Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Friday, August 26, 2016

Buah Tarap dan Kenangan

Aku dapat dua biji buah tarap hari ini. Kalau bukan kerana mengidam, belum tentu dapat. Terima kasih Moon sudi hantarkan.

Sampai rumah... aku hidu sepuas-puasnya buah tarap yang masih belum masak sepenuhnya. Aku tutup mata... membiarkan seluruh minda aku dikuasai bau tarap. Ini agaknya pelik orang mengidam.

Bau tarap buat aku terimbas kenangan lebih 20 tahun lepas. Aku seolah ternampak bapa kandung aku memetik buah tarap di tepi serambi rumah. Pokok itu buahnya sedikit saja... kurang daripasa 10 biji...  Aku dah kakak aku bersoarak gembira. Aku berumur 4 tahun masa tu. Buah tarap yang itu memang kesukaan aku... sebab buahnya sedikit tapi gemuk bulat dan isinya tebal2. Bapa belah dua. Dia makan beberapa ulas. Dan selebihnya aku dan kakak yg habiskan. Tapi semuanya sekejap ja. Itu antara kenangan terakhir dengan bapa. 2 tahun selepas itu keluarga aku musnah.

Kedua, aku terbayang situasi dalam kebun dengan keluarga yang membesarkan aku. Aku teringat mendiang uncle (Gapa) sibuk memanjat pokok tarap di kebun dan menghulurkannya ke tanah menggunakan rotan. Buah tarap yang masak ranum kenah petik dengan cara begini. Kalau tak.. pecah lah tarap tu bila jatuh ke tanah.  Aku dan adik sepupu akan berebut pilih atau booking tarap masing2.

Ketiga, aku teringat zaman aku dan sepupu2 berebut biji tarap yang di sangai. Sedap. Dulu kami tak perlu duit nak makan snek. Makan apa yang ada.  Musim buah adalah musim kaya raya sebab banyak snek lazat. Sanggup tak makan nasi.

Ke empat... mendiang nenek dan atuk aku. Mereka berdua sangat beza. Nenek sangat sayang pada adik aku dan sentiasa akan melebihkan adik aku. Tapi atuk aku sangat sayang pada aku. Jafi kalau ada tarap separuh masak... dia akan simpan untuk aku.  Balik dari sekolah dia akan buka untuk aku. Sebab aku sula tarap separuh masak. Rasa lemak dan rangup tapi tetap manis. Aku sayang datuk aku. Dia suka sangat makan sup sayur terjun yang aku masak. Dia x makan seharian tapi kalau aku masakkan sup sayur... mesti makan nasi berpinggan2. Rindu ko Amang (atuk).

Sup tarap masakan mendiang Gapa juga adalah yang terbaik. Rindunya la.  Tapinitu kira ok la sebab sekarang ni sup masakan mentua tidak kurang hebat. Rasa nak balik sekarang sabah lah pula. Kalau lah dekat tentu aku dah balik.

Monday, May 30, 2016

I am Pregnant.

Its been a very rough weeks for me lately. Why? Well i guess its everyones (mom) problem. My menses came late and took too long gap in between as i thought i might pregnant.

Pregnancy is good thing but you have to deal emotionally if you are at a "not -yet-ready" stage. Yes I am not ready to have another baby. I am not ready to divide my 100% attention to Leona. It is not that i am 'just' not ready but I too don't want yet.

So here was the story. Menses should come at 18th of May as i jave a regular period. But it doesn't.. no sign kick in like cramp. But I noticed my face have unusual pimples and a bad temper. So i guessed it will come bit late may be 2 days late. I did UPT and it was all shown negative. I took 4 test to be exact. 

20th of May, nausea and headache came in. Thats was a sign of pregnancy! So i got into this very miserable days. I thought i am real pregnant. I read somewhere that a breastfeeding mom still got pregnant eventhough the tested negative and as long as their menses still not come in. I pray to God asking otherwise as i am not ready bla bla bla... everyday or exactly almost everyhour.

I can't imagine having a little one baby while Leona crying her lungs out to get my attention. The thought of it breaks my heart and i intentionally will hugged Leona and said I am sorry if she really got a sister anytime soon.

But at one point... suddenly I have  succeed to feel ease. If I am pregnant... let it be. Let God will be done and not mine. Because me and husband have really been careful and if there is a second Love in my womb... let it be.  Because it was definitely beyond our controll. It was God will and let it be. I started to love everything and my heart are at ease.

Even started to sort someplace to buy new clothes (HAHAHAHAHAHA) for the baby and feeling like it will be a boy.  Why? Because lately i dreamt of i have another boyfriend other than my husband. While i am concieving Leona... i dreamt otherwise; husband got another girlfriend.

