Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Thursday, July 29, 2010

Makanan Paling Sa suka Makan.



1.      Nasi di bungkus dengan daun “wengian”.
2.      Pucuk Ubi Kayu di tumis dengan Bwang putih campur dengan ikan masin dan di tambah sedikit sos tiram.
3.      Ikan masin bakar bersapu magnesium sulfida.
Resepi seperti in sangat jarang di temui dibahkan belum pernah saya jumpa di semenanjung  Malaysia setakat ini. Dan makanan ini sangat sedap bagi saya. Tidak ada tandingannya. Nyum nyum nyum yummy… sedap… apa lagi kalau mumy yang masak atau c gapa. Sangat sedap lor… hehehhe ( ke aku malas nak masak)

1.      Hot Lemon Tea.
2.      Chinese Tea
3.      Tom Yam Versi Sabahan ( Kedai Kopi Seng Hing d Sinsuron)
4.      Sup Kosong
Wow!!! Perrrrgghh!! Mmmm!!!!
Memang sedap makanan ni. Setiap kali selesai maka semangkuk, pasti mulut saya terasa nak lagi semangkuk tetapi perut saya tidak mampu menerimanya lagi. Itu namanya doot kalau dalam bahasa Dusun bahasa ibunda saya.


Nasi Ayam Singapore
Haa ni pula nasi ayam Singapore. Makanan ni boleh di dapati di food Court Center Point Kota kinabalu. Rasanya biasa saja. Cuma nama je berbeza dan aku tak gemar sangat la sebab x sedap.

Haaa yang ni sedap… namaya Tuaran Mee… sedap makanan ni. 
kin datang selera makan sa tul o ni post sa ni kali. hohoho. makanan ni boleh di dapati dengan mudah di restoren2 di sabah.

yang ini pula di panggil Kon LOw Mee d ranau. D restoren Kotas. sangat sedap dan keadaan restorennya bersih dan selesa.

Tuesday, July 20, 2010

My Hair Designer will be retire.

Kak Lus with me.

huuu dah lama da kak lus jd hair style sa. huhu hasil sentuhan tangan dia sangat la saya suka. tak ada tandingan. sangat memuaskan hati. ada salun lain saya pegi, tapi x setanding tangan kak lus. huhuhu. 
but yang sedihnya kakak nak berhenti sudah... :( sebab dia bagi tau dia nak berehat. almaklumlah. da pregnant. huhu saya happy dia pregnant. but at da same time... saa nak buat rambut sy? 
susah nak cari hair stylish macam dia.
KL ni banyak tapi harga dia pun lagi mahal dari makian aku sebulan d UPSI. huhuhuu
mcm nak je suh dia go on. tapi xkan nak biar dengan perut boroi kan. kesian kat akak juga. huhuu.
tengok la mcm mana. sya pelan2 minta my beloved carikan salun yg baik untuk saya.

Monday, July 19, 2010

Berteman Sepi

Penaku menari mencoretkan
Sebuah puisi kelukaan
Gurindam jiwa
Cinta dan airmata
Di kamar hati ini
Masih ada sembunyi
Kenangan yang tak mampu
Ku lemparkan jauh

Penaku menari melakarkan
Gambar kesayuan masa silam
Tinta bersulam biru
Warna kerinduan
Berkaca jernih ingatanku
Biarpun dikau telah jauh
Dari pandanganku

Manisnya pertemuan
Pahitnya perpisahan
Segala kini tidak dapat
Untukku bahasakan
Semua kini kaku
Tiada lagu merdu
Setiap madah baris kata
Bukannya lagi buatmu

Kini berteman sepi
Kini aku sendiri
Suka dan duka
Dalam meniti gelombang
Kembara panjang

Jauh melangkah pergi
Tidak menoleh lagi
Kenangan silamku
Tinggal tertulis kini
Dalam sebuah puisi

Penaku menari membariskan
Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta dan airmata
Di kamar sepi ini
Titisan membasahi
Dan aku tidak tahu
Pada siapakah untukku luah rasa

Thursday, July 15, 2010

Pointer 3.7

sem ni sa mau 3.7 as my goal.
sa betul2 mau berusaha ni sem. x mau da buat macam sem2 lepas.
sambil lewa ja mau study. wat da things i do pun i dun even know.
so ni sem sebab da bahagia sesangat kan? saya nak give 100% dalam study.
ni sebagai hadiah kepada mumy dan family yang sentiasa menyokong dan membrikan harapan kepada saya. i loove u all my family.

semoga saya mampu mendapatkannya untuk keluarga tercinta.

someone

ada orang komen post sy kat blog ni but bagi nama anonymous. well
sa tau siapa kau. but dun care. and ko hanya tau menilai berdasarkan sikap negative ko saja. but ko still x faham apa sebenarnya yang di maksudkan. as a teacher konon. jadi sebagi cikgu tu macam mana menurut kamu. memangnya ada kita yang cakap cikgu tu macm ni macam tu? teacher is a person too. kalau sesuatu tu salah bagi too many people then y still go on? but suka ati ko la. malas nak layan ko.

