Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Friday, November 28, 2014

Gas Stove Baru

Lepas satu,satu masalah muncul. Adatlah kan.. nama pun kehidupan. Mau sabar dengan tidak ajelah.
Semalam selepas berjaya pasang gas tu... gas stove pula buat hal... stove sebelah kiri tak berfungsi. Api tak keluar. Geram sangat... tapi nak Buat camana juga kan. Nak mengamuk rasa xtak patut la pun... sebab stove tu brand Pentec... yang murah je.. beli kat tesco...rm40 je.. hehe dan  dah berbakti selama dua tahun... lama kan...
So nak tak nak memang kena beli baru sebab da berkarat da pun tungkunye...
Semalam operasi mencari dijalankan saya dan suami. Kami ni prefer beli barang online...  pilihan kami adalah Lazada... dah beribu juga kot kami spend kat lazada... haha.. malas nak berjalan kan .. nak beli barang dapur baru kami ke Jusco atau Tesco atau Aeon Big.
Aku punya gaya.. aku suka perap lama2 item yang aku nak kat wishlist tu. Jenis yang susah nak buat keputusan kata encik suami. Hehe... aku sebenarnya menunggu kot kot ada barang lain yang lebih murah.
Tapi encik suami ni jenis kalau dah berkenan dan kena pula harganya... hurmmm tanpa aku tahu fia proceed to checkout semalam. Aku tau pun melalui email notification kat phone.
Mula - mula kami pilih Elba... aku suka Elba ni. Nampak cantik aje kan... warna hitam bersinar gitu... simpan dulu kat wishlist.
  
Then aku teruskanmembelek gas stove lain kat lazada tu. Ternampak pula brand Faber dengan parten sama. Cuma kaler je beza... hehe dan Mahal RM10 daripada brand Elba.
 
Aku belek pula satu lagi.. yang ni glass stove. Ada 3 tempat masak... wah... 32% diskaun.. tapi mahal la pula nak dekat RM200. So aku simpan kat wishlist.. niat hati nak perap dua tiga hari lagi. Hihi...
 
Tahu tahu... je si suami beli yang Glass Stove tu. Katanya murah sebab ada 1 year warranty. Dan dia cakap bukan aku sorang je nak masak... hahaa... tak pelah dia tak consult aku pun.  Aku nak kata apa lagi.... dia dah beli. Aku pun suka juga stove tu sebenarnya. Tapi aku ni susah nak keluar duit.. haha... sekarang ni tengah tunggu item sampai. Esok la kut... hehe.

Berminat dengan product Shaklee?... cepat Pm aku kat FB Wenwink. Nanti sy bagi no wassap untuk aksess lebih cepat...

Thursday, November 27, 2014

Isu Tong Gas Petronas

Hari ini tong gas memasak aku habis... genap 2 bulan kami gunakan tong gs petronas 14kg itu.
 Sebetulnya habis semalam lagi.

Pagi ini aku buat panggilan ke Petronas Customer Service untuk Order. Ni ha numbernye...1300888427
Aku cukup cuka dengan gas memasak petronas sebenarnya. Sebab tongnya sentiasa bersih dan selamat. Harga untuk 14kg ialah RM29.60. Oklah tu... Nak murah berapa lagi kan.... 

Ini kali ketiga aku order dengan petronas. Tapi situasi pagi tadi betul- betul kecewakan aku... aku share benda ni dekat facebook. 
Tiba-tiba aje dapat panggilan dari petronas  dalam pukul 4.00pm,  Bertanya mengenai delivery services...

Hello Puan, saya A**** dari petronas, sudah dapat ke tong gas yang puan pesan? 
Yeap dah dapat dah. 
Orang  kami ada tolong pasang tak?
Tak de.
Ini kali pertama membuat pemesanan ke?
Nope. Third time.
Puas hati tak dengan service?
Yang second time saya sangat berpuashati sebab dia tolong pasang dan siap service dapur gas saya untuk tengok ada leaking ke tak.
Oh... sebenarnye setiap penghantaran yang dibuat,kami kena tolong customer pasang. Minta maaf ye puan..
X pe... cuma kalau saya order next time,saya nak delivery yang second time tu hantar.. dia baik.
Yang ni dia letak dekat pintu saja ke?
Yeap.
Mereka pakai baju petronas tak?
Tak. Dia pakai baju biru gelap. Baju petronas warna ape?
Warna hijau puan. Oh maksudnye dia tak pakai uniform la ni... apa pun terimakasih atas kesudian puan menjawab soalan survey saya... minta maaf pasal kejadian orang kami tak tolong pasangkan tong gas itu.
Sama2.
So, minta maaf kepada delivery tadi. Aku cuma nak anda bekerja dengan jujur sahaja.  Dan aku tak tahu la pula kalau orang petronas stalk facebook aku. Hahaha..

