Geng Panda Slim

Wednesday, January 19, 2011

Pelajar UPSI vs tarikh Kredit PTPTN ke Dalam Akaun Pelajar.

  Berikut merupakan beberapa update yang dimasukkan dalam inbox Facebook saya.. kekejaman demi kekejaman terhadap warga UPSI.. hahaha


19 January at 12:26
Maklumat terbaru :
Wang pinjaman dari pihak bendahari UPSI akan dikreditkan ke akaun setiap pelajar selewat - lewatnya ESOK..dengan penambahan amaun dari RM 150 ke RM 250.
Kemasukan wang pinjaman PTPTN pula SELEWAT-LEWATNYA adalah pada 31 JANUARI.sekian.
sumber : EN MUZAMIL (HEP)



 18 January at 18:14
Menurut Encik Muzamil, Pegawai HEP, PTPTN akan masuk paling awal pada 31 Januari 2011.
Hasil perbincangan YDP MPP sesi 2009/2010 bersama Y. Bhg. Dato' Naib Canselor UPSI, beliau bersetuju untuk sementara waktu ini masukkan RM150 pada akaun setiap mahasiswa/i sebagai bantuan perbelanjaan sebelum PTPTN masuk.

Bantuan ini dijangka akan dimasukkan pada minggu ini atau minggu hadapan dan setelah PTPTN masuk nanti, bantuan RM150 itu akan ditolak daripada akaun mahasiswa/i UPSI.

Sekian.


Daripada,
Mohd Razik bin Khalid
YDP MPP sesi 2009/2010




18 January at 01:33
 Salam warga UPSI yg disayangi...

Berkenaan kelewatan ptptn bagi semester ini adalah disebabkan rentetan kelewatan PENYERAHAN keputusan peperiksaan semester yang lalu kepada pihak PTPTN..Ptptn dijangka akan keluar sebelum 31 Januari 2011 (hampir sebulan lewat dari tarikh sebenar)...ini adalah penjelasan yang nyata bagi masalah ini dan saya harap semua pelajar jelas berkaitan hal ini... tiada sebab lain yang berkaitan dngan masalah ini..

diharapkan semua pelajar dapat berjimat cermat serta merancang perbelanjaaan sebaik mungkin...dahulukan yang mana perlu...bezakan keperluan dan kemahuan...kita semua tak minta untuk masalah ini berlaku..tapi dalam situasi skarang ni, kita perlu sama2 bertindak untuk diri sendiri bagi menghadapi masalah yang telah melanda...

bagi mana-mana pelajar yang sangat2 memerlukan duit, anda boleh mendapatkannya melalui :

1) PORTAL UPSI --> HEP --> TRUST FUND ( permohonan wang sebanyak rm 500 dalam tempoh masa 2 minggu )
2) BANGUNAN HEP --> UNIT KEBAJIKAN & KEWANGAN (isi borang berwarna hijau untuk mendapat wang segera)
* gunakan bantuan yang sedia ada ini sebaiknya...setiap masalah ada penyelesaiannya dan kita perlu berusaha ke arah itu..*


Gambar tiada kaitan hehe....

Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91