Think My Way

Dunia ini penuh dengan kemanisan. Tak perlu berfikir negatif, fikirkanlah tentang kebahagiaan yang anda miliki. Well sebenarnya anda itu punya apa? Ya tak dinafikan mungkin andalah berhadapan dengan pelbagai masalah. What is it? Pertengkaran ibu bapa atau suami atau isteri atau boyfriend, girlfriend, kakak, abang, adik, rakan sebaya? Hey kid, bila ibu bapa anda bertengkar, hey, peduli apa kan? Bukan tak sayang mereka tapi mungkin mereka ada masalah ya kan? Atau pun lebih baik lagi, anggap itu adalah cara mereka meluahkan rasa cinta mereka? What? Itu bukan caranya? Oh come on, tiada siapa perlu mengajar bagaima mengekpresikan cinta. Biarkan ia lahir semulajadi dalam diri anda.
Hey, teens, bergaduh dengan teman? Lelaki?Perempuan? Hmm, terima je la hakikat yang gurl and boyz are different. Bila dan tak serasi berteman, anggap saja anda berada jauh daripadanya buat sementara, tapi kena la berbaik dengannya semula. Seorang teman yang baik akan memaafkan kita tanpa perlu kita meminta maaf dan itu tidak bererti kita tidak akan mengucapkan kata maaf. Right?
Lihat lah betapa indahnya hidup ni bila kita nikmati dan ambil positif segala sesuatu daripadanya. Orang islam memanggilnya hikmah. Well, kalau maknanya baik, tak salah kita gunakkannya kan? Teman lelaki saya seorang yang panas baran. Barannya akan menjadi 101% higher dilebuhraya Kuala Lumpur pada pukul 11.00a.m hingga 3.00 p.m. wow... tendensi untuk semua orang menjadi baran di Lebuhraya Kuala Lumpur pada waktu tersebut adalah diparas paling tinggi. So do he. But, satu hal yang saya suka sharing dengannya ialah, jalanraya adalah kehidupan bagi penghuni kota ini. Ia sebahagian daripada hidupnya, saya dan anda semua.jadi, apa nak buat? Jadikan segala sesuatu yang berkaitan dengan jalanraya itu sesuatu yang indah. Contohnya apa? Hmm lets see... siang huh? Hmm.. apa kata hiburkan hati di tengah kesesakan lalu lintas dengan memasak radio or ur favourite songs sambil mata menikmati jenama2 kereta di sekeliling anda? Like window shopping gitu. Perhatikan tayar, warna kereta, bentuknya, jenama kereta, jenis kereta, siapa yang memandu, sikap c pemandu... jika anda sedang bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kenderaan lain, well anda dah dapatkan peninjauan yang lebih baik. Di depan Mata anda!! Wow, x perlu la anda ke pusat jualan kereta.
Hmm lagi satu.. pada waktu malam, jam menunjukkan pukul 7.50 malam dan anda baru keluar daripada pejabat, kesesakan di lebuhraya menyebabkan anda patah hati untuk pulang, isteri di rumah berkali-kali menelefon bertanyakan anda kerana susu anak dah habis dan anda terpaksa singgah di mana-mana shop mall untuk mendapatkan Dutch Lady 123 perisa coklat. Sedang anda membayar harga di kaunter, jalan semakin sesak...hati anda juga semakin sesak. Hmm apakata anda buat terapi jiwa, hati dan rohani seketika, silakan masuk ke kereta anda, tutup pintu dan kenakan safety belt. Anda tentunya tak mahu di saman bukan? Well i see, kemudian start kereta anda dan masuk ke dalam kesesakan, nikmati keindahan malam Kuala Lumpur, perhatikan kiri dan kanan anda. Ketika anda memandu, lihatlah kerlipan cahaya di sekeliling anda. Wah mengasyikkan sekali bukan. Terasa berada di paradise lampu. Lampu in everywhere. Tak terasa kita keseorangan.
Banyak hal yang dah kita lalui dalam kehidupan ni. Sama ada menyakitkan atau membahagiakan... semuanya memberikan kita satu hal yang tak dapat di nilai harganya: PENGALAMAN. Look guys, andai sajakita tak pernah melalui kebahagiaan then how can we know how precious the things called love or the way we shared the affection to the other. Dan kesakitan atau kekecewaan yang kita pernah alami... selaras dengan perkembangan peringkat umur remaja kita ni, the only things yang selalu buat jiwa kacau ialah cinta. Well sakit ya memang sakit dan terlalu payah untuk kembali bangun, but does you realize something just happen? Hal itu mengajar kita untuk lebih matang. Pengalaman seperti tu mematang kita bukan sahaja secara fizikal tetapi peribadi juga. Fikir saja anda akan temui yang lebih baik atau pun kita bertuah tak bersama dengan dia kerana dia bersikap seperti itu.
I am talking with my own prosperity in doing such things. Forget the worst experience you ever had and start a new life. Bertuah menjadi diri kita yang asli kan? Sudah berapa lama anda menjadi orang lain kerana cinta huh? Then enough. Beri ruang kepada diri anda untuk berhadapan dengan kekecewaan dan beri ruang untuk jiwa anda menjadi matang. Beri ruang untuk diri anda mencintai orang lain dan beri ruang untuk orang lain untuk hadir dalam hidup anda... that’s more better. Fuhhh lega bila semuanya berlalu dan anda berbahagia walaupun sesekali kenangan pasti akan bertandang. But kenangan tu sebahaian daripada pengalaman yang berharga dan thats a part of you. Sarangheyo...