Wednesday, November 26, 2014

Cara Menjaga Batteri Telephone

Satu gadget baru ada dalam tangan aku. Samsung Galaxy S5. Maka perkara pertama yang aku risau adalah penjagaan batteri. Aku cukup risau sebab Samsung Galaxy S2  aku tu dah tak berapa nak okay dah batterinya.

Aku tanya sana sini. Releven lagi ke tak untuk kita mengecaj phone baru ni selama 6-8 jam sekarang ni.  Sebab kata si penjual aku kena caj sehingga 6 jam. Which is aku tak suka...

Tanya kawan-kawan, kata still nak kena buat. Ada juga yang cakap tak payah dah sebab dah semakin canggih. Jadi untuk kepuasan diri sendiri,aku google... kalau goògle dalam bahasa Malaysia memang tak jumpa apa-apa pun. Tapi kalau google dalam bahasa inggeris.... memang berlambak tipsnya.

Jawapan persoalan aku:

Tak perlu dah caj sampai berjam jam. Setiap gadget baru tu kena habiskan dahulu batteri sedia ada.... kemudian caj dalam keadaan phone off. Bukan phone lock okay. Lepas tu cukup sekadar 100%. Jangan nak tunggu lelama... nanti overcharge boleh damage batteri juga tu.

Okay...antara tips praktikal menjaga jangka hayat batteri adalah memastikan peratusannya sentiasa 'top off'. Maksudnya, usaha kekalkan peratusan batteri dalam lingkungan 40%  ke atas.

Jangan biar mati atau zero percentage baru nak caj... sebab batteri jenis li-ion digunakan oleh kebanyakan handphone bijak-pandai abad ni mempunyai hayat tertentu dan hayat ni akan berkurangan setiap kali satu pusingan penuh pengecasan dan nyahcas berlaku. Err maksudnya... nyawanya berkurang satu pada setiap pengecasan dari kosong ke 100%.

Faham tak?

Tak faham, pi belajar sendiri. So pandai pandai la makesure batteri tu sentiasa di tahap ni yeee... tapi jangan pula guna masa sedang caj... itu pun merosakkan batteri tau..

Baiklah selamat mwnjaga batteri anda okay....

Aku cukup suka dengan S5 ni. Caj dia kejap je... dalam sejam dah penuh. Aku online sehari... blum.habis... :)

Samsung Galaxy S5 jadi pilihan....

Tuesday, November 25, 2014

Pemergian Seorang Sahabat

Hari ini dikejutkan dengan status seorang kawan menyatakan salah seorang eakan kami... junior aku d Upsi Dahulu sudah meninggal dunia kerana kanser. Kanser apa tak pasti... nanti nak tanya kawan yang lain.

Sungguh terkejut. Sebab muda lagi orangnya. Baik dan pintar. Junior ni mengambil pendidikan Moral d UPSI. Kami kenal kerana kami tinggal serumah di Kediaman Kolej Za'ba.

Selepas aku keluar daripada Kolej Kediaman pada Semester 4. Aku memang tidak dapat berhubung dengan dia sebab masing masing sibuk. Dan dia pun kategori tidak suka sangat berfacebook. Selain  sy tinggal jauh daripada mereka.

Ketentuan Tuhan dia pergi dahulu meninggalkan  kita di dunia kerana Kanser. Semoga keluarganya tabah dalam menghadapi situasi ini...

Sunday, November 16, 2014

Amalan menggosok Gigi yang salah

tahukah u all....Menggosok gigi sejurus selepas makan boleh merosakkan gigi anda?

Yup memang betul. Kenapa? Sebab tindak balas kimia antara makanan dan saliva menyebabkan lapisan enamel gigi menjadi lenih lembut dari biasa...

Jika anda menggosok gigi sebaik habis menikmati sesuatu makanan... ini akan mwnyebabkan lapisan luar gigi rosak dan mengakibatkan gigi menjadi lebih sensitif pada jangka masa panjang...

Tak percaya?? Silakan gosok gigi sebaik saja anda makan... tenok apa akibatnya nanti...

Sekurangnya... tunggu sehingga 30 minit sebelum/selepas makan untuk menggosok gigi anda...

*dulu masa awal-awal kandungan... aku amat sensitif dengan mulut. Sebaik makan sesuatu... aku mesti gosok gigi... kalau tak boleh hilang mood woo....

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Saturday, November 15, 2014

Air "pee" bayi Kekuningan: Apa yang harus di lakukan

Sekarang ni aku tengok pee Leona nampak kuning sikit...hurmmm.... aku yang kurang minum air ke?

Rasanya tidak.. sebab aku minum air kosong sekurangnya 3 liter sehari. Dan selalunya aku minum lebih... jadi kenapa "pee" Leona kuning?

