Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Saturday, February 20, 2016

Problem Solved! GSM -505

Semenjak ada mesin jahit ni... kalau boleh aku nak menghadap mesin tu 24/7. Hahaha. Tambahan lagi problem benang putus... jarum patah, jahitan atas dan bawah tak attach, dan banyak lagi dah di atasi.

Usaha tangga kejayaan...
Yup... siang malam aku google dan looking into facebook macam mana nak atasi masalah ni. Sehingga la aku terbuka page tauke yang jual mesin jahit portable Global GSM-505 ni... dalam tu aku jumpa banyak tips...



Yang kat atas tu yang paling syok. Ia selesai 70% masalah aku. Jarum yang aku guna sebelum ini ialah universal brand singer... tapi x lepas. Semuanya asyik patah dan patah dan patah. Yang ini best... so far aku dah siap jahit seluar aku ada 2... dress leona ada 1... jarum masih ok. Jahitan pun jalan. Hehe...

Lagi satu aku beli benang yang lebih tebal. Brand Rinata. Yang tu sangat bagus. Kuat dan tak cepat putus. Alaaa mahal seposen je dari brand Dolphins yang nipis tu...

Ok la... next update aku upkan dress Leona yang aku re-purpose dari blouse aku masa study dlu. Cinonet je blouse tu... sebab tu aku dah x muat sekarang ni kan aku dah jadi gajah.. haha


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, February 19, 2016

Sekadar Luahan rasa terkilan.


Petang semalam aku bawa Leona ke Taman permainan. Kami turun lebih awal sebab aku rasa hujan akan turun petang ini. 

Oleh sebab awal... padang kosong dan alat permainan semua kosong. Puaslah dia marayau main semua version mainan yang ada. Kejap dia main see-saw... kejap buaian... kejap lari kesana ke mari kejar bola... dan paling lama tersangkut kat slider...

Kemudian padang mula dipenuhi budak-budak sekolah rendah. Main bola. Main kejar-kejar. Polis and thief la tuuu... (dulu masa aku kecik-kecik aku kenal polisentri jeee haha). Penuh padang dengan budak-budak selayaknya taman permainan. 

Tiba-tiba keadaan jadi lengang tapi masih bising dengan suara budak-budak. Leona tak kisah dia masih sibuk main. Aku sibuk mengejar. 

Kemudian perkataan-perkataan yang sangat teruk (bagi aku) kedengaran. Segala makian... segala kutukan dan cacian... aku angkat kepala dan tengok semua budak-budak tu bersesak dah atas slider tu. 

Hairan aku; diorang masih memaki-maki... 

'Wei... bab*...sia*...pondan*... pergi mat* ... Bodo*... bangan*...

Antara perkataan menyakitkan telinga aku. 

Aku paling muka ke arah yang diorang tengok... dan kat situ... seekor anjing berpemilik tapi tuannya tak kelihatan. Aku tahu berpemilik sebab ada kalung kat leher. Warna coklat. Anjing biasa.. yang hanya duduk perhati orang. Aku tau anjing tu tak akan apa-apakan semua orang kat situ. 

Jadi atas rasa tanggungjawab aku cadang nak halau anjing tu dengan cara baik supaya budak-budak tu selesa bermain.  

Tanpa diduga... Leona yang ternampak anjing tu terus lari ke arah anjing tu sambil jerit 

'dog... dog... hawow dog.. hawow dog'. 

Within seconds dia sampai pada anjing tu. Budak-budak tadi semua menjerit ketakutan... aku rilek ikut Leona dari belakang.

'Eh.....'
'Dia x takut lah'
'Dia memang'
'Diorang tu cine'
*&$^》□°>•》

Leona bertindak sangat diluar jangkaan... dia nak sentuh dan belai anjing tu! Which is cause me little worry... tapi anjing tu tak buat apa-apa. Cuma acah2 main dengan Leona sekejap dan Leona gelak terbahak-bahak macam mummy dia gelak tengok Running Man. 

Lebih kurang seminit... anjing tu berlari turun dati playground dan menuju ke sebuah kereta... Tuannya. Leona kejar. Aku yang sakit pinggang mengejar... 