Pernah

Aku pernah mencintai seseorang dengan sepenuh hatiku. Mencintai itu memang terlalu indah untuk di perkatakan. Apa lagi bila kita di cintai. Aku terlalu mencintainya sehingga aku sanggup memberikan sepenuh hati dan jiwaku untuk mencintainya. Berkorban wang ringgit dan masa bersamanya. Ku fikir dia pun begitu juga. Aku benar-benar menyangkakan bahawa antara kami yang ada hanya kebahagiaan dan percintaan dengan pergolakan hubungan sebagai lumrah hidup. Ya, dan aku pernah mencintai dirinya melebihi diriku suatu ketika dahulu. Namun, seperti suatu lumrah kehidupan yang menyeksakan dan menyesakkan jiwa, aku akhirnya di khianati olehnya. Akhirnya dia beralih kepada cinta lain dan menyatakan betapa seksanya berpura-pura mencintai saya.

Aku pernah menangis seminggu kerananya. Aku pernah cuba memperbaiki hubungan dengannya, hundred times. Aku pernah bertindak kurang waras untuknya. Aku pernah menipu kerananya. Aku pernah hilang semangat dan keyakinan kerananya. Aku pernah cuba bunuh diri kerana kekecewaan. Namun akhirnya aku terpaksa melepaskannya pergi untuk kebahagiaan yang dia dambakan. Aku biarkan derita menguasai aku sendiri dangan di tinggalkan insane tercinta dan pada masa yang sama, keluarga menyalahkan aku atas perpisahan kami. Akukah yang bersalah?

Ketika aku cuba bangun untuk meneruskan kehidupan, cuba menongkah diri dengan kekuatan sendiri, aku mencari tempat bergantung..... akhirnya seperti selalu, dia kembali semula. Meminta maaf dan meminta diberikan peluang sekali lagi. Oh, ini sungguh menyakitkan dan memalukan. Cinta aku tidak semudah mi segera untuk di masak atau di buang. Bukannya mudah mahu memaafkan seseorang yang pernah aku cintai sepenuh jiwa raga suatu ketika dahulu. namun jauh di sudut hatiku masih mengatakan, aku masih ingin bersamanya...

While Holidays

26 June 2010
Hmm tinggal 3 hari lagi saya kan balik ke semenanjung. Hmm.. mcm xnak balik je ni… tapi da rasa rindu juga nak skol semula. Cepat habis cepat la saya bersama keluarga semula. Hehehehe…
Hmm bila ingat2 semula saat dikampung ni, banyak hal yang membahagiakan saya berlaku dan memberikan saya semangat baru untuk meneruskan pengajian dia UPSI. Tinggal 2 tahun setengah sahaja lagi. Dan saya akan bergelar graduan berijazah..
Tapi yang geramnya ni n tak puas hati ni ialah, c oyo, adik aku tu, dia da dapat keja terlebih dahulu berbanding saya. Huu malu ooo. Sa betul2 malu walaupun mumy da ckp xapa ba. Ko kan masi sekolah. Tapi sa tetap rasa tak berapa bez sebab c oyo tu muda daripada sa pun dapat keja dulu daripada saya… kerisauan untuk kerja tu tidak ada bagi saya. Cuma tu je la, geram bila di dahului. Hehehehe
Tapi pa nak buat. Sabar je la..and guess what tadi kan saya kira gaji tau.. hehe.. c oyo akan perlukan sekurang2nya 3 tahun untuk daptkan gaji kira 46800 dan saya hanya perlukan paling lama pun 2 tahun untuk dapatkan jumlah yang sama. So x pa la. Sabar je la… huuu… pa pun good luckj oyo..nanti bla da keja sama2 kita pasti saling memerlukan antara satu sama lain. ( amin) Tuhan memeberkati ni semua.

