Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Monday, January 30, 2012

Melapor Diri


Pagi tadi bangun kol 5.55am. lewat daripada housemate. Tu pun die yg kejutkan.
Arghhh....

Praktikal bermula hari ni.. rasa tibe-tibe nak muntah dan nak buang airbesar. Nak berlari jauh pon ye juga tapi... Arghhh tak bestnye perasaan ni...
Then syukur laaa pagi tadi selepas selesai Morning assembly SKDK, aku dengan kawan pun melapor diri di Prasekolah Sk. Dato Kelana (Pra SKDK). Pra.SKDK ada 3 kelas. So Guru besar SKDK hantar kami ke kelas secara formal pagi tadi dan diperkenalkan dengan beberapa orang staff, Sorang cikgu dan dua orang pembantu. 

Kelas Jasmine, Kelas Sunflower dan tak ingat kelas lagi satu). Aku diletakkan dibawah bimbingan cikgu Ayu di kelas Pra-Jasmine. J. Tapi hari ni Cikgu Ayu tak dapat datang keran kes emergency. Kelas Pra-jasmine dikendalikan oleh cikgu Peralihan. Cikgu Ain namanye. 

Mula2 tadi kena gi kelas Pendidikan Khas. Atas arahan Guru Besar. so pegi jelah, Then kena suruh balik ke kelas Pra Semula sebabnye tak diperlukan. Syukur laaa.... kalau aku di kelas Pendidikan Khas tu, aku memang tak tahu nak buat ape...

So cerita pasal kelas Pra-Jasmine ni, which is my class for 4 months la kan. Murid-murid kelas ni ada 25 orang. 19 orang berumur 6 tahun dan lagi 6 orang berumur 5 tahun. Aku cuba buat muka masam semasa nak masuk kelas ni. Tapi sungguh tidak selesa rasanya...ha ha ha Nampak budak je aku rasa mahu senyum. So aku buat xnampak mereka. Walaupun mereka banyak kali try to get my attention. Aku kalih perhatian ke siling dan dinding kelas atau pura2 sibuk menulis padahal tak ada apa pun nak di tulis.  KEJAM tak? Aku rasa aku KEJAM sangat. Bukan diri aku. Tapi aku ikut nasihat orang yang lebih berpengalaman. Jangan bagi muka semasa 1st day masuk ke KELAS even mereka tu hanya budak.

Menyesuaikan diri di sekolah ni taklah susah mana. Sebab cikgu dan staffnye yang lain sekejap je dah serasi. Yelah sama2 ada naluri Pendidik Kanak-kanak kan? Hehe Syukur pada TUHAN. Lagi satu jimat beb... makan di prasekolah je... tapi syaratnye kena tahan sikit laa... lewat sikit makan. Dahlah takde sarapan pagi tadi... 

Dan sebelum balik tu perkara paling tak diingini berlaku secara tiba-tiba ialah... aku kena mengajar esok. Ganti cikgu Ayu yang tak dapat datang hari ni. So sekajap lagi kena buat RPH la ni. Rasa tak sabar je nak habis. Macam mana aku esok ni. Nak mengajar tu boleh. Tapi nak interaksi dengan student tu payah. Dahlah belum kenal kan. Tapi tak pe lah. Cabaran kan. Sebagai sorang cikgu praktikal aku kena tunjukkan aku boleh. 


Baiklah-OUT-


P.s: sowie lee entry panjang. dah lama tak update. dan aku dapat conection free daripada PPD TP LINK. he he.. sementara broadband takde.. boleh la aku curi pakai wireless ni.

Yang Penting HATI Bah.

Thursday, January 26, 2012

Dub Dab Dub Dab Menghitung Hari.

Isnin ni.. praktikal akan bermula di Tapah. 30 Januari 2012. 

Agaknya apa aku akan buat yea?

Isnin ni baru proses melapor diri... Dub Dab Dub Dab Dub Dab.

Aku terpikir banyak hal...

