Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Friday, January 28, 2011

Mengajar Tadika


Oppssss baru sem 5.. baru minggu ke 4. baru bulan satu... dah nak ngajar? Hah le... sok ni nak ngajar budak kat Methodist Preschool. hehehe... 

Buat persediaan yang agak rushing ,, hehe bukan bertangguh sebab tak buat tapi.... tertangguh sebab asgment yang perlukan lebih perhatian... huhuhu sekarang ni masih berlatih lepas makan roti canai yang kawan "tapau" siang tadi. hehehe... Tugasan ni agak mencabar... sebab kena buat 4 x dantugasan individu pla tu. Responden pula adalah kanak-kanak yang betul2 belum kenal huruf dan angka... pergggghhh kena la ko ari ni wen.... good luck

ok lah entry yang pendek je kali ni. nak update jee gian nak naip kat blog.

Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Thursday, January 27, 2011

Rutin Seorang Penuntut di Univesity.

Akhir2 ni asiggment semakin berlambak. Orang ckp belajar jadi cikgu ni semakin naik semester atau semakin senior akan menjadi semkin senang. Tapi bila dah alami sendiri terasa semakin susah. sangat banyak tugasan dan asgment yang diberikan oleh pensyarah. Mungkinkah disebabkan aku mengambil jurusan dan bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak? tapi semua ini sebenarnya berbaloi jika aku nak jadi cikgu dan tidak hanya ingin bekerja sebagai cikgu....

Pergggggggghhhh banyak aku bebel pagi ni... hehe bukan apa tapi terasa diri semakin sibuk kebelakangan ini dengan pelbagai tugasan ( mcam statement berulang kan). Sekarang ni pun da semakin sibuk. Esok ( jumaat) aku kena siapkan 1 daripada 4  lesson plan untuk mengajar kat sekolah ( belum siap ), 1 lesson plan untuk submitt pada lecturer dan 1 fully asgment sains nak submitt, its all about theory Cognitive Piaget. semuanya belum siap. dan semuanya baru diberikan lecturer minggu lepas, masa memang tak cukup.saya harapkan agar agment ni boleh saya hantar esok la, huuu penat sangat.

Sampai semalam baru buat Biography tentang Jean Piaget, dalam 2 pages, aku dah collapse kat katil. cadang nak bangun kul 2 pagi nak buat asgment tu balik tapi tengok2 jam tadi dah kul 4 pagi tapi mata still  xnak bukak so tido balik. then pagi tadi bangun balik dah pukul 7. bangun terus bukan lappy dan start buat kerja...

Agak penat. today aku ada kelas 11am -7 pm kat kampus. OMG. huhu penat sebab petang tu nak main futsal pula. badan dah lenguh2 ni.. tertidur atas meja nanti. heheehe



Stock Photography - businesswoman 
asleep over file. 
fotosearch - search 
stock photos, 
pictures, wall 
murals, images, 
and photo clipart
Gambar hiasan
Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Wednesday, January 26, 2011

Aku Baru Berkahwin...


Morning u alls.. malam tadi aku tidur dalam kepenatan.. dan tidurku sangat lena( aku tak terbangun tengah malam) Kenapa aku penat? berkesinambungan dengan entry aku kelmarin. memang terlalu penat dan sikit aku nak nangis selepas balik kul 11 mlm semalam...

OK balik pasal mimpi...

Tadi sebelum bangun aku mimpi aku dalam satu kehidupan macam biasa ( macam yang kita lalui setiap hari)
dan aku bersama dengan 3 orang kawan perempuan. tapi aku tak kenal mereka... ( maksud aku dalam kehiduapn realiti aku ni aku tak kenal mereka. dalam mimpi je kenal)

dan aku berkahwin dengan seorang lelaki yang aku tak kenal... Lelaki ni sangat sempurna bagiku dalam mimpi. Perkahwinan kami berlangsung tanpa kami mengenali sesama kami... ( tak bercinta) dan lelaki ini selalu berpakaian serba putih. dia berbadan sasa tapi bukan tegap, berairmuka bersih dan menenangkan, berambut pendek lurus, berkulit cerah... suaranya lembut dan tenang tiap kali dia berbual dengan ku...senyumannya selalu buat  aku ingin selalu berada dekat dengannya dan selalu inginkan perhatian dia ( dalam mimpi) kami menjalani kehidupan tanpa lafaz I love you  hanya ikrar perkhawinan yang selalu di ikrarkan oleh pengantin beragama KRISTIAN di gereja.

apa yang berlaku pada aku (dalam mimpi) adalah aku menjadi terlalu mencintai lelaki itu... semua yang aku lakukan,  aku lakukan untuk menyenangkannya.. terasa hidup sangat sempurna...

dan suatu hari ketika aku tunggu dia siap mandi di ruang tamu, dia tiba2 keluar dari bilik air dengan pakain serba putih ( seluar  putih dan baju khas berwarna putih dengan butang perak ) sambil memegang satu buku di tangannya..( aku tau buku tu buku apa dan segalanya tentang kebaikan ada dalam buku itu = BIBLE)

dia bersujud di hadapan ku dan berkata "aku telah jatuh hati.. sekarang dengar la pengakuan ku... aku sudah jatuh hati pada mu" Oh, Memang hanya Tuhan sahaja yang tahu kebahagiaan ku....

tapiiii.. itu semua mimpi.... bangun je tadi aku tak tenang dan aku terus search dekat intenet.. aku Key In " MARRIAGE" dan aku dapat ni....

