Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Saturday, August 30, 2014

Kari Ayam Tak Sempurna



3 ari lepas aku try masak Kari Ayam.

Tak ada santan, tak ada daun kari, tak ada pati tak ada lengkuas tak ada bawang merah tak ada bawang besar dan segala macam rempah…

Apa yang ada? 

Cuma bawang putih, halia, ayam, garam, gula, kentang, serbuk kari ayam, air, kulit kayu manis,. Itu aje…oh aku memang tak guna bang aji- xde-moto yeee

Permintaan suami aku berbulan dahulu ( nampak sangat dah lama benar aku tak masak kari ayam)… katanya kalau aku nak masak kari ayam lagi dia minta aku pekatkan kuah… dah dua kali aku masak berbulan dulu.. x menjadi… xtahu nak pekatkan kuah… kalau aku letak kari sekilo… merapu pula kan… hiksss

So aku buat la kira kira matematik dan mengkaji sejarah kari ayam…

Malam tu suami makan dengan sangat excited, sebab menjadi kooo…. Kah kah… aku pekatkan kuah dengan merebus sebiji kentang terlebih dahulu… aku lecek-lecek… bagi hancur ala2 mash potato kepsi… masukkan sekali kat dalam masakan.. kuat pekat kooo hahaha… Berjaya…. Yippieeee...

Sapa nak cuba boleh la ciplak… kalau korang xtahu lagi la… aku develop sendirik idea ni..


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.


Wednesday, August 27, 2014

Sebab aku Berhenti Kerja



Berhenti kerja dan menjaga Leona sendiri.
Itu pilihan aku atas pilihan dan nasihat suami. Reaksi orang?
Ada yang kata aku ini kolot, tidak berpandangan jauh.

Duit itu penting kata mereka. 

Yeah aku mengaku duit itu penting… tapi sekarang ni bukannya aku tak ada suami yang sanggup menyara aku… walhal aku jauh lebih dari mampu untuk dapatkan kerja di KUALA LUMPUR ini. Tapi aku berkorban demi anak. 

Kenapa tak hantar balik kampung? 

Hurmm yeah, aku mengaku my mom kata sudi nak jaga baby Leona. Tapi aku yang tak sanggup. Tak sanggup berpisah dengan anak aku. Aku nak bagi breastfeeding sepenuhnya untuk Leona sekurangnya untuk 6 bulan pertama ni. Tak pasal2 aku balik kampong tiap hujung minggu hanya kerana nak jumpa Baby… kalau dekat tak pa. ni OVER Sea ko.. Borneo dengan Peninsular oversea la kan hehe

Hantarlah kat pengasuh…

Ni pun aku ada terfikir juga… tapi memandangkan sekarang ni terlalu banyak kes tak elok… aku tak berani nak ambil risiko ke atas Leona. Anak aku terlalu berharga.
Biarlah ijazah aku dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ni aku gunakan ke atas anak aku sendiri dahulu. Jika Tuhan mengizinkan… aku pasti akan bergelar CIKGU suatu hari nanti. Sesuai dengan kehendak TUHAN. 

Sokongan:

Bila aku meluah hal ni di Facebook… Hurmm ada juga yang menyokong keputusan aku… tapi mungkin lebihh ramai yang memandang keputusan aku  ni KOLOT. Tak apa… ko dan aku tak sama…

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Friday, August 22, 2014

Memilih Nama Anak



“Pendeknya nama… “


Komen orang bila aku sebut atau bagi tahu nama baby baby aku.  Sama dengan aku sendiri  bila orang Tanya nama penuh… bila bagi tahu hanya “WINDA” mesti Tanya lagi nama penuh. Macam tak faham bahasa pula aku nak menjawab kan? 

Sebab aku dan suami pilih nama setakat 5 huruf je? Jawapannya mudah… memudahkan semua orang nak ingat nama. Mudahkan Nana  nak menulis nama dia bila sekolah nanti, Mudah orang nak ingat nama dia. Mudah cikgu dia nak menulis nama murid dia. Mudah tukang buat Surat Beranak/ My Kid / IC / Passport nak buat dokumen dia. 

Part cikgu menulis nama budak tu memang reason paling kukuh la…sebab masa study dulu setiap semester (8 semester) di upsi, aku kena keluar ke Prasekolah/Tadika/ nursery/ taska  dan banyak la aku jumpa nama panjang benar… paling panjang tu aku jumpa budak sorang tapi pakai nama 5 orang… belum nama bapanya lagi… kecenderungan untuk silap mengeja atau tertinggal satu nama itu sangat tinggi. Kalau menulis dengan tangan mau lenguh tangan nak menulis… huhu

So… tu la sebab kenapa aku dan suami pilih nama simple ( LEONA Gabril). 


