Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Wednesday, January 28, 2015

KOREK Rahsia Husband...

Korek rahsia? Hahaha jangan fikir bukan-bukan okay. Kami dah kenal terlalu lama. So banyak cerita antara kami.

Hurmmm
Rahsia apa? Kekeke aku saja-saja interview husband pasal kisah-kisah lepas. Bukan nak mengungkit. Saja nak tahu. Kami open.

Dah jadi tebiat kot... sebelum tidur browsing facebook dulu 😂😉. Dan tiba-tiba ternampak picture sorang pompuan... yang dulu pernah jadi punca hubungan cinta monyet terputus. Hahahahaha.. putus kejap je... tau la budak-budak kan... so terfikirlah soalan masa zaman kami masih budak-budak dulu... tak pernah berani nak tanya dia masa budak-budak dulu...  sebab kita ni siapa la kan... hahaha..

Tapi sekarang dah lain. Dah kawin. Dah ada Leona da pun... so nak tanya suami tu xde masalah dah. Dia pun x melenting pun... haha...

Soalan apa aku tanya?  Haha...

Macam-macam soalan. Some of it was not relevan. Soalan budak2 yang tak tertanya dlu kan... ditanya semula. Memang la tak tertanya. Hehe

Aku cuma nak tahu satu je yang paling utama.... kenapa banyak sangat girlfriend dulu...sebab aku nak tahu? Aku kata... untuk mudahkan aku memahami anak lelaki (WHATTTTTT?) kami nanti. Hahaha boleh pakai tak?

Dan menurut husband... dia ramai sangat girlfriend (berpuluh okay) 😁😁😁😂😂😂 sebab para pompuan tu yang sukakannya... dan dia ni pula jenis senang simpati... susah nak menolak sebab takut mereka sakit hati... dan hanya ada sorng pompuan yng dia sendiri suka... tpi pompuan tu x nampak pun dia. Muhaahaha... 

Tu masa dia tak matang...

Sekarang dah kahwin. Perangai dia dah beza... apa pun keluarga yang bahagia bukan yang sentiasa senyap tnpa pertengkaran. Tu namanya pelik. Haha...

Next question?  Nnt aku korek lgi.
*husband.. kalau u baca.. jangan marah k org post sini😉

Monday, January 12, 2015

Beg Sekolah 2015

Tahun baru 2015. Sesi persekolahan bermula hari ini. Pastinya banyak ragam.

Guru-guru mendapat murid baru... mendapat tugasan baru (mungkin).

Ibu bapa kembali kembali kepada rutin harian ketika.hari persekolahan untuk anak mereka... atau mungkin rutin berubah memandangkan anak sulung mula bersekolah.

Anak (pelajar) mendapat kawan baru. Darjah 1... tingkatan 1. Yang berpindah sekolah juga...

Mungkin pakaian baru... baju baru. Kasut baru. Beg baru... Stokin baru. Buku baru. Alat tulis baru... dengan harapan mereka akan lebih bersemangat.

Tapi berbeza dengan anak kecil dalam gamar di bawah...mengalir air mata melihat begnya... agaknya dia salah seorang mangsa banjir... atau mungkin keluar kurang berkemampuan membelikan beg baru... kalau saya jumpa anak kecil ini.. pastinya saya belikan beg baru untuk dia.

Tuesday, January 6, 2015

Cabaran 52 Minggu Simpan Duit.

Hurm ternampak kawan share laman ni kepada suaminya. Pantas saya pun teringin nak buat... dan akan buat. Alang2 tahun baru ni baru saja menjengah kan... so kita mulakan dengan langkah positive...

JOM la join bersama... yang untungnya diri sendiri tau... GOOD LUCK.
Klik link ni untuk pilihan yang lain... kita just print dah tampal kat mana2 bekas. Hehe...

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91