" To dream of a marriage, signifies commitment, harmony or transitions. You are undergoing an important developmental phase in your life. The dream may also represent the unification of formerly separate or opposite aspects of yourself. In particular, it is the union of masculine or feminine aspects of yourself.Consider the qualities and characteristics of the person that you are marrying. These are the qualities that you need to look at incorporating within yourself."


hmm balik pada aku rupanya.... apa pandangan anda? sila la tinggal komen yeee

hahaha tapi ni suma dalam mimpi jeee...
I love my boyfren...

Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

AKu Tersalah Cakap


Ps 
aku dalam kelas multimedia....

A: wen! wen!.. korang pilih ape....
Aku: Kami pilih Bla bla....
A: oooooo
Aku: kenapa? Jangan sama yeee
A & B: hah Pasal tu laaa nak tanye...
Aku: ooo kami ambil bla bla... tajuk bla bla.... jangan sama ye.. kami da pilih dulu... ( memang aku sedang bergurau)

C: KAMI DAH LAMA FIKIR LAAA!!
Aku: Blur... ( nasib aku blur kalau aku switch on? ) hehehe
Kawan 1: laaa dia ni terus marah
Kawan 2: a;ah... garang betul dia ni...
Kawan 3: blur. Xfaham apa2.

Masa nak Balik Kawan 3 sambung...:

Kawan 3: kalau aku yg dengar pon aku akan anggap kamu marah...jangan sebut perkataan tu...

Kawan 1: Perkataan apa
Aku: mana sau?
kawan 3: aiyaaaaaaa ( dan terus pergi)

aku salah cakap laaa aku.. maaf kan aku tuan panya bdan... hehe tdi jumpa kawan C, dlm bas, tapi muka garang. aku pun takut nak mi=

Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Tuesday, January 25, 2011

Hari Selasa Yang Penat...


Apa pasal pula tiba2 je aku ckp selasa ni penat? heee sebab agak tough... kelas aku hari ni je dah banyak... tambah lagi dengan aktiviti ni... 
kelas aku...

8.00am-10.00am = Teaching English For Young Lerners
2.00pm - 5.00pm Kelas EDU ( xingat nama dia) 
5.00pm - 7.00pm Kelas Multimedia ( lepas ni boleh la aku ajar korang guna software... blueeekkk)
8.00pm - 11.00pm pula aku ada aktiviti MALAM UKHWAH persatuan.. kiranya nak pengsan juga today hehhe ( melampau pla)
geram ni sebab xleh tido sebelum kelas kul 2.. sebab nervous dengan asgment yg nak ekna present esok petang. xsiap g slide. sikit g... :P

( update kejap)



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Monday, January 24, 2011

Idea Selalu Kuar Time Masa CIPUT.....


Masa berjalan tadi banyak sangat idea nak menulis kat BLOG ni.. bila da sampai umah on laptop je da ilang suma idea.. tah mana tah aku simpan.. huuu geram laaa.. apa penyelasaian korang ek… rasanya saya perlukan tutorial untuk minta cadangan dan pendapaty macam mana nak tangani masalah ni laaa huhuhu geram aku ngan kepala macam ni huhuhu…

Selalu aku akan ada idea time aku dalam bas nak ke kampus untuk kuliah, atau aku dalam perjalanan ke library ( jalan kaki) atau lebih parah dan selalunya aku dapat idea bila aku dalam kuliah hahaha aspecially bila aku dalam kuliah yang tak best. Yang rasa nak tido aje… yang tak bestnye sem ni aku Cuma ada satu kelas yang aku boleh buat macam tu… Apa dia? Hehehe rahsia leee… nanti Lecturer tu baca entry aku (yeke dia nak baca? ) ni xpasal2 aku F.A.I.L dalam paper dia.. hehehe sebabnya? Dia ngajar macam tak faham apa yang dia nak ngajar….. dia tak dapat sampaikan maksud yang kami nak sebenarnya. Dan aku sangat2 la kecewa… sebab aku akan makin pening dan idea aku akan berlambak2 untuk berblog hehehhe….
So korang yang ada tips tu sila2 sila la yeeee… tolong la aku ni




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

KAMI MERAYU


[image[2].png]


 Pengalaman aku bersama mereka... USAH cakapla... Uncle dan abang2 sepupu aku kebanyakkannya merokok. balik kampung mesti aku marah2 sebab mereka ni merokok xingat dunia. lebih2 uncle aku yang da 3 kali di bedah akibat mengalami kanser usus. bila di larang atau ditegur untuk tidak merokok lagi Unlce pasti melenting.

