Geng Panda Slim

Sunday, January 9, 2011

Bangkit Dan MAjulah!!!

 
“Saya pernah membaca sebuah buku mengisahkan seorang kank-kanak berumur 12 tahun di pelihara opahnya yang sudah terlalu tua. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, opahnya memberitau anak itu bahawa dia bukan cucunya yang sebenar. Budak itu adalah bayi yang di selamatkan “OPAh” semasa kejadian perampasan kapal oleh lanun lautan 8 tahun lepas. Opah tidak pernah mengenal kedua ibu bapa budak itu. Selepas itu, cerita menyayat hati mulai diharungi seorang diri oleh kanak-kanak tersebut. Kisah teladan mengenai perjuangannya untuk terus bersekolah disamping menguruskan kehidupan nya sendiri di rumah using OPAHnya. Buku itu memperincikan bagaimana budak itu memancing di tepi jeti untuk mendapatkan wang harian ke sekolah. Membantu jirannya menghantar kuih ke gerai d kampung dan mendapat upah tidak seberapa setiap hari. Membantu menebas rumput di kawasan rumah penduduk kampungnya. Ekonomi pula menyusut menyebabkan kanak-kanak ini semakin terkapar dalam kepayahan hidupnya. Bersyukur sebab akhirnya dia diambil menjadi anak angkat seorang ayah kawannya walaupun keluarga angkatnya juga adalah keluarga yang miskin….”

Melihat pada cerita diatas, hati saya cukup tersentuh. Kepayahan itu ada bagi semua orang. Ada di mana-mana dan boleh dalam pelbagai bentuk… tentu sangat sukar untuk kita bangkit daripada kepayahan hidup kita. Itu yang saya rasa tiap kali berhadapan dengan permasalahan. Kenapa terlalu lemah… tak patut terlalu lemah dan mengalah pada semua kepayahan. Pasti akan ada satu jalan penyelesaiannya walupun tidak seistimewa mana. Namun tetap bersyukur bila kita mampu menapak daripada kepayahan dan bertatih mengukir sebuah kejayaan. Ironinya bagi orang yang tidak pernah kenal apatah lagi hidup dalam kepayahan. Orang seperti ini tidak akan mampu betahan lama dengan kehidupan mereka.

Jadi bangkitlah anda, bangkit daripada kepayahan dan bentuk kejayaan sendiri. Semoga kepayahan itu buat anda lebih faham akan kehidupan. Lebih menghargai kehidupan anda.  SEMOGA ….


Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91