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Wednesday, August 20, 2014

Pengalaman Bersalin Part 3 - Hospital Ampang





Aku start meneran bermula 4.15am. Sesungguh hati aku teran. Aku teringat baby aje masa meneran. Aku pegang tangan suami. Aku tak tahu dan tak sedar apa yang suami aku buat masa aku sedang sakit tu. Samar-samar aku nampak muka dia. “teran lagi, cepat, cepat” “pandai” “lagi puan… lagi.. nanti kita tolong bila da…” aku tak dengar dah sebab aku meneran sekuat hati sampai aku menjerit kooo… muhaha… then aku rase macam ada sejuk sikit.. terhenti aku sekejap. “puan teran teran jangan stop” Aku nak teran tapi aku tak berdaya… aku ambil dua tiga saat dan teran semula… agak panjang aku meneran keluar dan aku rasa sesuatu menggelepar… aku teran lagi tapi dah tak boleh… nurse bagitahu anak da keluar… dalam hati aku Did I just give a birth to my first baby?... aku terus buka mata dan nampak suami. Aku terasa dahi di kiss (wink). Mata aku terbuka luas dan nampak nurse nak bawa anak aku, aku panggil nurse sebab nak tengok anak aku. (patut kena letak dekat dada kita dulu kan?). Nurse pun panic agaknya sebab dia sorang-sorang. Dia tunjuk jantina dan bila aku minta nak letak anak kat dada dulu dia cakap anak biru sikit sebab aku terhenti meneran sekejap tadi so kena cepat bagi oksigen.

Aku tersentak… dua tiga saat yang aku rasakan hampir membunuh anak aku. Ya Tuhan…

Selepas tu suami diminta tunggu di luar… aku dengar nurse cakap aku siap melahirkan tepat 4.20am. 5 minit rasa macam berjam-jam. Aku tak terbayang mereka yang meneran lama2 tapi anak tak dapat keluar… Then nurse uli-uli perut aku, keluarkan uri pula… aku ingat apa lah yang dia buat… rupanya uri tu besar kan… haha… terdengar pla bunyi berdecak macam air.. aku berfikir dan mungkin itu adalah darah.
Sampai sesi menjahit… aku dah sedikit tenang. Lega dah . aku berbual dengan nurse yang menjahit tu sambil gelak-gelak… lega dah keluar kan… hehe.. Nurse cakap lepas ni jangan duduk bersila dan basuh bersih-bersih luka biar cepat sembuh… nurse siap Tanya apa pendidikan dan berapa umur aku..  dia kata baguslah ada anak dalam umur yang muda, badan masih kuat jaga anak. Doctor masuk dan Tanya keadaan aku, nurse cakap aku stabil walaupun aku kurang darah. Terima kasih Tuhan dan aku juga pasti vitamin yang aku makan selama ni banyak membantu menguatkan aku sepanjang aku mengandung dan juga semasa bersalin. Tak sia-sia aku korban wang ringgit untuk consume SHAKLEE Supplemen.

Dalam pukul 5.00am anak aku di serahkan kepada aku… menitis airmata aku melihat wajah anak aku yang kemerahan. Aku amati wajahnya… sah.. bibir nya menyerlah dari yang lain.. ikut bibir aku. Haha. Aku tak terbayang perasaan suami melihat anak wajah anak kami nanti.

Nurse terus suruh aku susukan baby. Aku cuba susukan. Amazing… baby dah pandai menghisap. Haha.. kemahiran yang pertama untuk baby. Sakit tak? Memang sakit haha.. tapi aku dah set awal-awal.. aku memang akan susukan anak secara ekslusif sehingga 6 bulan dan aku akan teruskan sehingga dia berumur dua tahun.


Oleh sebab ward penuh dengan wanita bersalin, aku terpaksa di tempatkan di atas katil depan bilik bersalin (bilik no 7) di Hospital Ampang. Suami aku masuk sekejap masa ni. Dia kata nak balik rumah ambil beg aku sekejap. Masa tu dah pukul 7.00am. Aku nampak muka suami aku lain bila dia nampak anak kami.. entah.. ke aku je rasa lain sebab status kami dah berubah jadi ibu bapa kot. Haha…

Aku diberi minum susu sedikit aje.. bagi aku tak cukup kot.. lapar ni.. tp aku tak berani nak minta refill muhahaha. Aku tertidur sekejap-sekejap tapi tak lelap kerana mata tak puas nak menatap si kecik… tengok la perangai tak senonoh aku kan… padahal baby bukan nangis pun… nurse dan mak guard yang lalu lalang kat laluan tu siap tegur… “rehatlah puan, baby tak nangis. Puan baru je siap bersalin”  aku balas dengan senyuman aje… aku tak puas lagi menatap muka anak aku.. walaupun aku sedar aku akan bersama dengan anak aku ni 24jam selepas ni.