Tapi aku merayu kepada korang yang merokok tu.. dan aku sangat2 benci dengan korang yang merokok. ya bagi kenal saya mungkin korang cakap kata kat belakan saya eleh.. boyfriend dia pon merokok juga tapi saya tegaskan ok... saya sangat benci perbuatannya tapi takkan kerana tabiat merokoknya saya nak berputus cinta dengan dia kan? so ada disilin. kalau korang nak tahu dah berbuih dah mulut ni dan saya tak pernah berhenti membebel kepadanya tentang bahaya dan betapa aku benci merokok. dan sekarang kesannya dia mulai berhenti merokok sedikit demi sedikit walaupun korang nampak dia merokok. Tapi saya tau dia siapa. pernah sekali dia beli sebatang rokok tu isap baru dua kali dan dia buang. katanya untuk lepas gian saja sebab dia sendiri dah terbatuk2 nak merokok banyak2 sekarang. tak silap dah masuk 3 tahun dia tak beli rokok sekotak... tak habis dan membazir katanya sebab yang akan "makan" habis ada lah kawan2nya.

jadi tolonglah kepada para perokok.. AKU BENCI KORANG!!! berhenti la bakar duit sendiri. Yerp... ko cakap itu duit kau, aku nak kisah apa?  tapi aku tak nak anak bini ko, atau suami ko, atau adik beradik ko terabai kalau ko merokok saban hari...

ini aku nak bagi purata duit yang korang  bakar setiap minggu, bulan dan tahun k.




sehari minimum 15 batang = RM7.50 
                                                RM6.50 x 7 hari = RM52.50 -> seminggu
                                                RM45.70 x 4 minggu= RM210 -> sebulan
                                                RM182 x 12 bulan=RM2520 -> Setahun

Ini minimum kalau anda merokok 3 /4/5 kotak sehari? Tak silap sekotak rokok berharga purata RM9. Hmm jawab sendiri.

Kalau yang gaji hanya RM1200 sebagai purata minum tu macam mana? Anak minimum I bagi u sorang atau dua… Nak beli beras? Susu jangan cakap la… pendek kata

       BERHENTILAH MEROKOK. TAK LARAT NAK TAIP DA…

kEPADA pihak Kerajaan.. saya tau ROKOK adalah salah satu aset utama negara... tapi perlahan2 tolonglah rakyat untuk berhenti merokok. kalau RAKYAT blame diri mereka sendiri yang perlu diketuk untuk berhenti merokok... Ketuklah mereka...

1 jangan permudahkan mereka untuk membeli rokok ( skang ni mana2 p ada rokok)
2. wujudkan peraturan khas.. mereka yang mempunyai anak di bawah lingkuangan umur tertentu ( terutama dalam kandungan) tidak dibenarkan sama sekali merokok demi MODAL insan dalam kandungan dan rumah mereka itu. ( anak tu pun aset negara kan)
3. kalau kereta Luar negara boleh diberikan cukai sehingga 100% kenapa rokok tak berikan juga 100%.


        
Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita (PAndangan Aku Okay)

" AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA "

Pagi ni bangun dan aku bersarapan dengan Blog. Aku terus ke PAGE abang BEN kita dan terbaca entry bantuannya bagi kempen yang di anjurkan ELEE MARDIANA untuk membantu Mohd. Shah Abdul Razak.  sebaik mebaca keseluruhan entry Abang Ben dan Elee Mardiana, saya terus ke pautan Utusan Malaysia itu. saya tertanya2 apakah yang berlaku. Kenapa sampai ELEE MARDIANA menangis dan menjadi igauannya setiap malam? Kenapa? apa yang berlaku?



Itu adalah antara persoalan yang ada dalam fikiran saya.  Pembacaan saya ke Utusan Malaysia membuat hati terasa pedih dan pilu mengenang nasib kedua2 mereka ini.


saya tidak mungkin mampu menghulurkan bantuan berupa sejumlah wang. yang saya mampu berikan hanya belas kasihan dan entry ini. saya akn cuba cari buku Kak ELEE d Kuala Lumpur dalam masa terdekat.  ( currrntly in tg Malim)




Oleh itu saya harap dengan entry ini akan sedikit sebanyak membantu menyebarkan kempen kak ELEE ni.. tiada ruginya kita beramal. tiada ruginya kita berikan sedikit "lebihan" harta kita kepada yang sangat memerlukan. Terharu saya dengan ini. semoga orang ramai akan membantu.
sebarang bentuk bantuan Bolehlah anda salurkan kepada.