TOO BAD.. after a miserable days... i notice a blood spot on 29th May. Huff... eyes widely opened. Feeling tiny tingling in my heart that i am frustrated but I am moreeeeeee GRATEFUL because I am not PREGNANT yet.

Perhaps, God was teaching me something and i will treasure it.  THANKS FOR READING MY RANT FRIENDS. GOD BLESS YOU. Forgive my bad grammar or any typo. Its just too hard to write this Rant in Malay. Feel like i can't describe the feeling well. Haha.

Thursday, May 26, 2016

Buku ASNB

Akhirnya berjaya buka buku akaun ASNB untuk anak. Sangat mencabar berada dalam bank dengan karenah Leona yang pelbagai.

Kasi dia makan bun. Dia makan 3/4. Kasi dia minum... dia minum. Ingatkan boleh diam lah lepas tu. Tapi lain pula jadinya. Makin aktif... baca huruf dan number sana sini. Dahlah dia sorang saja budak dalam bank tu. Terpaksa aku bersabar. Nak di sua handphone? Tak terfikir. Biarlah malu orang tengok2. Daripada mata anak tertumpu ke skrin telefon ja.

Pendaftaran akaun ASNB utk mereka di bawah 18 tahun perlukan

1: IC Penjaga
2: Sijil Lahir Anak
3: Borang ASNB
4: ada lagi satu borang pelepasan entah apa nama nya.

Itu je. Tapi di sebabkan aku ni rajin, dah lama dah aku minta borang 3 dan 4 tu dari Branch Maybank. Aku isi kat rumah dan pergi bank.

Bank Officer kat branch yang aku pergi ni sangat friendly. Siap tolong buat itu ini sebab aku sedang gendong Leona. Walaupun pakai SSC tapi tangan dia bebas. Boleh capai apa saja yang dia boleh capai . Thanks Maybank Officer.

Kena sign siap-siap semua dokumen tu kecuali ruangan pada borang ASNB. Itu perlukan Cop Ibu Jari Kiri. Kenapa kiri ye? Hurmm agaknye sebab tangan kanan ni selalu kita guna so possibilty terluka tinggi kot. Entah la. Memandai ja aku ni.

Lagi satu nak buat ASNB ni kena la sabar ye... proses agak lambat. Apatah lagi joka sistem sedang  buat hal. Lebih sejam juga lah aku menunggu tadi. Tapi berbaloi sebab settle dah semua. Berjaya top up akaun ASB aku juga. Yelah untuk simpanan masa cemas. Haha.

Tapi yang aku sangat geram, dapat je buku ASNB tu.. Leona minta dan aku bagi. Dia belek2... pastu 'reeet'. Hampir terkoyak habis 1 page. 😤😤😤. Aku rasa dah nak jadi hijau masa tu.

SABAR JA LAH.

Wednesday, May 25, 2016

Selamat Hari Jadi Wen!

25 May 2016

Terima kasih kepada semua yang bagi wishes thru whats app facebook personal message etc. Saya hargainya.

Errr... hari ini hari lahir aku. 😂😂. Yang ke 28. Dah Tua Rupanya aku ni. Semalam dah celebrate pun dengan suami dan anak. Belum ada rezeki nak menjemput ramai2. Sebab kami makan kek dan 2 keping pizza ja😂.  Syukur la kan.

Aku dah pesan dengan suami.. Tahun ni xpayah beli kek .. membazir. Cukuplah kita berdoa saja,tapo dibelinya juga sebiji kek.

Itu hadiah dari suami. Selalunya memang kami makan special sikit pada hari-hari istimewa macam ni.  Pagi ini pula dapat hadiah tak terjangka dari orang yang saya tak jangka.😂😂.

Leka aku tengok Running Man Episode 300,pintu rumah di ketuk. Aku tengok sang jiran sebelah pegang buah yang harum semerbak. Dia kata;

'Sis,saya mo bagi ko ni na"
"Apa tu"
"Nah, muat ka?" (Dia cuba bagi thru the door grill)
"  OH MY GOD REALLY? MANA KO DAPAT NI? KO BARU BALIk DARI SABAH?"
'Ndala sis.. kawan sy datang kl ba... sa suruh dia cari ni BAMBANGAN.'

WELL jiran sy sebelah kanan ni orang sabah. Sino. Faham faham  sajalah kalau orang cina sabah. Cara makan pun sama saja dengan orang sabah yang lain😉. Dan dengan gembiranya saya buka pintu dan terima bambangan. Hehe jiran tak tahu pun hari jadi saya jatuh pada hari ini. Kebetulan ja. Rezeki.

