Lagi
update pasal product. Hehe… so… what. Tak nak baca.. close ja k…
Kali
ni nak cerita pasal produk baru yang aku pakai. Namanya Phyto Essence. Aku
ambil one set dengan Face Cleanser, Emulsion Moisturizer dan Skin Lotion.
Produk ni khusus untuk kulit sensitif dan kombinasi macam aku. Sebelum aku teruskan, ni haa gambar produk
ni. Dapat carik kat Google.. malas nak snap sendirik.
Then ternampak produk ni promotion masa tu. Tak ingat
dah berapa RM tapi pembersih muka je la. Aku pun memang nak pembersih muka je.
Toner masih banyak kot. So aku ambik dan start pakai. Setakat ni kulit aku
masih berjerawat. Cuma banyak sangat whiteheads. Aku tak pasti sangat kenapa. Jerawat
pula besar dan tak bermata. Tapi aku tak rasa ianya akibat produk ni melainkan
Pil Himalaya - Neem yang aku ambik. Pil ni berfungsi membersihkan darah. Aku
ambik untuk tujuan kecantikan. Nak buang jerawat. Hehe… sudah banyak produk aku
pakai untuk muka tapi takda kesan pun. Jerawat tetap berulang even worse
kadang-kadang. So, nak cantik biarlah luar dan dalam kan. Jadi jerawat yang keluar ni mungkin hasil tindak balas daripada pil tersebut. Tapi tak ada lah teruk sangat.
Sebelum ni guna Himalaya Gel Cleanser, sangat okay. Tapi masalahnya,
sangat susah mencari bila aku berada di kampung halaman. Kena turun KK untuk cari gel cleanser. RUMIT, hehe. Tapi cosway ada kat
kampung jadik, aku memang selamat la kalau guna produk Cosway. That’s why aku
berubah angin. Tapi Aku bukan la orang yang terlampau melampau dalam aspek ni. Aku
beli sebab aku perlu. Aku tidak bertukar-tukar produk sesuka hati. Selepas aku
puas dengan sesuatu produk, aku akan bertukar. Tapi aku akan habiskan dahulu
produk sedia ada.
p/s: mood ke Cosway tadi nak beli supplement. Tau tau beli lain pula. hehe.. tapi memang aku nak beli pun. hehe. Supplement tu nanti beli dengan MrG la. hehe.
Yang Penting HATI Bah.
0 comments:
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P