Disini saya sertakan nombor telefon Kakak Hairuman 018-3807867 -Maryuni Bt Miskon

No Akaun :162030632448 Maybank

Alamat: No 28 Jln Desa Mawar 2/11,Seksyen 2,Tmn Desa Mawar 45500 Tanjong Karang,Selangor.

Bagi adik Mohd. Shah pula, ini nombor telefon ibunya dan alamat rumah mereka:

Puan Jamilah Daud
Di alamat No. 9, Jalan Pahlawan 12, Bandar Tenggara, Kulaijaya atau boleh dihubungi melalui talian telefon 07-8966970 dan 017-7893200.



Kasih sesama manusia. Tak Mengira Bangsa, Agama dan Taraf anda. Semoga dua remaja ini mendapat bantuan sebaiknya.


Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Terlalu banyak Yang AKU tak Tau... = Tolong Saya Cari Idea...

Saya Belajar dah pangkat degree.. apa ada dengan degree.. semua orang commonly ada degree sekarang ni. huhuu sedih kenang nasib diri. rupanya bila anda semakin berpengetahuan, anda semakin rasa B*D*H. 
Wahhh kasarkan statement saya?? 
Maaf la kalau ada yang terasa ye... (xda kaitan dengan sesiapa) bukan apa.. dah hampir seminggu saya cuba mencari maklumat yang berguna dan boleh digunakan dalam sesi saya mengajar kat Tadika Minggu Ni  hari jumaat... Tapi saya stil tak ada idea... Anybody can Help Me? nak pecah kepala ni nak buat Rancangan Pengajaran Harian. Jumaat lepas saya dengan Kawan ni ( AUDREYdah pegi tanya dah dengan cikgu kat Sekolah Methodist tu.. da dia bagi kitaorang buat... tapi kan... apa nak buat... Budak2 yang ada kat Tadika Dorang ni semuanya BUdaak2 yang baru masuk dan memang takde basic Preschool langsung. agak susah untuk dihandle budak budak ni. Huhuhu
 
Korang yang ada idea tolong2 la k...
 
Anda Boleh Muntah Kalau Nak bila tengok Pic ni hehhe.. ( gambar aku d Snap Kawan Aku)




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Sunday, January 23, 2011

Industri seni Sabah perlu diberi perhatian!

Industri seni Sabah perlu diberi perhatian!

23rd January, 2011 ( sumber d NST )

