Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Wednesday, October 21, 2015

Susu Formula Untuk Leona

Banyak benda aku nak update tapi tak terbuat pun, sibuk dengan rutin Mommy kepada Leona.
Anak aku ni jenis yang tak suka tidur siang so  memang payah la aku nak layan blog. Baru duduk nak hadap laptop, dia pasti akan panjat badan nak duduk sekali.

Duduk saja-saja tak pa, ni jari dia pun ikut nak menaip, end up aku main dengan dia dan blog entry jadi draft! 

Wokeh, kali ni dia tidur lena, ni dah nak dekat tiga jam dia tidur, mungkin sebab semalam dia tak lena. So aku nak update pasal Susu Formula. Sample susu Mamil yang aku request beberapa bulan lepas tu dah selamat sampai ke tangan aku 3 minggu lepas.

The 600gram Of Samples Worth RM45
Aku terkejut juga sebab sample tu besar kot saiznye, dalam 600gram. Mamil work hard aar you, hehe. Tapi sebenarnya itu sangat bagus untuk bagi sample dengan saiz yang besar. Nanti anda akan tahu kenapa.
Kali pertama aku bancuhkan susu untuk Nana, dia termuntah dan she refuse to have another sip! End up le~ mommy drink the 4oz FM lerr. Sayang kot nak buang, haha.

Second trial aku buat, nana kemam-kemam saja dan luah balik susu tu. FYI she had tried few samples, dan semua dia buat muka muntah, muka tak nak, run away, curah ke toto kat bilik mainan pun ada!
Third trial, aku campurkan susu tepung ke dalam penkek yang aku buat khusus untuk lunch kami. Yummy, Taste good you know.

Fourth trial aku kasi dia ratah susu tu gitu gitu je. Not Good? Aaahhh bukan banyak, setengah sudu jee. And guess what, she like it; even ask for more milk powder.

Fifth trial, aku bagi dia setengah sudu kat piring dia, dan aku bancuh 8oz, aku bagi makan biskut sikit, then suap susu pakai sudu. Oh?! Nana minum, maksudnya dia dah dapat terima rasa itu. See, betapa baiknya sample free diberi lebih sedikit dan bukan setakat nak kasi satu atau dua macam sesetengah FM tu.

Selepas 5th trial tu, dia dah tak menolak kalau aku suapkan susu. Cuma memang tak nak  botol susu, aku rasa dia tak reti nak hisap. Sebab tak pernah kan. Dan sikit saja dia habis, paling banyak pun dalam 4 oz, selebihnya nak mengempeng. Hehe , But of courselah aku akan teruskan breastfeeding sampai dia berumur 2 tahun, then slowly stop. Sekarang ni dah masuk 16 bulan, ada lagi 8 bulan untuk bersabar dan berjuang. 

Aku tengok poo Nana pun elok je minum Mamil ni, tak ada meragam. 

So ada baiknya buat macam Mamil buat, diorang call aku, tanya aku baru nak cerai susu badan ke apa. Dan normallah budak tak nak at first, itu gunanya bagi sample besar, boleh buat beberapa percubaan. Nampaknya aku bakal membeli susu MAMIL. Apa-apapun terima kasi Mamil....... Mahalnyeee.hehe

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab. 

Saturday, September 26, 2015

Baby Carrier a.k.a Kain Gendong Bayi



Bila ada anak sendiri ni macam-macam hal baru kita belajar setiap hari kan? 

Bagi aku antara benda baru yang baru sahaja aku betulkan adalah pemilihan Baby Carrier. Dulu aku tak tahu semua peraturan ini, tak ada sapa yang nak bagi tahu, dan aku nak cari tahu pun tak tahu nak cari kat mana atau tepatnya nak google dengan keyword apa. Memang TAK TAHU. Huhu

Kemudian ada seorang kawan online yang aku tak kenal langsung bagitau, tu pun kami terjumpa kat satu group menjual barang prelove, aku mencari kain wrap. Itu pun selepas Leona dah berumur 9 bulan. Rasa bersalah sangat kat LEONA sebab tak tahu menahu peraturan menggendong bayi ni, main beli sahaja apa yang ada di pasaran, tambah-tambah dapat free  Structured Carrier (SC) dari ex-Company kan.

Jadi nasihat kepada semua kawan-kawan yang dah jadi mommy, bakal mommy dan yang masih belum kahwin, sila rajin-rajin cari info pasal baby carrier ni, sian anak kita wei.

M SHAPE

M Shape adalah  bentuk kaki - punggung yang sepatutnya  bagi menggambarkan cara gendongan yang terbaik untuk bayi atau toddler. Bentuk ini menyokong badan mereka dengan ampuh dan selesa untuk bayi. Aku memang tidak pernah lagi menggendong Leona dengan SC lagi, sekarang ini aku akan gunakan Wrap yang aku beli. Mana aku beli nanti kita cerita lain hari aa, murah saja. Malaysian made.

