Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Monday, December 31, 2012

GoodBye 2012 and Welcome 2013



Bekerja keras untuk siapkan entry terakhir untuk Tahun ini. Sekejap lagi tahun baru 2013 akan datang. Bah, apa la kamurang (you all) punya best memories along 2012? Heehehhe orang lain sibuk Tanya azam baru aku pla Tanya memories kan? Sesuatu yang sudah lepas itu pasti memberikan kita panduan untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan bukan?

Bagi pemilik Panda Montel, memori paling bermakna bagi tahun 2012 adalah 09 June. Yeap… pasti semua orang tahu kan MOMENT ni… haha…

Dan satu lagi yang sangat bermakna pada carta kedua  adalah exam cun-cun habis pada hari ini. Maksudnye saya merdeka Tahun ni dan bukan tahun depan. Pengajian selama 4 tahun sudah berakhir. Peperiksaan terakhir sudah berakhir untuk terakhir kali bagi subjek minor yang terakhir… berakhir sudah… hehehe…

Dan yang ketiga adalah…. Dengan ini, DI umumkan bahawa Wen Wink Secara Rasminya Bergelar PENGANGGUR! Kesian.! Hahaha. 

Bad memories ada juga… paling latest adalah ketiadaan air d rumah sewa sepanajang 3 hari yang lepas secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Bila Pihak syabas di hubungi, line telefon sentiasa busy. Memang cukup marah dengan SYABAS masa ni. Huhuhu…tapi syukurlah sebab semalam aku ke Tanjung Malim, dan ada air kat sana. KL ja buat hal ni. Huhu.

Baiklah… mau p mandi tepat jam 12am ni.  Happy New Yo All…. Thanks for read ya…


Yang Penting HATI Bah.

Thursday, December 27, 2012

Natal Kali Ini



Dah hampir seminggu tak post apa pun kat sini. Christmas MOOD? Well not at all. Sibuk kesana kemari dengan encik tunang untuk memenuhi permintaan saudara mara yang ada d peninsular demi Christmas. And also… sedikit sambutan kecil-kecilan  yang kami buat. Masak sikit saja. Asalkan menjadi la tu.. Well… seperti yang anda baca di SINI, aku bukanlah nak berpindah blog… aku Cuma berpindah rumah… tidak ada niat ingin berpindah blog… sudah beberapa kali aku berpindah blog dan x mungkin lah lagi aku nak berpindah hehehe…

Baiklah... The real story..
.
Natal @ Krismas kali ini sedikit berbeza dengan natal sebelum ini. (selama aku di Peninsular ni la). Sebab kali ini aku sempat menyambutnya bersama dengan abang-abang sepupu yang berada di KLANG. Tapi sayang sekali sebab sorang abang sepupu tu tak sempat attend due to his working. He is in Rawang while i am in KLANG. its been 8 years haven't see him.

Selain tu, aku celebrate Natal kali ni dengan encik Tunang. Tu yang lebih happy berbanding tahun-tahun yang lalu. hee.. ok some of the pictures.

Kali kedua masuk ke Gereja Katholik.


Klang Catholic Church.
With The Big Bro.


Cepat juga durang dua ni mesra. 1st time berjumpa... tapi nampak macam sudah lama kenal. Thanks God.

Yang Penting HATI Bah.

Friday, December 21, 2012

Moving forward.

 PROBABLY, 

 
Thats All.


Yang Penting HATI Bah.

Tuesday, December 18, 2012

Hari yang Memalukan



Kelmarin, dalam kelas terakhir untuk subjek minor… seorang rakan menegur dengan gerak tangan dan isyarat. 

Dia: Kenapa muka banyak jerawat.

Aku rasa sangat malu. Terus turun rasa konfiden diri jatuh di bawah paras 0 yo know. Aku tau la aku ni sapa kan. Dan cukup sedar bahawa aku x sempurna. Tapi aku coolkan diri dan senyum je dengan die.  Dengan harapan berakhirlah ‘tease’ dia tu.

Aku ignore je bila dia cuba memandang sekali lagi dan mengisyaratkan hal yg sama. Once kelas dah habis, aku balik rumah dan sempat ‘tapau’ nasi for lunch. Jumpe die lagi. kemudian:

Dia: Eh wen… apesal you punye muka banyak jerawat ah?
Not again?!! Aku pon tengok dia dan senyum je,
Aku: U ni…
Dia: wen… apesal? You romen eh?
Aku : dalam ati (what the f***). 

Aku lihat beberapa lelaki dalam restoren tu paling muka tengok aku, Malu aku macam nak masuk longkang ok. Seriously!

Dia: wen, produk apa you guna …
Aku: Eh, u, tak pe la. Sy nak pergi ni…

Aku terus berlalu. Dalam hati aku sudah menangis. Malu kot di layan macam takde perasaan.  Tpi bila fikir balik… 

“It is not me, but it is he who should feel shy.”

Why? Sebab fikiran negatif dia terhadap aku. Aku malu. Sampai sekarang aku masih rasa malu dan tak teringin nak ke kelas esok. 

Man, you should not embarrass others like that. That’s not cool dude.  

P/s: menangis sampai tertidur petang tadi. Teruk kan aku.

Yang Penting HATI Bah.