Katil aku di tolak ke ward 4C. aku di tempatkan di ward kelas  pertama.  Ada dua orang dalam tu. Teman sebilik aku tu Chinese. Dia bersalin anak ke-3 secara ceaser dan dah hari ke 3 kat hospital. Anak dia pula dalam Tiub sebab dilahirkan tak cukup hari kot atau ada masalah jaundice (kuning)… aku tak ingat dah.. tapi pergerakan dia terlalu terbatas.. Ceaser kottt… aku yang baru beberapa jam bersalin ni lagi kuat daripada dia kot. Haha…

Suami aku tak sampai-sampai walaupun jam dah pukul 8 lebih, aku call tak angkat, aku fikir dia tertidur sebab aku perasan dia tak rehat langsung dari hari sebelum tu. so aku biarkan… perut aku sangat lapar masa tu. nak minum, air pun tak de… milo pun tak de… ward kelas ni ko jangan pilih la k… sebab nurse dan doc jarang nak jenguk… baik ko minta je kelas biasa… aku ni tak minta… tapi sebab ward terlalu penuh…
Husband return call dalam pukul 9.00am, aku masa tu tengah makan spageti dengan sup. Haha lawak betol. Xde rasa langsung makanan tu… aku makan dua tiga helai je kot spageti tu… husband cakap dia kumpul air sebab air dah ada kat rumah… terharu aku dengar… susah payah suamiku semoga di balas dengan kebahagiaan oleh TUHAN. Aku jadi emosi kejap… tersengguk-sengguk aku menangis… nasib baik ada tirai tu, haha… baby aku pun macam tau tau je aku nangis.. dia ikut sama nangis… husband cakap dia dah on the way. Aku letak phone dan susukan baby. Aku yang masih tak mahir sangat buat2 tahu sebab tak ada nurse tolong yang berdekatan. Aku makin lapar bila aku susukan baby.. badan aku mengeletar. Syukur husband sampai. Aku terus suruh dia bancuhkan ESP + Milo 3 in 1. Terketar-ketar aku minum sambil makan biskut Tiger warna putih tu… Syukur.

Baby Nana 6 hours after birth
Kami discharge pada hari yang sama… pukul 7pm. Kos hanya rm30. Bila sampai rumah, aku lihat pintu terbuka luas… tak pernah-pernah aku buka pintu rumah seluas itu sebab area ni banyak bau bau kemenyan oleh jiran inda bila mereka sembahyang dan juga asap colok jiran cina. Rupanya SIL dan Family dah sampai. Semua jadi excited tengok baby. Hehe… Syukur ya Tuhan…

Tamat.
 



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Wednesday, August 6, 2014

Pengalaman Bersalin Part 2



Okay sebelum sambung kisah bersalin ni…
Ramai yang tanya pasal Hospital Ampang dengan aku.. perlu daftar atau tidak… kos yang perlu dibayar….dan satu yang paling popular ialah macam mana dengan service hospital…
Soalan: PERLU Daftar ke?
Jawapan: Tak perlu. Just Walk-in saja. Hospital Ampang bersedia menerima pesakit dari seluruh Negara buat masa ni. Tapi ingat, wad mungkin penuh.
Soalan: Kos?
Jawapan: Aku bersalin normal dan tak ditahan (bermalam) kat hospital… so hanya RM36.
Soalan: service?
Jawapan: Baca entri sampai abis…

Sambungan….(Baca Part 1 )

Sebaik sampai kat pendaftaran bersalin (bersebelahan dengan Kaunter Kecemasan) contraction yang aku alami rasa makin teruk.. Aku tak pernah rasa macam tu okay. Seumur hidup aku tidak pernah aku rasa sesakit itu. Mungkin sebab sakit bersalin ni sakit yang berterusan, tak hilang-hilang dan tak ada ubat tu yang aku rasa sangat sakit tu.  Contraction makin teruk tu buat aku nak berjalan ke meja pendaftran pun makan masa rasa nak merangkak okay. Masa nurse Tanya macam-macam (prosedur sama diulang), aku dah tak mampu jawab dan hanya hulur buku klinik pink tu. Sorang nurse ambil wheel chair dan papah aku duduk nak sorong ke  katil pemeriksaan. Padahal kaunter dengan katil tu tak sampai lima langkah… tu la gambaran betapa dahsyat sakit aku alami haha.
In the mean time, contraction yang aku rasa makin sakit. Prosedur yang sama di ulang. Pelbagai soalan diajukan doktor. Padahal dah tiga kali aku datang untuk hari tu saja. Tapi aku sangat penyabar masa tu. Aku diam je bila aku tak mampu nak menjawab dan menahan sakit yang aku alami.