Next time saya balas jasa dia hehe.

Thursday, April 28, 2016

Sekali Tengok Macam Anak Ko La Wenwink.

Situation:

GAMBAR SEORANG BUDAK DENGAN SKRU DRIVER TERTANAM DI BAHAGIAN DAHI.

Aku di tag dengan caption:

" sekali tengok macam anak ko la wenwink"

Aku terus terkedu. I really can't brained and accpeted why did i was mention to a things like that. Even if the baby look like Leona...

Aku cuba bertenang tapi tidak berjaya... aku betul2 ... i can't describe what i felt. The one who tagged me is a mother too... ya mungkin aku terlalu paranoid tapi itu bukan hal yang baik utk di tag dan di samakan. It was like you cursed my Leona.

When you are a mom... u will fully understand what i mean. I just cant brained why this friends of mind did this and she is a mother too.😠😠😠

Nak tag orang tu boleh tapi jangan lah tag benda2 yg negative dan seriau macam tu.

Thursday, April 21, 2016

Cara nak buat Pisang Tahan Lebih Lama.

P I S A N G

Aku... suami dan anak sangat suka makan pisang. Pisang emas dan pisang berangan la yang selalu kami beli.

Tapi masalahnya pisang ni...cepat rosak. Tak sampai seminggu dah rosak. Nak beli banyak2 susah. 

So aku tergoogle tanpa sengaja kaedah untul bantu pisang ni bertahan lebih lama. Agak leceh tapi sesuai dengan aku. Hehe. Lebih baik leceh daripada membazir.




Aku bungkus bahagian atas pisang tu macam kat dalam gambat atas ni. Bahagian yang berbungkus tu mengandungi bahan yang apabila terbebas ke udara maka pisang anda akan cepat rosak. So kita kasi bungkus dia.. tengok berapa lama pisang ni bertahan. 

Aku dapat tips ni dari google. Sila google dalam bahasa Inggeris ya. Okay. Cukup. Babai

Tuesday, April 12, 2016

Idea tak tercurah

Teringat masa mula-mula aku berblog dulu. Excited nak tulis setiap entry. Sanggup berjaga untuk buat entry. Mungkinkah aku akan ada lagi semangat seperti itu?

Bukan susah sebenarnya nak menaip untuk blog ni. Ada banyak hal yang aku nak cerita tapi aku mengaku,aku sangat lemah nak atur masa aku. Lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Semua jadi serba tak kena. Hobi menjahit pun kena kubur sendiri sebab ada pembantu kecil yang asyik mengajak bermain.

Blog? Aku masih suka menulis cuma pengaturan masa yang aku failed.... Aku azam nak menulis banyak2 tahun ni. Haha azam tinggal azam.

Terlalu banyak idea dalam kepala. Tak terluah ke dalam penulisan.

Thursday, March 10, 2016

Muntah-muntah* Demam* & Cirit-Birit*



Susah sungguh nak keep update blog ini, dah bulan March tapi updates baru beberapa ketul, *sigh*

Leona sakit kebelakanagan ini, dia muntah-muntah beberapa hari lepas diikuti demam panas dan cirit birit. Aku sudah bawa ke klinik kesihatan Ampang tapi hanya diberi glucose dan syrup demam. Kelmarin demamnya surut, muntah pun dah tak ada tappi ciritnya masih ada. Yang aku paling kesian kat dia ialah sebaik makan dia akan berak, sangat-sangat tak selesa.

Dia pun tak nak makan ke  apa, nak kena keluar dari rumah barulah dia makan, sedih sangat tengok situasi dia macam ni. Aku terfikir nak bawa dia ke Hospital Ampang, tapi aku masih dua hati, sebabnya Leona aktif dan ceria cumah lemah sikit.

Yang paling susah ialah nak bagi dia makan. Tak tahu apa menu yang dia nak makan. Hari ni aku nak try goring mee kegemaran dia tu. Harap-harap dia makan. Kesian anak aku.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Saturday, February 20, 2016

Problem Solved! GSM -505

Semenjak ada mesin jahit ni... kalau boleh aku nak menghadap mesin tu 24/7. Hahaha. Tambahan lagi problem benang putus... jarum patah, jahitan atas dan bawah tak attach, dan banyak lagi dah di atasi.

Usaha tangga kejayaan...
Yup... siang malam aku google dan looking into facebook macam mana nak atasi masalah ni. Sehingga la aku terbuka page tauke yang jual mesin jahit portable Global GSM-505 ni... dalam tu aku jumpa banyak tips...



