan Perbankan. GULP! Aku masa tu takut je lebih. Aku hold decision aku untuk sambung belajar di UPSI sebab aku takut aku tak mampu nak belajar dalam bidang tu. Tak de keyakinan langsung kan.
Lepas tu aku cuba mohon masuk UPSI semula untuk ambilan Disember 2008. Tapi seriously aku tak pernah mahu menjadi Cikgu. Aku tak tahu apa yang mendorong aku untuk beria ia nak masuk UPSI. And I got the MEDSI. Kali ni aku serahkan semuanya dalam tangan TUHAN. Aku memang berkata padaNYA. “GOD, not my will but YOURS”  And yes aku Lulus MEDSI dan kemudian lulus interview. Aku tidak sedar, semuanya bagai mimpi bila aku sudah berada di UPSI and as a Childhood Teacher!
I never dream to be a Pre-Kindergarten Teacher!!! Aku apply masuk UPSI pun aku minta Pendidikan Kaunseling. Hmm... but then aku tetap teruskan dengan pertanyaan dalam hati aku... WHY Must a Pr-K Teacher? Sampailah sekarang ni tanpa sedar aku kini sudah di Tahun Akhir Pengajian.  And jawapan yang aku dapat daripada soalan aku kat atas tu adalah....

“God knows you more than you ever do. God knows what the best to you is. Let Him make your way and what you need to do is, be always in His way and make effort in everything you do” (Tuhan Tau mana nak letak kita)

P/s: Sometimes I wonder if my life is obeyed in an illusion, but one thing I've learn is the reality is only what you make it”


Yang Penting HATI Bah.

Thursday, March 22, 2012

Melindungi Diri Sendiri.


Protect myself from buying any product for skin/hair/health care via online. I will never do that anymore...
Dapat pengajaran selepas terkena beberapa kali. Haishhhh....

Baik Beli Himalaya. But no Himalaya at Guardian Tapah. So beli Phytobar je la. 

Yang Penting HATI Bah.

Sunday, March 18, 2012

Warna Merah Bertuah 2nd Ed.

 Okey semalam updet 3 syarikat je tapi CIk Bib g pula cakap pasal Kaler Biru... Well hallo cik Bib... ko tengok BSN dgn Balai polis tu kan milik kerajaan. hiks... haha (takde kaitan)

Air Asia = Merah 
Public Bank = Merah
Cimb Bank = Merah

Manchester United = Merah
Maxis/Hotlink = Merah
Blog RedMamma (xpasti die masih gune tak nama ni) = Merah
Pizza Hut = Merah
Kaling Food Centre (KFC) = Merah
Coca-cola = Merah
Mc Donald = Merah
Secret Recipe = Merah

Lagiiiiiiii? hihi

Hihi... Tukang Karut Pula bagitau Merah=fobia... ????? aku tak faham. yang aku boleh faham adalah... Bola Player tu fobia sebab Man. U kaler merah kot.... hehe I am the " kipas susah Mati" untuk Manchester United, especially Rooney.  
p/s: mood tunggu printer aku sampai dari tg malim. Sedang terbang ke Tapah... apa pon tengok la Movie Tooth Fairy dulu.

Yang Penting HATI Bah.


Saturday, March 17, 2012

Warna Merah Bertuah


RED. (BI)
MERAH.(BM)
ARAGANG.(BKD)
RED. (BI)
MERAH.(BM)
ARAGANG.(BKD)
RED. (BI)
MERAH.(BM)
ARAGANG.(BKD)
RED. (BI)
MERAH.(BM)
ARAGANG.(BKD)
RED. (BI)
MERAH.(BM)
ARAGANG.(BKD)
RED. (BI)
MERAH.(BM)
ARAGANG.(BKD)
RED. (BI)
MERAH.(BM)
ARAGANG.(BKD)

Hmmm ada pa dengan warna merah ni? Hiks...
Cuba korang tengok....
Air Asia = Merah
Public Bank = Merah
Cimb Bank = Merah
 Semuanya adalah syarikat yang konsisten kan? Apa lagi yang menggunakan warna merah ye?
Adakah merah ni maksudnya success? Or,  should I change may fav.  color into red color? Erks....