Peluang, dana dan kerjasama daripada semua pihak perlu diberi perhatian dalam usaha mengetegahkan bakat penggiat seni di sabah kepada umum seterusnya memartabatkan industri seni Sabah.
Kenyataan ini diluahkan oleh pelakon, penari dan pereka tari Sabah yang semakin dikenali di Malaysia ekoran bakat besar yang dimilikinya, Ray Redzuan Awang atau lebih mesra dengan panggilan Ray.
Berbekalkan pengalaman selama hampir 10 tahun di perantauan, Ray menyifatkan industri hiburan Sabah agak suram berikutan kekangan-kekangan yang timbul sehingga membantutkan penggiat seni Sabah daripada menonjolkan bakat mereka.
“Sabah mempunyai penggiat seni yang berbakat besar dan berdaya saing di pentas nasional. Namun selain Sabahan hanya sebilangan kecil saja yang mengetahui akan kelebihan mereka berikutan kurangnya bakat penggiat seni dipertontonkan kepada umum,” luahnya kepada Hiburan NST baru-baru ini.
Sama seperti Tony Francis Gitom, Ray tetap berharap agar slot khas untuk rancangan Sabah dapat disediakan bagi membolehkan penggiat seni Sabah memartabatkan lagi hasil seni untuk tatapan generasi masa hadapan walaupun menyedari kerajaan tidak bercadang menyediakan saluran siaran TV khas bagi Sabah dan Sarawak sebagaimana yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Mojilip Bumburing, yang ingin tahu sama ada kerajaan akan menyediakan saluran siaran radio atau TV khas bagi Sabah dan Sarawak, sedangkan pihak Astro sudah pun menyediakan saluran khas untuk kedua-dua negeri itu.
“Bayangkan jika Sabah diberikan slot khas… bukankah hal ini akan jadi platform kepada penggiat seni untuk mempertontonkan produk Sabah ke seluruh Negara? Malah saya yakin penggiat seni Sabah dapat membuktikan kemampuan mereka jika diberi ruang berkarya dan mengembangkan hasil karya,” ujarnya sambil berharap agar drama yang memaparkan aspek sejarah di Sabah dapat diketegahkan suatu masa nanti.
Selain itu, Ray turut menekankan kelebihan Sabah yang sememangnya kaya dengan pusat peranginan, kebudayaan, dan sejarah perlu diberi perhatian oleh syarikat produksi dari luar dan juga tempatan.
“Kelebihan yang ada pada Sabah harus ditonjolkan kerana perkara ini secara tak langsung mampu menjana ekonomi Negara. Penceritaan drama harus dipelbagaikan dan tidak memfokuskan kepada satu aspek saja iaitu drama cinta,” jelas jejaka yang menggemari irama tradisional, jazz, latin dan hip hop ini.
Ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, berhubung seruannya terhadap penggiat seni Sabah untuk meningkatkan kualiti produk, Ray mengakui sememangnya kualiti adalah penting untuk menarik perhatian stesen penyiaran di Malaysia.
Bagaimanapun Ray berpendapat, untuk meningkatkan kualiti, dana adalah amat penting bagi membantu penggiat seni menghasilkan produk yang berkualiti.
Justeru, Ray menyimpulkan bahawasanya semua pihak yang berkaitan dalam bidang hiburan terutamanya kerajaan memainkan peranan bagi memastikan industri hiburan Sabah terus berkembang pesat.
Bercakap mengenai aspek kebudayaan, Ray yang sememangnya memiliki bakat dan pengalaman yang banyak dalam bidang ini berharap agar sebuah pertubuhan khas yang menjaga dan memantau segala aspek kesenian dapat diwujudkan bagi memastikan kebudayaan tradisional Sabah kekal terpelihara.
Menurutnya, setelah melebarkan sayap ke KL dalam bidang seni sejak tahun 2001, terlalu banyak perkara yang didapatinya kurang mendapat perhatian serius terutamanya dalam aspek pemakaian pakaian tradisional Sabah.
“Banyak sambutan perayaan yang melibatkan orang Semenanjung memakai pakaian tradisi Sabah dan bagi saya itu adalah perkara yang baik tambahan pula mereka juga akan mewakili Negara dalam aktiviti kebudayaan yang secara tidak langsung memperkenalkan pakaian etnik tradisional Sabah. Namun apa yang saya kesalkan ialah cara pakaian itu dipakai dan corak pakaian tradisi itu kadangkala tidak sama seperti yang asli. Hal ini mungkin nampak remeh namun jika dibiarkan ia akan mendatangkan kesan negative kepada kebudayaan tradisional Sabah,” jelasnya yang pernah memanjangkan perkara itu kepada pihak-pihak tertentu namun tidak mendapat respon yang sewajarnya.
Menyedari keaslian pakaian tradisional Sabah harus diperjuangkan, Ray berharap agar perkara itu diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang mempunyai autoriti.
“Kalau etnik kreatif mungkin lain ceritalah… Tapi kalau boleh perjuangkan budaya tradisional Sabah agar masyarakat seluruh dunia tahu akan keaslian tradisi kita,” jelasnya sambil memberikan contoh Sarawak dan Johor sebagai negeri yang begitu mempertahankan budaya tradisional mereka.
Menurutnya lagi, Sabah yang menyambut Festival Sabah (Sabah Fest) setiap tahun harus menggunakan peluang itu sebaik mungkin dengan mengetengahkan kepelbagaian etnik di Sabah kepada umum.
Kajian terdahulu mewartakan negeri Sabah mempunyai 32 etnik dan daripada jumlah itu dikatakan terdapat lebih daripada 60 subetnik dalam pelbagai diealek bahasa. Ada juga pendapat yang mengatakan Sabah mempunyai 72 etnik. Namun kajian terkini Lembaga Kebudayaan Sabah yang dibentangkan dalam Bengkel Kenegaraan dan Perpaduan Etnik Sabah di Kem Bina Negara, Kundasang pada 10-12 Mei 2009 menetapkan Sabah memiliki 35 etnik dan 215 subetnik.
“Berbekalkan kelebihan yang ada, Sabah pasti mampu menarik perhatian ramai pelancong. Tonjolkan ciri kebudayaan tradisional kesemua etnik di Sabah dan bukannya hanya memfokuskan kepada kaum etnik terbesar saja,” ujarnya yang turut meyakini Sabah mampu tersenarai dalam Malaysian Book of Records (MBR) menerusi aspek kebudayaan.
Ray yang berbangga lahir di negeri di bawah bayu menanamkan azam yang tinggi untuk berkhidmat di Sabah dan berjuang bersama penggiat seni yang lain dalam usaha memartabatkan industri hiburan Sabah.
“Walaupun saya berada di KL, saya tetap berjuang untuk melakukan yang terbaik bukan saja untuk diri saya dan keluarga tetapi juga untuk mengharumkan nama Sabah. Saya yakin ramai artis dari Sabah yang mencipta nama di KL juga mempunya niat yang sama. Kami pergi ke Semenanjung bukan kerana lupa akan asal usul sendiri, tetapi sebagai langkah untuk membuka mata orang luar terhadap bakat yang dimiliki oleh orang Sabah,” ujarnya lagi.
Biodata
NAMA PENUH: Ray Redzuan B. Awang
TARIKH LAHIR: 7 Julai 1979
BANGSA: Suluk/Sino Kadazan
AGAMA: Islam
STATUS PERKAHWINAN: Bujang
ADIK-BERADIK: 5 orang (anak kedua)
HOBI: Menyanyi, bersukan, menonton wayang