Monday, December 17, 2012

Sayonara Everybody.

Mood Sedih.


Finally… we come to the end. Empat tahun yang lepas, aku tiba di UPSI. Masa tu berbagai perasaan timbul. Tetapi perasaan masa tu lebih kepada nervous sebab akan menghadapi kehidupan universiti, takut tak dapat sesuaikan diri.

Believe or not, dulu aku sangat takut kalau aku tak dapat cari kawan kat universiti ni. LOL. Yeah memang lawak. But then, semakin hari aku semakin belajar, semakin dewasa ni semakin sukar mencari kawan yang ikhlas dan benar-benar kawan.  Sebab tu aku selesa bersendirian. Kawan aku pun balik-balik itu juga, bukan tidak dapat terima orang lain, aku ok ja, Cuma to stick like a glue.. itu mustahil. Beberapa orang je kawan rapat yang aku ada. 

Yeah… esok hari terakhir kami akan dapat duduk bersama dalam satu kelas. Banding dengan dulu, aku rasa nak menangis sebab terlalu ramai orang yang aku tak kenal, sekarang ni aku nak menangis sebab semua 87 orang rakan sekelas sudah dikenali. Sedih hendak berpisah.  Tapi inilah realitinya kan. 

Dulu aku ingat pembentangan yang pertama dengan slang sabahan yang pekat tu. Sekarang aku sudah boleh bentang dengan relax dan menggunakan slang peninsular yang diorang kata standard language tapi bukan bahasa baku pon. Cintai Bahasa Baku Campaign.

Dulu, kalau nak berkomunikasi dengan rakan sekelas, aku selalu cakap bahasa inggeris sebab takut mereka tak faham slang Sabah aku. Rupanya mereka lagi tak faham bila aku speak in English. Sekarang, aku bantai je cakap sabah dengan kawan semenanjung. Hahaha. Dan mereka faham. English guna juga tapi most of the time communicate with the Chinese, foreign student and the lecturer only.

Dulu aku susah cari makan, semuanya pedas dan aku selalu gastric bila makan makanan pedas2 yang di masak oleh restoren melayu. Aku selalu menangis sebab susah sangat bagi aku nak cari makanan yang tak pedas. Tapi sekarang, aku kalau tak ada cili, boleh xda selera. Terbawa2 balik kampung, masak sup, pedas. Masak sayur, pedas, goreng daging,pedas. Semua kena pedas. Hahhaa. Sampai jerawat pun naik.

Kalau nak senaraikan semua yang aku rasa ni, sampai sudah tak akan habis. Dan tak akan siap. Hehe.


Yang Penting HATI Bah.

Sunday, December 16, 2012

Packing....


SO…. No post yet huh?
Well being quit busy. As you read in THIS… cause I did all this things yesterday.




 The books. I almost give up. The only thing that I hate the most when I need to packing or cleaning or so whatever... was doing this. Choosing which paper/notebook/craft/presentations slides/ handouts should I left. I kept all the things while I leave to Tapah around a year ago. And semua tu hanya buang tenaga, coz I will never use them back. So I closed my eyes. Shut my heart... and throw all that things into the garbage. LOL, but the auntie pigi pungut semua... menyesal.*



 Some of the clothes. Nampak sikit. ni sebab sikit sja sy kasi gambar. hahahhaa




Absolutely no idea, where are they come from. I was forgotten some of them, even ada yg i tak pakai langsung. dan sebenarnya, i da bagi beberapa baju kurung pada orang lain. still.. masi banyak. coz im not a fancy of baju kurung... LOL....
What??? Yeah… I am kind of… tidak sabar mau berambus you know.
I will send all those box to KL very soon.  Haha Can’t wait.

But i m not done yet... setakat ni ada 6 kotak sudah my barang. huhu.

Yang Penting HATI Bah.

Friday, December 14, 2012

Berita BAIK punya!



Good news!

Sebelum tu oleh kerana gelaran Mr.F mengelirukan sesetengah pihak jadi aku nak gunakan nama lain untuk beliau. Tukar kepada:

1.     Mr. G? aiyak… x cumil…
2.     Gab? Nope!
3.     Kam***g. xpasal2 aku dikenakn nanti.
4.     Ikan? Errrr asyik binatang je…
5.     Kudingking? Mengarut…

Okay, selepas hampir 3 bulan mencari rumah sewa kat mudah.com, akhirnya 3 hari lepas aku jumpa iklan yang sudah terperap selama 6 hari dalam mudah.com. Agaknya memang di spare kan untuk mereka yang sangat terdesak seperti aku. kan? Haha… aku dapat RUMAH wei….. Lalalalalalala mood terbaik aku setakat ni. Dan aku dapat dua lagi panggilan temuduga dan yang ini berdekatan dengan encik Tunang. Hihi. Tapi sayang, aku xsempat attend sebab interviewnye hari ini dan esok je. Xpe… encik tunang cakap, rehat dulu sekejap… nanti baru cari kerja. 

Wish me luck guys. 

P/s: sedang mencari lori/kereta sewa murah2 yang boleh tolong angkat barang dari tg malim ke rumah baru di KL as soon as possible. X Kuasa dah nak duk tg malim! hihi

Yang Penting HATI Bah.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91