P/s: takde motif pon entry ni.



Yang Penting HATI Bah.

Terasa Nak Give Up


Pernah tak anda ingin berputus asa. Ingin berhenti melakukan segala sesuatu yang sedang anda lakukan? Aku rasa saat ni semuanya Nampak kabur. Terus terang, rasa ingin berhenti sahaja sebab lihat begitu banyak kekurang diri banding dengan orang lain. Lemah kan aku?? Ya aku cukup lemah. Benar2 terasa ingin berhenti. Tapi memandangkan aku kini sudah berada lebih daripada separuh jalan... aku kuatkan hati. Tapi yalah, manusia kan. Kadang tu aku rasa aku ni la manusia paling teruk sebab benda macam ni pun aku tak dapat handle. Tapi... 

Banyak sangat kan alasan  aku? Apalah salahnya kalau aku kuatkan sedikit hati ini untuk meneruskan? Tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Tinggal 10 minggu sebenarnya. Sangat penat memikirkan bahawa aku akan menulis RPH untuk 20 hari sebanyak 200 helai muka surat lebih kurang, bagi 160 jam lagi.

Erksss masih banyakkan assignment aku? Hihi... Bagi yang akan berpraktikal sebagai cikgu... rajin rajinkan diri anda menulis pakai tangan. Nak rujukan lanjut refer sini...


Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, March 14, 2012

Yang Lama Ganti Baru.

Hai semua,... ade lagi ke pembaca yg dtg berkunjung ke blog aku nie? Ehee...
Da berkurun rasanya aku tak buat sebarang update. Well aku ingatkan boleh la update lebih sikit masa praktikal ni. Sapa la tau benda macam ni pula yag berlaku kan. Aku tersangat la sibuk. Banyak benda kena uruskan. Ape pon... aku enjoy dengan semua ni. Sedang belajar mengajar. Erghss... dan memang sangat berharga benda yang aku pelajari. Semuanya indah belaka.. walaupun sangat penat dan menyebabkan aku turun 4 kilo sudah. Hehe. Tapi rasanya sudah naik balik berat aku skarang ni.

Dulu readers aku ada la juga sikit. Skang ni hmmm boleh kira dengan jari kot. Hehe... tak pe la. Ada masa aku akan update juga.

Ok, cerita kali ni. Kisah sedih aku dengan Pencil Case aku yang da bersama aku selama 8 tahun. Pencil Case ni akhirnye rosak juga di musim aku nak berpraktikal. Banyak perkara sudah kami lalui bersama. Malahan hanya dia ni la saja yang boleh duduk exam bersama aku. Bukan handphone, bukan lappy, dan bukan juga Boyfriend aku, tapi Pencil Case. SPM, STPM, Medsi, Final Exam in UPSI x6 dan finally dia rosak... Sedih bonar aku... Pencil case ni pernah hilang selama seminggu dan finally balik juga kepada aku. Ehehe... memang magic la pengalaman aku dengan dia ni. :P 

And actually, aku rasa macam nak je suruh tukang jahit baiki tapi nanti dikatakan melampau pula kan? Heee... 

So, selasa lepas aku pun cari pengganti beliau. Cari kat Tesco Kampar. Erm... cari punya cari.. susah juga ye... dulu aku beli pencil case tu baru rm4.50 penggantinya maunya tidak, aku bayar hampir 3x ganda. Rm12.30. hmmm nak beli yg murah sangat nanti tak berbaloi pula. Erghssss... Kalau boleh biar lah tahan sampai 8 tahun juga pencil case ni. Tengok la mereka berdua kat bawah ni. Aku snap untuk abadikan kenangan bersama pencil Case aku yang lama. Nanti nak buang dia. Bye My Old Pencil case.


Perasan tak pic apa kat pencil Case tu?... Panda kan? hehe...
Mmm yang Zip pink tu pencil case baru, dan yang merah tu yang lama. Tengoklah, dah tercarik da Zip dia. Xdapat diselamatkan sudah. Bai bai...

Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91