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Gambar tersayang





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI





Segmen hujung aBANG ben DI  minggu ...DiA buka hingga 5 petang ni jer .. hehehe .. Mlm kang KONON DIA NAK  nak rehat ..  ELEH HEHE ? 
Buat korang  yang merasakan header blog korang best , jom join segmen ni .. Entri yang bakal dibuat adalah seperti INI ... p la tengokkkk   

Abang Ben Ni suh sertai Kalau Minat… HUhuhuhu habis masa aku study untuk BLOG :P
Sapa yang buat header tersebut
Aku sendiri yang buat… suka sangat buat Header.. hehehehe ni header yang ntah keberapa dah ni x ingat dah….
Perisian yang digunakan
Aku guna Photoshop CS3 je.. tu pun budak keja kedai computer install tem aku  p format tahun lepas
Maksud header tersebut
Aku suka tengok sunset… kalau aku dapat tengok sunset dengan cahaya macam blog aku ni.. sure aku pengsan koma 1 bulan.. memang idaman kalbu hehehe
(GEDIK)
Jangkamasa yang diambil buat header itu
Yang ni Sekejap Je dalam 2 Jam macam tu? Ahh lama ke?  Huuu sebab aku tak pro lagi… x macam korang tu….. da dapat PHD buat PHOTOSHOP hehhehe ada aku plus sket software dalam Xiuxiu ( ni software chinese)
Header blog lain yang anda suka tengok
Header C HANS Yang ada Sharukhan.. ( ceehh macam minat sgt ), blog si H!F@ZPH@T dan blog c InCoMplEtE MeLoDy semua comel…. hehhehe

 


Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Tutorial Mengubah Kedudukan Widget Anda...

Slmt pagi every One.. Pagi ni bagun je aku ngadap laptop ketara sangat da addict denga blog.... huhuhu.. lappy pun da panas da ni... hehe... aku buat apa? aku buatmakeover untuk blog aku.. semua aku ubah. setelah tertanya kesana kemari... dan tidak ada yang menjawab akhir nya aku sendiri menjawab beberapa persoalan.. seperti nak asingkan Post Tutorial dan Post Biasa. hehe akhirnya dapat. Mudah semudah makan megi... CUma aku je lembab... hehe any way aku da coleteh panjang sal ni.. tajuk lain tulis lain.. apa daaa cikgu macam ni hehehe

tu Pemula kata la...
Ok aku hari ni suka nak kongsi dengan korang cara nak ubah kedudukan Widget korang dalam  blog senang sangat.. aku belajar sendiri buat benda ni.... xtau la kalau korang da tau dulu.

yee.....Yang da TAU tu Diam Ajeleeee... Cikgu nak ngajar yang Xtau g ni hehehe....

Mudah je sebenarnye.. sebelum tu xmustahil ada yang tanya pasal widget kan?  Widget tu macam dalam pic ni...
Tu la widget... hmm macam mana nak ubah ok korang g
1. DashBoard
2. Design


3. Pegi kat bar yang korang keep Widget tu  cth mcm kat bawah ni



ubah suai ikut cara korang dan ikut keseuaian template... hehe...
 Good luck

Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Penyakit Pelupa dan Akibatnya

Slmt suma... wahaha malam ke da pagi da... pernah tak korang lupa sesuatu? akibatnya apa ye? 
Mungkin tak seteruk "kelupaan" aku kut.... keke nak  tau pa? 
Alaaa teka la dulu.... heee... ( ngada2... gedik)

tak.. mcm ni aku ni nak kata kaya tak la.. nak kata menunjuk bukan bukan juga... aku ni ada guna 3 bank common... CIMB, PUBLIC BANK & BANK Islam( Untuk PTPtipu masuk lee). tiga2 ni aku slalu guna untuk pelbagai perkara tak berpekdah termasuklah belanja wang relod aku tiap kali abis d tengah malam or pagi buta dan aku perlu bersms dengan sesorang... macam mana? aku aktifkan internet banking untuk suma bank ni... kira advance ke ngada2? TAKDE!!! aku sebenarnya nak mudahkan diriku menghabiskan duit yang ada..hehe.. 
masalahnya.. aku ni suka sangat lupa.. aku lupa pada banyak perkara penting. xmacam dulu, dulu aku selalu je ingat benda2 penting macam ni tapi skarang? huhuhu terukkan aku...
Lebih sandi bila aku lupa pasword ketiga2 internet banking aku ni... hahhaa sapa susah aku juga kan? tapi ada baiknya... xlah duit aku terus mengalir macam sungai ja..... hehehe
so tadi da aktifkan salah satu.. tinggal dua. tu pun rumit  sangat. mesti kena queing d bank Islam engan Publick bank tu....








Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Saturday, January 22, 2011

Kedudukan AKu dalam Senarai Gegear Blog Ben Ashaari...


Nampak tak? agak kabur kan? hehhhheheh tadi cek kedudukan aku lepas aku join GEGAR Blog oleh BA ni.. u all nak tengok lebih jelas klik gambar tu untuk terus ke pautan BEn Ashaari Blog.



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Earning Nuffnung Suddenly Increase...




What a relief…..
Selama ni sedih tauuu knpa? Sebab everytime I tengok nuffnung dia tak tambah-tambah pendapatan.. xdelah banyak mana pendapatan aku ni.. sikit jeee lain la korang yang berpembaca dan berfpllower nak seribu. Aku? Hehe setakat ni baru 46 org.. xlepas separuh lagi pon… huhuhu cedey2…
Tapi I solute dengan kawan blogger yang masih datang bertandang dan nak membaca blog saya ni…  contoh macam kak JUST…. ( kak I bagi free punya iklan hehhee)
Pagi tadi lepas mengalami mimpi yang teramat la ngeri sebab aku mimpi best friends among equal tu disambar garuda dan yang lain pula berseronok d shopping complex, ( apa punya mimpi daaa) aku terus buka nuffnung tersayang… hehehe lepas da hampir seminggu takde perubahan… dua hari lepas dia Earning aku hanya bertambah 6 sen sahaja. Hehehe terukkan tapi aku punya trafik setiap hari ada 250-300 orang.. sikit lagi leee… memang sikit pon.. hehehe

Lepas tu tadi kan..  aku cek nuffnung kita ni… terus arrow mouse kat earning.. wahhhhh Bertambah dengan mendadak…. Hehehe duit datang atas angin jew.. heheh so korang jgn la sedih2 sebab nuffnung lambat bagi duit ye… saya dah banyak kali kena macm ni… kadang dua minggu dia tak bagi.. elpas tu suddenly earnings meningkat dengan mendadak… hehehe tak lama g nak casout ni tapi kumpul dulu la… hehhe… lagipun skarang ni ke tiga2 blog saya agak aktif dilawati… stars tu pun ada peningkatan walaupun tak secanggih blog korang… hehehhee





Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Friday, January 21, 2011

Selena Gomez: A Year Without Rain Lyrics

Oooooh
Can you feel me when I think about you?
With every breath I take
Every minute, no matter what I do
My world is an empty place

Like I've been wonderin the desert
For a thousand days
Don't know if it's a mirage
But I always see your face, baby

I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain
I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain
Ohhohoh, Woooaaahh woaahh

The stars are burning
I hear your voice in my mind
Can't you hear me calling
My heart is yearning
Like the ocean that's running dry
Catch me I'm falling

It's like the ground is crumbling underneath my feet
(Won't you save me)
There's gonna be a monsoon
When you get back to me

[ From: http://www.metrolyrics.com/a-year-without-rain-lyrics-selena-gomez.html ]

Ohhhh baby

I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain
I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain
Ohhohoh, Woooaaahh woaahh

So let this drought come to an end
And may this desert flower again
And I need you here
I can't explain
But a day without you
Is like a year without rain
Ohhohoh

I'm missing you so much
Can't help it, I'm in love
A day without you is like a year without rain
I need you by my side
Don't know how I'll survive
A day without you is like a year without rain
Ohhohoh, Woooaaahh woaahh
Ooohh, Ooooooooouuhh

Selamat Datang Ke Dunia AISY...


 

Aku Nak Nama kan dia Aisy Qaireen
huhu tak tau mami dia setuju ke tak... xkira nak panggil dia Aisy juga.... hehehe
Aisy selamat dilahirkan pada 19 JAnuary 2011 lepas pada pukul 2 pagi di Hospital Ranau... Uwahhhh!!!!
Terkejut saya bila tahuMami bagitahu akak dah bersalin.hehe
Berat dia 4kilogram  wehhh hehe berat anak buat aku ni.... Kak aku cakap susah juga nak teran keluar sebab Aisy besar sangat... uwwwaaahh Aku tak habis2 bersyukur sebab Aisy da lahir...

Masih terdengar2 suara kakak meluah dengan aku ketika aku balik cuti semester pada Mei yang lepas... Katanya dia "Tereksiden" pasal Aisy... masa tu dia baru nak pregnant...Tau-tau bila aku balik bulan Mei ni... Aisy dah Lahir... dan 4 bulan pon.. huu lamanya aku xbalik ke rumah.... rindu dan terasa nak je balik skang juga... hehhee




Gambar atas tu pula gambar anak buah aku yang kedua bongsu sekarang ni.. OMG sy sangat rindukan dia...dia baru nak masuk 4 tahun ni... hehehhe tapi ramai orang ckp badan dia da nampak macam budak umur 6 tahun.. Auntie tak kisah sayang.... auntie tetap sayang anak-anak buah auntie.... Nama budak ni Hayatun Shamila... Lahir pada 6.June 2008. hehehe budak ni comel je... masa dia lahir dulu tak da la comel macam ni... geram bila tengok pic dia tapi kalau da tengok budaknya... TUHAN je la bleh jawab.. nakalnya bukan main... but still i love her much n more everyday.

