Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Thursday, October 30, 2014

Stroller BABY : Penting Sangatkah



Stroller ni penting sangatkah untuk baby kita? 



Aku rasa perit nak dukung nana setiap kali kami nak berjalan. Tapi kan untuk kami yang tidak beli kereta ini… rasanya membebankan tak stroller tu.

Ikut hati, aku nak beli sangat bila sedang berjalan dengan nana… tapi bila fikir balik kami tak berkereta dan travel dengan LRT selalunya, aku jadi dua hati. Nak kena angkut pula stroller dari rumah ke stesen… tak delah jauh pun...
Dalam 7 minit je dari rumah… dekat la kan…

Tapi itu lah takut menyusahkan kami suami isteri pula… tapi bila fikir nanti nak  jalan-jalan ke shopping mall dan area KL bila suami ada cuti-cuti ni rasa payah pula nak berdukung je c Nana ni…

Tak tahu nak beli ke tidak… 

Rasa memang nak beli je sebab aku memang kaki jalan dan suami pun tak kurang sama.. haha... aku dah terfikir nak berjalan ke sana sini nanti bila suami cuti... 

Beli ke tak ye??? 

kalau beli.. ingat nak yang Ringan je sebab senang nak angkut sana sini.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.


Tuesday, October 28, 2014

Blogger English Day KBBA Borneo

Baru baru ini aku join KBBA Borneo... sapa yang kaki blogger tau la apa tu KBBA.

Dan beberapa hari lepas kami anjurkan hari bahasa inggeris...

Tidaklah aku berkata aku ni terer bahasa inggeris walaupun itu bahasa ibunda aku. (Ahaks). Tapi aku cuba aktifkan diri dan sertai hari tersebut...

Dan.... banyak benda baru aku belajar... antaranya

Go-stan yang sering digunakan oleh orang sabah
Sebenarnya terms ini hanya digunakan untuk boat and kapal yang bermaksud reverse..

Selain itu cara yang sopan untuk meminta orang lain turun dari kenderaan anda adalah dengan menggunakan ayat

"You may *get down* now" dan bukannya... *get out*.. apatah lagi nak guna *get lost*. Haha

Banyak lagi sebenarnya... homework pon ada juga... khusus untuk para nazi grammar... iaitu pengunaan *safely arrive* or *arrived safely*. Bagi aku terms yg aku selalu guna adalah *safely arrive*. Kita tunggu jawapan next week.

Di akhir hari... sebelum 12.00am... aku buka cadanagn untuk.kekalkan hari itu sebagai hari itu sebagai hari bahasa inggeris untuk KBBA Borneo... ramai pula yang setuju... heheh


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Monday, October 27, 2014

Pekerjaan Surirumah

Menjadi seorang surirumah bukanlah perkara mudah. Saat kepala sakit.... saat badan tak sihat.... tetap kena kerja jaga anak dan uruskan rumah. Bukan macam kerja kat pejabat... bila sakit kita boleh ambil MC dan berehat kat rumah.

Lebih lebih bila kita ada anak kecil ni. Kalau dekat dengan keluarga tidak mengapa.... boleh kita minta tolong sikit... tapi kalau macam aku dan suami yang berjauhan daripada keluarga?

Bukan aku mengeluh... aku tidak menyesal pun. Sebab aku sendiri pilih untuk jaga sendiri anak aku... Bukan nak kata diri sendiri hebat. Tapi cukuplah ibubapa susah membesarkan aku dan yang lain.... tidak pula aku tergamak mahu susahkan mereka untuk turut menjaga cucu mereka.... mereka sepatutnya sudah berehat pada usia ini... tapi kerana aku tidak berupaya beri duit banyak... mereka terpaksa bekerja.

Aku masih belum mampu membalas jasa mereka membesarkan aku...perjalanan hidup aku ni bukanbya senang nak atur macam tu macam ni. Aku ada perasaan juga... ada suamibyang perlu dijaga perasaan... dan paling penting ada anak kecil yang aku tak mahu abaikan kerana wang...

Fahami keadaan.

Tiba-tiba aku ter emo pula dengan entry kali ni... bukan apa... sebab ada oanf suka sangat sindir aku ni. Katanya aku ni lupa budi orang tua... bukan lupa cuma belum masanya ... sabarlah... aku pun ada cara aku juga. Kalau nak sangat tengok la dulu orang tua sendiri... dah ckup makan pakai dah kah? Akucuma terkilan... maafkan aku...

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Wednesday, October 22, 2014

Tangani Jaundice Bayi Sejak dalam Kandungan.