Aku pejam mata dan cuba tidur. Aku nak rehat. Aku terdengar perbualan nurse dengan doctor. Antaranya…
Mana yang nak pengsan tu? Winda ni… dah cek da? Belum. Doktor semua sibuk.
Bila masanya aku nak pengsan. Aku Cuma rasa sakit teramat. Aku nak tidur pun tak dapat sebenarnya. Tiba-tiba ada sorang minta maaf dan kata nak cek bukaan. Aku iyakan saja. Mula-mula memang la malu.. dah sakit macam tu, dalam fikiran hanya nak kesakitan itu berlalu.

Tips: kalau rasa sakit masa contraction, ingat bayi anda. Bayangkan betapa comelnya dia nanti. Betapa bahagianya kita bila kita di panggil mama/mummy.

Sebaik doctor cek, dia kata bukaan dah 3cm. So kena masuk dewan bersalin kejap lagi.  Dalam fikiran aku, terbayang dewan bersalin macam dewan asrama/sekolah. Miahaha… semua prosedur aku iyakan aje. Dah sakit.

Bila bukaan rahim dah capai 5 cm, doctor bagi tau yang dia akan pecahkan ketuban dan akan transfer ke dewan bersalin. Aku sempat mendengar perbualan dua orang nurse yang transferkan aku ke dewan Bersalin tu. Menurut mereka, mala mini (itu) orang yang bersalin tak henti henti.Penat sungguh mereka.

Bila tiba ke dewan bersalin, aku ingatkan dewan seperti yang aku bayangkan, rupanya sorang satu bilik. Hospital Ampang saja kea tau semua hospital government macam ni, aku pun tak tahu… yang pastinya, hospital Ampang adalah hospital terbaru.

Dalam bilik bersalin tu ada jam betul-betul setentang dengan katil bersalin. Sebelah kana nada Gas Etonoks untuk di sedut bagi mengurangkan kesakitan. Ada ULTRAsound kat belah kanan. Ada sorang nurse pantau aku. Kesian kat dia sebab selang 2 minit aku minta dia cek bukaan bila sakit tak tertanggung. Tapi dia tetap sabar. Bila sakit xde sangat, aku minta maaf kat nurse tu. Aku kata aku lemah… dan aku nak suami aku ada kat sisi… Masa mula masuk kat Bilik Bersalin tu aku tengok jam, baru pukul 1.05am. Aku merengek minta husband masuk. Hampir  pkul 2.00am baru lah husband diberi masuk. Dia datang je terus give me a HUG. Terharu sangat masa tu. aku rasa lebih bersemangat dan bertenaga. Husband berdiri sebelah aku sambil berdoa. Samar-samar aku nampak mukanya. Aku sangat letih dan nak tidur tapi nurse tak bagi. Sebab takut jadi apa-apa. Bacaan bukaan rahim aku,

2.00am – 7cm
3.00am – 8cm
4.am – 9cm

Masa bukaan 7cm tu aku dah rasa macam nak meneran tapi nurse cakap jangan. Tapi ade juga yang aku x dapat kawal… termeneran sendiri… maksudnya (aku rasa la), kepala baby gerak sendiri untuk keluar. Pukul 4.15am tu bukaan da 9cm… nurse suruh aku teran… aku teran sekuat hati. Praktis segala ilmu yang aku cedok dari Google… tapi satu kelemahan posisi aku masa bersalin… xsempat nak naikkan badan… katil tu xsempat nak angkat bagi tinggi. So susah sikit aku nak meneran… yang bagi aku bersalin pula hanya sorang nurse… Ko bayangkan SEORANG sahaja dan husband aku. Dia Teriak banyak kali panggil doctor dan assistant tapi xde sapa datang. Part ni je aku tak puas hati dengan Hospital Ampang. Nyawa anak aku jadi taruhan. Tapi bab lain semua Okay… sangat DAEBAK. Nak cek kat bawah tu siap minta maaf.  

Bersambung…
 



SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91