yang ni? ni kakak aku ( ibu diorang ni) mms bulan lepas...dan tahun lepas.. sebab aku minta.. da rindu sangat dengan diorang ni... yang sebelah tu kakak nya... Nama Nur Syafiena... panggil nina.. dia da darjah dua da tu... tapi sekali tengok macam budak ni hampir sebaya kan? hehe nina ni aku syg juga.. sangat sayang sebab dia ni pandai dengar kata dan agak pasif banding adik2 dan abangnya... selalu je malu2 tapi dengan aku dia becok la... tiap kali balik kg dia ni je selalu berlari dan peluk aku.. rindu katanya.. 

Terasa nak nangis da skarng ni.. rindu btol dengan budak2 ni.... huuuu
( sabar CIkgu)




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Thursday, January 20, 2011

JOM GEGAR BLOG

SILA KLIK UNTUK JOIN SAMA.. JOIN LEEEEEEEE

HI suma.. ni 1st time Ben Ashaari punya Segmen.. Follow dia da lama.. hehehe... meh jom kita ramai2 join./....



Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

BEWARE OF THE FAKE ‘KOREA DETOX FOOT PATCHES’

Budak ni tengah buat aoa ni apa yang dia post2 kat blog dia ni? hehehe..


.



well actually this is my bussiness.. nak promote kat korang suma kut2 ada yang berminat... kalai berminat contact saya. kalau tak berminat xpe... ( sila Klik mana2 gambar untuk ke PAUTAN  seterusnya).




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Wednesday, January 19, 2011

Pelajar UPSI vs tarikh Kredit PTPTN ke Dalam Akaun Pelajar.

  Berikut merupakan beberapa update yang dimasukkan dalam inbox Facebook saya.. kekejaman demi kekejaman terhadap warga UPSI.. hahaha


19 January at 12:26
Maklumat terbaru :
Wang pinjaman dari pihak bendahari UPSI akan dikreditkan ke akaun setiap pelajar selewat - lewatnya ESOK..dengan penambahan amaun dari RM 150 ke RM 250.
Kemasukan wang pinjaman PTPTN pula SELEWAT-LEWATNYA adalah pada 31 JANUARI.sekian.
sumber : EN MUZAMIL (HEP)



 18 January at 18:14
Menurut Encik Muzamil, Pegawai HEP, PTPTN akan masuk paling awal pada 31 Januari 2011.
Hasil perbincangan YDP MPP sesi 2009/2010 bersama Y. Bhg. Dato' Naib Canselor UPSI, beliau bersetuju untuk sementara waktu ini masukkan RM150 pada akaun setiap mahasiswa/i sebagai bantuan perbelanjaan sebelum PTPTN masuk.

Bantuan ini dijangka akan dimasukkan pada minggu ini atau minggu hadapan dan setelah PTPTN masuk nanti, bantuan RM150 itu akan ditolak daripada akaun mahasiswa/i UPSI.

Sekian.


Daripada,
Mohd Razik bin Khalid
YDP MPP sesi 2009/2010




18 January at 01:33
 Salam warga UPSI yg disayangi...

Berkenaan kelewatan ptptn bagi semester ini adalah disebabkan rentetan kelewatan PENYERAHAN keputusan peperiksaan semester yang lalu kepada pihak PTPTN..Ptptn dijangka akan keluar sebelum 31 Januari 2011 (hampir sebulan lewat dari tarikh sebenar)...ini adalah penjelasan yang nyata bagi masalah ini dan saya harap semua pelajar jelas berkaitan hal ini... tiada sebab lain yang berkaitan dngan masalah ini..

diharapkan semua pelajar dapat berjimat cermat serta merancang perbelanjaaan sebaik mungkin...dahulukan yang mana perlu...bezakan keperluan dan kemahuan...kita semua tak minta untuk masalah ini berlaku..tapi dalam situasi skarang ni, kita perlu sama2 bertindak untuk diri sendiri bagi menghadapi masalah yang telah melanda...

bagi mana-mana pelajar yang sangat2 memerlukan duit, anda boleh mendapatkannya melalui :

1) PORTAL UPSI --> HEP --> TRUST FUND ( permohonan wang sebanyak rm 500 dalam tempoh masa 2 minggu )
2) BANGUNAN HEP --> UNIT KEBAJIKAN & KEWANGAN (isi borang berwarna hijau untuk mendapat wang segera)
* gunakan bantuan yang sedia ada ini sebaiknya...setiap masalah ada penyelesaiannya dan kita perlu berusaha ke arah itu..*


Gambar tiada kaitan hehe....

Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91