Leona sangat gembira... dan budak-budak tu kembali bermain. Tapi aku sangat terkilan... tak tahu kenapa... tapi... entah lah... pada aku bahasa yang dituturkan oleh budak-budak itu lebih teruk daripada anjing tersebut yang hanya haiwan peliharaan.  Hurmmm....  aku perasan ada sorang lelaki melayu mirip muka Baki (8tv) memerhatikan semua kejadian tadi.  Bila aku terpandang dia.. dia senyum. Mungkin nampak aku kurang senang dengan situasi itu... aku tak tau...

Aku bisik pada Leona... "Na, pekakkan telingamu daripada perkataan-perkataan tidak bermoral itu. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan(ucapkan) tapi u have to know and understand that that is a bad word(s)."

Hopefully we both (me and Gab) will successfully instilling good value into Leona's soul. Budak-budak tu masih boleh berubah jika mendapat teguran yang wajar. 

*Sekadar luahan rasa terkilan... sebab aku sangat sayang pada anjing. Hanya anjing haiwan peliharaan yang mungkin aku akan pelihara.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Thursday, February 4, 2016

Penyakit Aku

Orang perempuan ni ada macam2 hobi dan penyakit yang nak tak nak terpaksa para lelaki terima bila dah berkahwin... (thanks husband)

Aku ni memang paranoid sikit dalam hal-hal nak kilatkan rumah. Hahaha. Aku suka bila bilik air tu berkilat.... (without much effort). Suka bila terkinja2 bila belakang kuali tu bersinar bak matahari. Suka bila tungku stove aku tu berkilat semula.

Nak jadikan cerita... beberapa hari lepas sorang kawan order Shaklee B-Complex. Memandangkan aku rasa alahaii siannye Shaklee kena bungkus 1 je b complex tu... maka aku order sekali la Basic H2.

Sampai je aku terus kemaruk nak cuba on mcm2. Microwave. Stove counter. Dinding dapur. Dinding bilik mandi. Toilet. Tingkap. Cermin muka. Semua aku sapu haha. Dan o wow... great.. some work some not yet... mungkin kena rendam lebih lama... tungku stove aku kenis tembaga rasanya. X lut dengan basic h2 atau sikit sangat basic h2 yg aku

 letak kot. Tp yg lain2... mabeles.... so puas hati. .

Dan satu lagi... believe me or not.. kuantiti basic h2 tu mcm x berubah pun even aku dah basuh macam. Wowww super jimat. Saye suke saye suke. Hahaha... nak tau lagi banyak... google ja...



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Tuesday, February 2, 2016

Post 1st Tahun 2016.

Blog lama sangat menyepi.  Macam selalu... idea ada tapi malas nak menaip dengan phone. Nak tambah pic pun alahai... terkial2 guna blogger apps tu.

Baiklah...

Sempena tahun baru hari tu.. (lambatnya update..) aku buat muka sedih dan minta kesian kat husband. Dan dia pun keluarkan duit untuk aku beli mesin jahit.

O wow... mcm dalam mimpi you all... ada mesin jahit  sendiri. Sangat best. Macam-macam  aku jahit.  Cadar... baju...tapi alternate pakaian tu yg paling banyak aku buat.

Aku beli mesin jahit jenama GLobal 505C tu... kecik jak tp boleh la.

After few weeks... aku rasa tak memadai... sebabnye... aku nak menjahit kain tebal sikit x dapat... now mesin tu buat hal... benang xleh nak ketat. Nak adjust aku mcm malas skang ni. Biar la dlu... haha.

O ya... aku beli kat lazada je. Online je. Rm179. Berbaloi sangat kalau setakat nak jagit kain2 cotton yg nipis tu...

Skang ni aku masih dlm mood nak study problem2 machine tu. Aku sayang sangat mesin jahit tu. Tp bila dah buat hal mcm ni kena la aku bersabar dan tunggu mood aku nak menjahit tu dtg semula baru boleh menjahit.

So  jom menjahit kepada sesapa yang berminat tu. Hehe...

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91