Geng Panda Slim

Friday, June 6, 2014

37 Minggu Usia Kandungan

Esok genaplah usia 37 minggu kandungan ni.
Rasa macam masa sangat cepat berlalu dan kini aku hampir sempurna menjadi seorang ibu kepada anak aku sendiri. Tidak pernah aku menyangka akan menjadi ibu pada usia 26 tahun.

Awal perkahwinan dulu, aku ada hati sebenarnya nak delay  dulu untuk ada baby  sebab nak cuba hidup berdua biar stabil dan sedia dengan kehadiran anak barulah fikirkan soal anak.

Tapi mungkin sebab husband memang nak sangat ada anak seawall mungkin, hati berubah jadi lembut dan menerima kurniaan Tuhan seadanya. Tup Tup,,, selepas 3 bulan kawin dapat baby… Masa tu tak tahu  macam mana nak gambarkan perasaan ada ‘baby” dalam badan kita.

Sepanjang hampir 9 bulan ni, aku sangat bangga dengan diri aku sebenarnya (hehe) sebab aku ni boleh dikategorikan sebagai perempuan perengus. Aku mengaku. Aku cepat marah dan tension dengan benda kecil.

Maksud aku, kalau dah dengan benda kecik pun aku cepat marah dan tertekan, hilang sabar… apatah lagi nak berhadapan dengan kandungan kan… Tapi syukur pada Tuhan aku tidak pernah sekalipun merungut sebab ada baby dalam perut. Aku tidak pernah marahkan anak aku. Sikap penyabar itu datang entah dari mana. Aku dapat rasa aku lebih mudah menerima teguran daripada suami dan rakan sekerja,

Syukur pada Tuhan…
Aku akan mula bercuti pada 20/6/2014. yahoo.. nak bermanja dengan anak kat rumah… tu pun kalau masa tu tak bersalin lagi la. Sebab due aku ni 28/6. hehe,,,
 




SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91