17 June 2010
Today I will b the leader for the Birthday’s Festival in our house. Saya panggil ianya festival coz there almost of our family member are celebrated their birthday today in da same time. OMG… hee actually itu acara tahunan family, but tahun ni first time buat kat kampung. Dan first time ni la pula my sister can’t be the cooker coz she is pregnant and that make her husband won’t let her come home.
I’m consider but that’s mean I am the 2nd elder in da family and will be the next to replace her cooking the food for guest and decided what should I present to the guest… huh.. I am … to be honest I am nervous. Coz it’s been too long I didn’t cooking for others or to the guess. Almost 4 years alredy… but what should I do? Hmm? U all tell me what should I do…
Haha so the last 3 days before today I choose the menu, simple and the most important I know how to cook it. Wow… hahha and my choice is, ayam masak sos, ayam masak kicap, sayur tumis kacang panjang and terung masak sambal. Simple kan?
Hehehe wish me luck guys….

Kompleks Karamunsing.

Did u know about this complex? Located beside the RTM Sabah in Kota Kinabalu, in front of the SESB Sabah and in behind by 3 stars ( I Guess), Palace Hotel. Kompleks Karamunsing memberikan seribu memori, then last Sunday me n my family go window shopping there. Hmm still like dulu2 punya mall. We take a lunch at food court and start shopping after ate. I love Shopping so much… hehe well itu sinonim dengan gurlz kan? Hehe….
Hmm,
Well, saya pernah bekerja di kompleks ini lebih kurang dua tahun yang lalu. Saya bekerja sebagai salesgirl pada mulanya kemudian diberi kepercayaan oleh bos untuk mengisi kekosongan cashier yang ada.
Kedainya menjual peralatan computer daripada A-Z, daripada part2 sehinggalah kepada accessoriesnya. Malahan turut menyediakan perkhidmatan membaiki, warranty dan formatting laptop serta pemasanagan Cyber Café (CC). Memang seronok bekerja di tempat seperti itu. Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang bekerja di tempat itu.
Walaupun saya hanya bekerja selama 3 bulan di tempat itu, tetapi pengtehuan mengenai computer tu kira agak boleh tahan la. Kedai yang saya maksudkan ialah Kedai PC Image. Memang besar gile kedai tu.bnyk gile accessories dia jual. Tapi yang menyakitkan ati tu, bos anna tu tetapkan kami kena buat jualan sebanyak RM25000 sebulan, x gile namanya? Hehe, memang la, mula tu saya rasa memang la agak mustahil. But at the first month saya bekerja saya berjaya menjual sebanyak RM22000. So, x mustahil kan? Wow, jumlah jualan saya selama sebulan boleh menanggung seluruh kos pengajian saya. But after that, saya punya position bertukar kepada cashier, so, no need to worry bout the sale. Hehe… kalau dapat buat RM25000 jualan, bos akan bagi komisen RM100. Hee…laaa melalut pla dengan kisah aku bekerja kat sana.
Tempat tu memang best. Yang paling best tiap kali tiba pertengahan tahun, pasti banyak promosi kasut. Bagi saya yang amat menggilai kasut tak kiralah kasut tumit tinggi ke, plate ke, kasut sukan ke, selipar ke, sandal ke, hinggalah kepada selipar dalam rumah pun ada kat situ. Mallnya pula hanya ada 3 tingkat, ground dengan lower ground. Tak penat sgt la kalau nak berjalan pun. Hehehe….
Lagi satu, kompleks ni ada food court…kat food court ni… macam2 ada. Pendek kata hampir semua makanan ada. Daripada bufee stail hingga la kepada soup, mee, dan makanan bergoreng. Yang lagi bestnya… food court karamunsing ni mempunyai makanan semua agama dan kaum. Yang berbezanya dapur sahaja dan pemilik gerai.
Di tingkat 3 kompleks ni pula terdiri daripada kedai menjual computer dan accessories computer. Macam yang saya ceritakan tadi tu. Memang kompleks karamunsing mempunyai harga paling ideal untuk sebarang alat computer. Sangat berpatutan. Keluasan tempat ini pula adalah sederhana dan bagi org yang mencari tempat ‘survey’ computer punya harga, karamunsing la yang paling sesuai kerana keluasannya yang sederhana dan tak akan membuatkan kita terlalu rambang mata membuat pilihan.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91