Mampu ke aku berhadapan dengan suasana baru nanti? Praktikal tu beb. Kalau kerja Office mungkin aku boleh lagi sebab ada pengalaman kan. Tapi, Sometimes.. REALLY? I am a Teacher? Macam Tak percaya.... hihihi'

And sometimes aku terfikir... mcm mana la aku nak ajar budak2 preschool tu nanti. Macam mana ye environment sekolah sebenar? Walaupun sebelum ni da berpuluh kali pergi mengajar kat preschool, tadika, taska dan juga buat observation kat Sekolah pendidikan khas. Tapi aku still nervous.

Kadang tu aku terfikir lagi, kalau ada masalah macam mana aku nak manage?  Takkan nak sedut dan hembus tisu kot. (Menangis) haha.

Tempat baru, Rumah baru, bilik baru, semua baru. Aku kena ‘BARU’kan diri aku juga la ye?

Macam mana ek aku berpraktikal nanti?
Tapah, here I come. Hihi...  macam sangat semangat nak start Praktikal tapi... then macam tak nak je praktikal... penat tak abis lagi untuk 27 jam kredit sem ni. Hii... ni kot namanya NERVOUS melampau. Alahai... doakan saja la aku yeee...

Lepas ni, praktikal dalam masa 4 bulan, 30 Jan – 25 Mei (tarikh ni juga la bah) Kemudian cuti start 27 Mei – 8 Sept. Then balik Tg Malim untuk Final Semester pada 9 Sept 2012 hingga Januari 2013. Dan mungkin januari hanya sehari untuk exam sahaja. J selepas tu aku dah habis Pengajian. Macam tak caya je. Semakin singkat masa aku di UPSI @ USI. L à J à L à J. Ni lah perasaan aku skang. J

Semoga semuanya berjalan dengan lancar... AMEN!
P/s: btw... untuk 1 bulan ni broadband mungkin masih tidak ada. Takdek duit beb...

Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, January 25, 2012

MUngkin Bukan Aku.

Aku bukan wanita cantik yang manja dan lembut. Juga bukan gadis manis yang bijak bergaya dan berfesyen. Aku juga bukan seperti dia yang sempurna. Mungkin juga aku bukan yang kau impikan... Bukan yang kau harapkan... tapi aku pasti...




Yang Penting HATI Bah.

Monday, January 23, 2012

Baru Boleh Bernafas sikit


Takde connection sejak sabtu lepas.
Seksa hidup woooo....
Ari ni baru la ada internet connection.
Itu pun lepas aku merayu dengan encik technician streamyx aku.

He he...baru la boleh ceria idup ni....

Boleh online,
Boleh webcam
Boleh gelak2
Boleh tengok utube...
La la la la la la la la la



Yang Penting HATI Bah.

Wednesday, January 18, 2012

Banting Murah untuk Pelbagai Kegunaan.

Kenal tak dengan banting? 

Hah yang namanya banting tu yang macam kat bawah ni.. Selalunya orang guna banting ni untuk Iklan, Promosi, Sepanduk dan nama tempat.

Tapi seiring dengan zaman ‘dihujung jari’ sekarang ni.... Penggunaan banting boleh diperluaskan... Multipurpose kata orang putey...

SEKARANG NI ADA PROMOSI... JADI JANGANLAH LEPASKAN PELUANG. TEMPAH SEKARANG!
 

Boleh buat Backdrop:
          Perkahwinan
Pertunangan
Majlis harijadi,
Thanks Giving
Sambutan Perayaan

          Dan apa2 saja lagi yang laen2... J
          Yang ko pikir boleh dan diperboleh dan sesuai dan disesuaikan....

Baik untuk lebih lanjut, boleh lah berhubung dengan:

Tuan empunya produk... di 

Tempah Banner/Bunting Secara Online


Benda ni bukannya tak boleh di simpankan? Boleh tahan berbulan-bulan. Sebab ianya memang tahan lasak.

P/s: tuan punya produk ni my cousin. So boleh Tanya dengan aku. Nnt aku usulkan pada beliau.



Popular Posts