Mesti ramai parents baru alami hal yang sama kan. Well tindakan pertama ialah....harus rujuk umur bayi anda...untuk kes Leona... dia baru saja menjangkau 4 bulan 3minggu. (Cepatnya masa berlalu)

Jadi... Leona tak perlukan air lagi setakat ni... kencing dia yang berwarna kuning tidak bermaksud dia sedang dehidrasi...Leona seorang yang active... pantang di letak kat tilam kakinya sibuk menendang udara... meniarap... bergolek dan mengengsot ke belakang... suka juga membebel sambil menjerit kesukaan. Semua aktiviti dia ni akan menyebabkan dia berpeluh dengan lebih banyak...

 Hal tersebut buatkan air yang keluar melalui pee'nya berkurangan dan menjadi kekuningan.

Usah berikan bayi dibawah enam bulan minum.air (samada brestfeed atau formula) kerana anda mungkin akan menyebabkan bayi anda merasa kenyang dan tidak mahu menyusu... selain mengganggu penyerapan nutrient daripada susu yang diminumnya

Malahan terdapat kes terpencil yang disebut "water intoxication" yang boleh menyebabkan sawan atau lebih teruk...koma.

Unless seorang bayi sudah berumur 6bulan ke atas...bayi boleh diberi minum sedikit. Sila rujuk doctor untuk sukatan yang sepatutnya... itu pun jika bayi kehausan. Seorang bayi itu hanya boleh diberi minum air mengikut kemahuannya selepas dia berusia setahun.

Jadi apa harus di buat?
Cukup.dengan susukan bayi yang berumur dibawah 6 bulan.... air kencing yang kekuningan sedikit masih normal...

Banyakkan membuat pembacaan sebelum.anda mengambil sebarang keputusan terhadap bayi anda...

Sumber: translation from http://www.babycenter.com/408_when-can-my-baby-drink-water_1368488.bc

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, November 14, 2014

"Pakaian Ego" yang Membunuh

Ramai sungguh golongan berpendidikan abad ini.
Baguskan.... maksudnya tahap pemikiran kita semakin meningkat. Makin mudah kita nak membuat pertimbangan dalam pelbagai hal.

Tapi yang tak eloknya adalah... bila kita merasa kitalah yang terhebat sehingga kita menjadi ego... sukar menerima pandangan dan cara berfikir orang lain... kita jadi self centered.".. ya aku sahaja yang betul.. mereka tidak...."

Inilah pakaian golongan berpendidikan abad ini. Menganggap hanya diri mereka lah betul dalam segala hal. Aku tak menafikan.. aku juga memakai 'pakaian ego' ini. Memang sukar nak tanggalkan. Lebih lebih lagi bila kita berdepan dengan orang yang mempunyai pencapaian pendidikan yang lebih rendah daripada kita dan cuba mempertikaikan sesuatu yang kita mahir. Arghh.. memang kalau boleh nak bagi dia ceramah sampai akar umbi kan?

Teringat kata kata Dr. Mahani mengenai ego ni... pakaian semua orang yang semakin berpendidikan. Lumrah katanya... dan inilah yang menghalang kita untuk berjaya... 'sukar menerima teguran'... 'keras kepala dan aku saja yang betul'.... memusnahkan karier dan kehidupan kita ...

Apakata kalau kita mula merendahkan hati kita... bukan nak merendahkan diri kita sampai di pijak... tapi cukuplah jika kita layan orang lain macam mana kita nak orang lain layan kita balik...

Aku cuba sedaya upaya untuk menerima teguran orang lain. Tapi yang sedihnya... bila kita buat begitu... orang lain akan anggap kita bodoh dan mula memperlekehkan kita... di situ cabarannya sebenarnya... jangan kembali bersikap ego... rendahkan hati.... stay humble and dont be egoistic...

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Wednesday, November 12, 2014

Kejutan Untuk Suami

Semalam aku dan Nana buat kejutan untuk daddy Nana. Sempena hari jadi beliau.. hehe

Kejutan berjaya dengan cemerlang walaupun.hampir terkantoi sebab suami trick.. kata baru kluar office... tapi 5 minit kemudian buka pintu rumah  
Dan aku pun x sempat sorok cake ... nasib baik dia x buka peti sejuk...bila dia naik je .. pantas aku sorok cake dalam microwave. Hihi

Proses nak dapatkan cake tu yang payah... aku kena dukung Nana dan mencari cake pada masa yang sama...

Aku beli sedikit bahan masakan... tapi nak mengangkut tu punya payah. Kesian kat Nana terpaksa berpanas nak mencari teksi... syukurlah dapat teksi.. terus ke rumah... x jauh pun... cuma kalau nak menapak memang jauh la juga....