M Shape yang aku maksudkan:



 Contoh lain? adalah keadaan begini,


M Shape ini juga membentuk posisi C fetal. Posisi  C adalah posisi fetal yang paling sesuai untuk tulang belakang mereka.
 Wrap ni bukan susah pun nak susukan bayi, tidak perlu nak buka wrap, cuma anda kena berlatih, lagi best sebab sambil jalan kat mall baby siok2 bah menyusu, and you dont need nursing cover either, so mommies, go for wrap ya,  hah kat bawah ni gambar aku berwrap,



Dan gamabr kat bawah ni pulah gambar semasa leona belum cukup bulan pun, terpaksa keluar sebab nak jumpa PesuruhJaya Sumpah, IC Nana ada kesilapan



Seperti gambar- gambar di atas, elok terletak punggung dan pelipat lutut bayi. Untuk memudahkan anda faham, cuba bayangkan kita sendiri duduk dalam keadaan tergantung tu, selesa ke tidak untuk jangka masa yang lama?




 Bayangkan anda duduk seperti lakaran pertama, selesa? Mestilah tak selesa kan, selebihnya anda google sendiri ya, aku menulis ni sebab ramai sangat kawan-kawan post gambar mereka menggendong bayi mereka dengan Carrier yang tidak Ergonomik, jadi sila baca ya kawan-kawan.

angan-angan nak beli baby carrier ni:
Tula SSC
 Kain Gendong jenis wrap adalah kain yang paling sesuai untuk menggendong bayi yang baru lahir ( tali pusat sudah tanggal) sebab ia serupa dengan keadaan bayi semasa dalam kandungan.
Moby Wrap
 SELAMAT membaca, Tuhan Memberkati.

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Tuesday, September 15, 2015

Leona Tanpa Rambut

Dah jadi perkara biasa bagi aku bila ramai kawan real atau kawan alam maya bertanya mengenai rambut Leona.
Yep... rambut Nana tak panjang lagi. Sikit saja pula tu. Dulu orang akan tanya dia lelaki ke perempuan. Walaupun aku dah dress-up kaw-kaw dia dengan segala pink ponk penk...
Tapi sebenarnya aku nak cerita kebaikan bila rambut Nana lambat memanjang dan tidak lebat.
1. Jimat shampoo hahah.
Yelah... tak perlu banyak shampoo nak kasi bersih itu kepala dia.
2. Tak perlu sikat
Ni yang aku paling suka. Ko tau macam mana nak pujuk baby untul stay still kan? OMG sungguh mencabar. So lap sikit... kasi minyak setitik dua titik. Dah siap.
3. kurang kerja
Cuba bayangkan kalau anak aku ni berambut panjang dan kena pula gayanya macam ni :


Perghhh mau menangis tu nak buang nasi kat rambut. Lagi satu, Leona ni jenis aktif,memang tak akan duduk diam kat pangkuan aku punya... so boleh bayangkan macam mana nak maintain rambut dia. Silap-silap aku kasi botak. Hahaha.
So biar jelah anak aku kurang rambut. Yang dah ada ni pun kalau boleh dia nak cabut... apatah lagi kalau berambut panjang.
Bersyukur dengan apa yang ada. TUHAN tidak tersilap mencipta Leona. 

Monday, September 14, 2015

Tips Semasa Jerebu



Jerebu di Kuala Lumpur semakin teruk hari ini. Tinggal kat rumah kos rendah macam kediaman kami ni memang merasa sangat lah jerebu tu masuk rumah, tambah-tambah tak de air cond ni.

Leona dah start bersin-bersin. Husband yang memang sedia ada alahan lagi lah kesian. Kami hanya mampu menelan vitamin sebagai pelindung diri dari sakit.

Tak keluar rumah dan bilik utama sentiasa bertutup untuk mengelakkan lebih banyak asap masuk. Risau dengan keadaan ini buat aku cuba berikhtiar. Sekurangnya bilik tidur tidak berkabus.

Aku basahkan tuala dan perah. Aku guna tuala Leona, tak adalah keras sangat nak perah, kemudian aku tebar kuat2 dalam bilik, kasi bilik ada wap air banyak sikit. Syukur lah kalau berkurangan kan debu2 tu.

Dekat tingkap pula aku letak tuala lembab tu untu tapis sedikit habus yang masuk tu. apa pun kena usaha demi kesihatan anak kecil.

Yang nak cuba petua ni, cuba la mana tahu berkesan untuk you orang.

Semoga jerebu bakal hilang dalam masa terdekat, hujan selebat-lebatnya demi hilangkan jerebu ini.Amen!

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Saturday, September 5, 2015

D.I.Y Mask Muka, Super Jimat


Mask Muka Aku



Okay, jom ber mask muka.

Sesekali dalam hidup ini cuba memanjakan wajah dengan buat mask muka sendiri.Mudah sangat, semua orang boleh buat, tak kira lelaki ke perempuan ke, mak orang ke, bapak orang ke. Sapa-sapa boleh buat.

Bukannya susah, ambik Sebiji Vitamin Sustained Release Shaklee tu kasi belah 2 or 3, then ambik satu bahagian, kasi cair, dan sapu di muka bila dah cair. 

Jangan banyak sangat air k, nanti jadi payah pula nak apply ke kulit muka, tunggu sampai kering, then p cuci muka.