Yang kat atas tu yang paling syok. Ia selesai 70% masalah aku. Jarum yang aku guna sebelum ini ialah universal brand singer... tapi x lepas. Semuanya asyik patah dan patah dan patah. Yang ini best... so far aku dah siap jahit seluar aku ada 2... dress leona ada 1... jarum masih ok. Jahitan pun jalan. Hehe...

Lagi satu aku beli benang yang lebih tebal. Brand Rinata. Yang tu sangat bagus. Kuat dan tak cepat putus. Alaaa mahal seposen je dari brand Dolphins yang nipis tu...

Ok la... next update aku upkan dress Leona yang aku re-purpose dari blouse aku masa study dlu. Cinonet je blouse tu... sebab tu aku dah x muat sekarang ni kan aku dah jadi gajah.. haha


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, February 19, 2016

Sekadar Luahan rasa terkilan.


Petang semalam aku bawa Leona ke Taman permainan. Kami turun lebih awal sebab aku rasa hujan akan turun petang ini. 

Oleh sebab awal... padang kosong dan alat permainan semua kosong. Puaslah dia marayau main semua version mainan yang ada. Kejap dia main see-saw... kejap buaian... kejap lari kesana ke mari kejar bola... dan paling lama tersangkut kat slider...

Kemudian padang mula dipenuhi budak-budak sekolah rendah. Main bola. Main kejar-kejar. Polis and thief la tuuu... (dulu masa aku kecik-kecik aku kenal polisentri jeee haha). Penuh padang dengan budak-budak selayaknya taman permainan. 

Tiba-tiba keadaan jadi lengang tapi masih bising dengan suara budak-budak. Leona tak kisah dia masih sibuk main. Aku sibuk mengejar. 

Kemudian perkataan-perkataan yang sangat teruk (bagi aku) kedengaran. Segala makian... segala kutukan dan cacian... aku angkat kepala dan tengok semua budak-budak tu bersesak dah atas slider tu. 

Hairan aku; diorang masih memaki-maki... 

'Wei... bab*...sia*...pondan*... pergi mat* ... Bodo*... bangan*...

Antara perkataan menyakitkan telinga aku. 

Aku paling muka ke arah yang diorang tengok... dan kat situ... seekor anjing berpemilik tapi tuannya tak kelihatan. Aku tahu berpemilik sebab ada kalung kat leher. Warna coklat. Anjing biasa.. yang hanya duduk perhati orang. Aku tau anjing tu tak akan apa-apakan semua orang kat situ. 

Jadi atas rasa tanggungjawab aku cadang nak halau anjing tu dengan cara baik supaya budak-budak tu selesa bermain.  

Tanpa diduga... Leona yang ternampak anjing tu terus lari ke arah anjing tu sambil jerit 

'dog... dog... hawow dog.. hawow dog'. 

Within seconds dia sampai pada anjing tu. Budak-budak tadi semua menjerit ketakutan... aku rilek ikut Leona dari belakang.

'Eh.....'
'Dia x takut lah'
'Dia memang'
'Diorang tu cine'
*&$^》□°>•》

Leona bertindak sangat diluar jangkaan... dia nak sentuh dan belai anjing tu! Which is cause me little worry... tapi anjing tu tak buat apa-apa. Cuma acah2 main dengan Leona sekejap dan Leona gelak terbahak-bahak macam mummy dia gelak tengok Running Man. 

Lebih kurang seminit... anjing tu berlari turun dati playground dan menuju ke sebuah kereta... Tuannya. Leona kejar. Aku yang sakit pinggang mengejar... 

Leona sangat gembira... dan budak-budak tu kembali bermain. Tapi aku sangat terkilan... tak tahu kenapa... tapi... entah lah... pada aku bahasa yang dituturkan oleh budak-budak itu lebih teruk daripada anjing tersebut yang hanya haiwan peliharaan.  Hurmmm....  aku perasan ada sorang lelaki melayu mirip muka Baki (8tv) memerhatikan semua kejadian tadi.  Bila aku terpandang dia.. dia senyum. Mungkin nampak aku kurang senang dengan situasi itu... aku tak tau...

Aku bisik pada Leona... "Na, pekakkan telingamu daripada perkataan-perkataan tidak bermoral itu. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan(ucapkan) tapi u have to know and understand that that is a bad word(s)."

Hopefully we both (me and Gab) will successfully instilling good value into Leona's soul. Budak-budak tu masih boleh berubah jika mendapat teguran yang wajar. 

*Sekadar luahan rasa terkilan... sebab aku sangat sayang pada anjing. Hanya anjing haiwan peliharaan yang mungkin aku akan pelihara.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91