Leona kalau berjalan memang tak meragam pun. Suka dia keluar dari rumah... ikut perangai aku kot... hihihi...

Tapi yang tak best... cake mahal x serupa rasa dia....hampeh.... secret recipe juga yang menang... x sedap langsung bagi aku... kata kek coklat... tp keras semacam... mahal pula tu.... lain kali x mo beli tempat tu lagi... huhu...
menyesal sungguh tak beli SR Cake



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Tuesday, November 11, 2014

Product Bayi Teddie Cosway

Beberapa hari lepas... office mate husband tanya berkenaan product yang aku guna untuk Leona's Grooming. Katanya anaknya gunakan product Jhonson & Jhonson... tapi nampak.macam x serasi... kulitnya ditumbuhi ruam... kalau memang kulit bayi serasi jangan la di paksa...

Aku memang tak pakai produk Jhonson... aku pakai produk Cosway... yang brand teddie tu... memang murah dan besar pula tu... bedak yang diguna pula bukannya talkum tapi pure constarch..

Sampaikan kalau bedak tu terkena kat tuala baby yg putih... memang color towel tu jadi kekuningan kalau lambat nak basuh.... jadi kuning sebab bedak daro tepung kan....bukan susah pun nak remove stain tu... basuh je...

Ruam Leona cepat je hilang dengan product ni... semua ada... bedak.. lotion... head to toe wash pun ada....dari baby...toddler to kids... dari regular ke special or advance utk bayi yg berkulit sensitif.... Jenama Teddie ni free paraben tau...

So aku suggeatkan product ni pada office mate husband aku... dia minta kami belikan... hurmmm dan c husband pun pegi lah beli... xpa... demi kulit anak dia .. kita memberi dengan ikhlas....

Harap kulit anak dia akan semakin elok nanti....



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Monday, November 10, 2014

Dua Jenama ‘Running Shoes’ Terhebat di Pasaran

 

Korang suka berlari tak? Ke tak suka? Alaaaa kalau kena kejar anjing ke… orang jahat ke.. mesti korang lari sekencang angin kan? Hehe Dulu aku ni suka berlari… lari-lari adalah hobi aku… eh… bukan lari dari rumah juga… maksud aku.. dulu aku ni kuat berlari dalam sukan… aku bantai acara larian dari 100m ke  1500m. tu zaman aku belasan tahun kat sekolah leee…sekarang ni dah hampeh… ok cukup… 

Sebagai seorang pelari ataupun bagi mereka yang suka berlari, pemilihan KASUT adalah part yang SANGAT penting. Tak kiralah, amateur ke professional ke… material kasut sangat penting.
Okay senang nak explain… ‘kasut untuk berlari’ ataupun dikenali sebagai running shoes ni harus dipilih dengan teliti berdasarkan beberapa kriteria. Salah pilih karang, prestasi larian tak memuaskan… haaa sendiri juga tekanan maaa… boleh sakit kaki pon yeee juga…So kalau nak pilih kasut sila ambil kira elemen-elemen running shoes ini;  

·         Kasut yang ringan
·         Rekabentuk ‘aerodynamic’
·         Mempunyai tapak yang fleksibel
·         Mempunyai struktur ‘cushioning’ untuk menyerap hentakan.
Fabrik yang membolehkan system ventilasi (pengaliran udara) berjalan lancar

 


Soal nak pilih jenama pula, majoriti ‘runners’ memilih NIKE. Aku pun suka jenama ni. Banyak pilihan dan ada ‘running shoes for women’. Bukan ‘ Running Man’ Yee… hehehe… Reka bentuk kasut  Nike yang dinamik dan kualitinya yang superb tidak boleh disangkal. Dah berdekad kasut ini menerajui pasaran dan menjadi Pilihan Favorite No.1

 
Selain NIKE, jenama REEBOK juga menawarkan kasut yang tidak kurang hebatnya… tapi aku kenal Reebok ni selepas aku habis study. Aku setia dengan NIKE. So tak pernah guna la lagi Reebok ni…Hehe... Kualitinya pun memang superb… Banyak pilihan dari segi rekaan dan warna yang menarik… Trendi gitu…
Harga kasut Reebok ni sangat berpatutan dan mampu milik tau. Lagi-lagi kalau kita beli online, harganya memang jauh lebih murah daripada beli kat kedai kasut dalam dalam shopping mall.. kenapa? Entahlah, tapi aku rasa sebab ONLINE Mall ni tak sewa bangunan so kosnya murah dibanding Kedai Konkrit… Online Mall yang terkenal dan ada menawarkan kedua-dua kasut ni dengan harga yang sangat berpatutan adalah ZALORA.  Tunggu apa lagi.. pi la Tanya encik GOOGLE pasal ZALORA tu…. Banyak sangat pilihan  Running Shoes.  


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91