Masa muka tengah gatal ke pedih ke panas ke, jangan di garu, cuba bertahan yeee. Hehe, mask muka kot, lagipun VIT C Shaklee ni tak perlu risau, ianya natural.

Jimat kan? Nak makan untuk boleh, buat supplemen pun boleh Shaklee Vit C ni. Kalau ada ESP lagi daebak, campur dengan Vitc C, dan jadikan Mask, Perghhhh GEBU you all.

dah siap basuh muka, oleskan pula vit _e Shaklee. 

K lah, jom tido, esok nak keluar awal pagi.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Tuesday, September 1, 2015

4 Kemahiran Asas yang Utama untuk Anak.


Ibu bapa hari ini sangat suka bergegas terhadap banyak perkara.
Bagi mereka lagi cepat anak-anak mereka boleh mengenal huruf, mengenal warna dan mengenal nombor, maka lagi baik dan pintarlah mereka.  

Okay, aku bukan nak kata hal itu tidak baik. Ada yang sangat mengagumkan aku, umur 3 tahun dah boleh membaca, wow.

Apa yang aku nak cakap adalah, sesungguhnya aku tidak menggalakkan anda terlalu bergegas sehingga mengabaikan perkara asas. Contohnya butang baju sendiri dan sebagainya. Ada beberapa perkara yang aku ingin kongsikan kali ini;

Kemahiran Motor Halus dan Motor Kasar
Bagi mereka yang asing dengan pendidikan awal kanak-kanak, mungkin hal ini sesuatu yang baru. Ringkasnya kemahiran motor halus itu berkaitan dengan kemahiran anak-anak kita menggunakan jari /tangan/ kaki mereka selaras dengan mata. Kemahiran motor kasar pula  secara ringkasnya adalah kemahiran kanak-kanak/bayi menggunakan anggota badan mereka untuk bergerak atau melakukan sesuatu yang lebih kompleks. Kedua-dua kemahiran ini sangat penting dan perlu diambil perhatian sebelum kita memulakan sesi mengajar ilmu formal kepada mereka.

Pengurusan Diri
Aspek ini sebenarnya yang paling mustahak, dan merupakan kesinambungan daripada kemahiran motor halus dan kemahiran motor kasar. Apakah contoh pengurusan diri yang selalu gagal diterapkan oleh ibu bapa? 

1.       Toilet Skills/Toilet Training
Kemahiran ini bukan saja elok untuk anak-anak kita malah membantu menjimatkan duit kerana tak perlu membeli keperluan seperti pampers. Malahan membantu kita mengurus mereka dengan lebih cepat (skip part nak kejar anak untuk pakaikan pampers) . Aku pernah jumpa kanak-kanak sampai masuk tadika masih berpampers.  Si ibu pula tidak memberitahu kami bahawa anaknya masih dalam proses toilet training dan akhirnya tembelang pecah apabila budak itu terkencing dalam kelas. *sigh*. Guru atau pengasuh pun manusia biasa, mereka tak akan marah jika puan berterus terang.

2.       Memakai Pakaian Sendiri
Wow, daebak (awesome) kalau anak boleh mengenakan pakaian mereka sendiri, itu bonus buat ibu bapa. Kita boleh latih mereka. Salah satu cara adalah bermula dengan arahan (arahkan mereka hulurkan tangan kiri/kanan untuk masuk ke dalam lubang lengan) dan contoh (tunjukkan cara)

3.       Makan/ minum sendiri
Saya melihat ramai sungguh ibu bapa yang suka suap anak-anak mereka, mungkin ada yang berkata, suka hati saya lah, okay yang nak kata demikian silakan, tapi bagi yang sudi berubah, berubah lah, sebab dengan membiarkan anak anda makan (bermain) mereka sendiri, anda sebenarnya sedang mendidik mereka berdikari dan melatih kemahiran motor halus mereka.  Biarlah lantai berterabur dengan nasi, itu hanya pada permulaan. Lama kelamaan  pasti okay.

4.       Naik dan turun Tangga sendiri
Kediaman yang mempunyai tangga ke tingkat atas pasti menggerunkan mana-mana ibu bapa bila anak mereka  cuba mendaki tangga (selalunya anak-anak akan mendaki tangga dahulu sebelum menguasai kemahiran turun tangga) .  Takut jatuh kan? Aku pun cukup takut bila Leona cuba mendaki tangga ketika dia berumur 8 bulan. Tapi sebenarnya kita perlu dedahkan mereka dengan kemahiran ini agar rasa takut mereka (dan kita)  itu hilang. Tentunya dengan pemantauan pada awal-awal latihan.

Kesimpulannya, aku cadangkan lebih baik kita pentingkan dahulu kemahiran-kemahiran asas dan biarkan dahulu pendidikan formal. Kita boleh selitkan pendidikan tersebut dalam kemahiran asas tapi jangan lari daripada objektif asal untuk mendidik / menerapkan kemahiran asas dan bukannya ilmu formal. Baik, setakat ini dahulu buat masa ini, jika ada mood rajin nak tapi entry lain, aku akan share lagi. 

*sila maklum bahawa aku juga sedang dalam proses untuk mendidik Leona.



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91