Sedih hati melihat dan mendengar kisah anak baru lahir terkena jaundice. Masalah yang sebenarnyq boleh di atasi sejak bayi msih dalam kandungan lagi. Salah satu cara nak tangani jaundice ialah dengan memberi susu kepada bayi anda secepat mungkin sebaik ia dilahirkan... tapi ramai dalam kalangan ibu ni yang tidak keluar air susu badan dalam tempoh dua hari selepas melahirkan anak. Hal ini yang merisikokan jaundice bayi meningkat.

Banyak petua yang dikongsikan. Yang paling popular dalam kalangan masyarakat aku ialah mandikan bayi dengan air kelapa... entahlah... sejauh mana kebenarannya... sebab pada pendapat aku. Jaundice ni disebabkan sesuatu yang berlaku di dalam badan bayi itu sendiri dan menyebabkan kulitnya kekuningan... jadi nak ubati jaundice harus dari dalam... caranya bagi susu ibu lah. Bagi aku mandikan dengan air kelapa itu 'nonsense'

Berbalik pada topik... susu tak ada sebaik bayi dilahirkan adalah masalah besar. Ramai ibu xtahu sebenarnya yang air susu mereka sudah ada sejak bayi berumur 7 bulan dalam kandungan... dengan syarat badan ibu mempunyai cukup nutrient untuk menghasilkan susu tersebut. Kalau tak... memanglah tak akan keluar air susu...sebab tak de...

Macam mana nak pastikan air susu keluar sebaik bayi dilahirkan? Senang... ambilah supplemen shaklee... bukan sahaja untuk kesihatan ibu dan perkembangan bayi didalam.perut tetapi juga sebagai persediaan menhadapi kelahiran bayi anda...

 Aku cuba berkongsi kebaikan shaklee ini kepada ramai ibu yang sedang mengandung... tapi ramai menolak. Mereka tidak sedar bahaya jaundice. Kesian sungguh anak-anak kecil baru lahir terpaksa melalui proses rawatan jaundice tu... set ibu mengandung shaklee memiliki vitamin lengkap.

Aku buat entry bukan nak suka suka... aku sangat bersyukur sebab anak aku tak terkena jaundice. Sampaikan para nurse pun hairan masa datang melawat ke rumah sebab anak pink sahaja... kenapa? Sebab beberapa minit selepas anak dilahirkn... sebaik dapat kat aku... aku terua susukan dia... ya memang air susu aku keluar... dan anak kenyang... so... nak cuba shaklee.hubungi saya...


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Sunday, October 19, 2014

68+4 Mami Poko Saiz S murah.


Semalam kami sekeluarga berjalan sakan... sakan mana?.Takbjugala sakan besar mana... sebab plan nak ke Jusco... termelencong ke AeonBig. a.k.a K.4.

Kenapa ke sana?

Hehe... sebab lebih dekat... dan dapat sms dari smartshop mengatakan pampers mamipoko murah kat sana... *grin ear to ear. Sampai kat sana memang berbaloi... kami ke diy shop dulu kat tingkat atas... muhaha... bila aku masuk kedai ni.. memang aku tak dapat controll kemahuan diri... aku rembat 3 pinggan millamine berwarna putih (bright white) dan banyak benda-benda merepek lain yang aku beli... hehe...ikut hati nak angkut semua...

Lepas tu turun ke K.4. Aku survey dulu harga mami poko extra dry size 'S'. 44pcs berharga rm41.90. Memang murah.... tapi tiba tiba mata terjeling (CUT PRICE) lable besar besar... keh keh keh... aku terus rembat mami poke extra dry 68+4 pcs dengan harga rm43.90. Jimat woooo berbaloi. Rupanya Cut Price sempena 1 tahun AeonBig operate....

Aku bukan mengada nak pakai mami poko ni... tp sebab untung... pasal Cloth Diaper... okay tu okay tapi terlalu tebal untuk Little leona... nanti tunggu dia dah boleh duduk... aku cuba pakaikan sekali lagi...

Hurm part husband... dia yg tidak bercadang nak beli apa-apa jadi nak macam macam bila jumpa WH black pepper sauce. Dan hasilnya....

Merasa makan black pepper chicken chop. SEDAP DAN MARVELLOUS.

Sebelum balik... aku tunaikan keinginan lidah aku nak merasa white coffee cham kat oldtown... perghhhh best sangat... dah setahun 'cun' aku tak sentuh coffee ni sebb aku pregnant. Dah... tahun depan pla aku beli balik coffee tu. Haha


Lepas tu balik... balik pula dah pukul 6.00pm. Little leona dah penat.. start je berjalan... dah tidur...



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91