Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Saturday, September 25, 2010

“DiGi iPhone 4 Me


Wahhhhh
I-Phone? Wow.. hey which one of u outside there didn’t want an I-phone as one of your phone collection? Huh? Tell me? Hey dude, I know u are same like me too want an I_phone.. am I right? You girls?  Ha ha ha, don’t make me laugh okay… I know, u also usually like me. I-Phone baby, I always dreamed to have one… an I-Phone that absolutely cheer-up my life.

My Dear I-Phone
i-phone oh I-phone,
If I could, I want to buy one of you…
but unlucky I am,
I m just a student…
Didn’t have extra money to buy you….

I-Phone oh I-phone
I dreamed you since you were born…
I wish you were here…
Stay by my side….
See the film of my life
Wish that we will share the best moment in my life….
But what should I do?

I-Phone oh I-phone
Now DG said they will give a way for us…
I will try my best
So that we can be together
Smiles each other every morning
Treasure the whole day in campus
Talk with our friends here…
And say sweet dream before we fall in sleep

I-Phone oh I-phone
I can feel you
I can see your smiles far away
Coz we both know…
Some more days, we will be live this life together….
I love you I-phone….

DG thanks for make a way for us be apart in life….




Beli Tiket Kapal terbang


Anda berminat nak travel.....


Nak beli tiket tapi tak de masa


Nak beli tiket dengan agen? Caj agen mahal sangat....


Nak beli sendiri tapi tak de kad kredit atau debit kad...


nak apply kad debit pla lambat lagi....


jangan risau... SAYA SEDIA MEMBANTU ANDA....


saya bleh tolong anda beli tiket


caj yang saya kenakan murah jee... RM15 satu tiket.. banding dengan agen sana anda kena bayar 2 kali ganda untuk satu tiket sekurang-kurang nye kan? saya caj anda murah...

risau saya menipu?

hmmm jangan risau... saya bukan tipu punya orang.... saya tak suka menipu.. yang saya suka ialah membntu orang lain yang memerlukan... kalau You all tak percaya saya, saya tak paksa... tapi kita hidup ni, kalau hanya nak menipu buat apa la sangat kan?

baik kita berbuat baik...orang pun x marah2 kan kita. apa yang kita buat pun berkat kan....

jadi kalau anda berminat... hubungi saya di:

1. anda boleh komen d sini...
2. anda boleh emailkan sebarang pertanyaan kepada saya di wen25cyanor@gmail.com
3. anda boleh hubungi saya melalui facebook saya wen winda wink (http://www.facebook.com/profile.php?id=1601757634)
4. add saya dalam YM saya sweetie_curl@yahoo.com

Kuasa Air Ubat Jerawat

Jerawat dikenali sejak dahulu sebagai musuh kulit yang paling utama. Parut jerwat, blackhead, whiteheads, ini tidak hanya berlaku pada remaja perempuan tetapi juga dalam kalanagn lelaki. Jerawat menyerang tanpa mengenal mangsa sebaik saja merek akil baligh. Jerawat tumbuh seiring dengan dengan perubahan hormone yang tidak stabil terutamanya pada waktu kita period. An acne problem actually not a big problem, as long as you take on some good skin care tips. With the natural skin care methods you don’t need much money to get a healthy-glowing skin.

The power of water
Water has been considered as the most cheap-efficient natural treatment or almost free treatment for any skin condition. because of its being alkaline, with pH 7.3.It prevents dehydration which is capable of producing sebum or oil from the sebaceous glands.Your skin needs water in order for it to function best, drink 6 to 8 glasses of water per day and you will get a free natures beauty tonic for your skin.

Monday, September 20, 2010

Salah Ke??????


Hai semua…
Hmm salah ke kalau kita mencintai seseorang? Salah? My answer, absolutely NO. But, it will be YES if you love someone and hurt somebody else secara segaja. That’s totally wrong man…
What? U didn’t understand? Okay here, let me explain it to u… People born with love in their heart.  Jadi manusia itu lahir2 je da memang lahir dengan perasaan tersebut. CINTA boleh di kategorikan sebagai suatu perasaan abstrak yang berbeza-beza… tapi bila kita mencintai seseorang, obsess dengan perasaan kita terhadapnya sehingga kita sanggup melakukan perkara yang tidak baik demi dia. Then itu salah.. Maksud sy, contohnya kita sanggup merampas, fitnah, bahkan membunuh orang lain seprti isterinya, isterinya, tunangnya, boyfriendnya ataupun girlfriendnya.
Nah! Itu sudah salah bukan? Cinta itu kasih saying tapi jangan sampai kita terlalu obsess dengan cintakan seseorang sehingga kita menjadi orang lain.
Nah, skarang ni, fikirlah kalau anda di tempat pihak yang anda sakiti itu? Sabarkah anda menghadapinya? Well guys jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Fikirkan orang lain. Kita hidup di muka bumi yang sama. Kita bergantung antara satu sama lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.. so fikir la guys..
Penat juga bercakap pasal cinta ni. memang cinta ni membuat manusia jadi gila. Kehilangan segal-galanya keran cinta. Sanggup melakukan segalanya demi cinta. What Is CINTA!!! Why is it too powerfull to face off? Hmm… menyakitkan, menyenangkan, memberikan kita belaian kebahagian, namun juga memberikan bayangan derita yang akan menghantui seseorang selamanya…
Siapa pun anda, berikan lah yang terbaik untuk CINTA anda. Jangan sia- sia kan.

Wednesday, September 15, 2010

Petua-Petua Nak Cantik

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Hindari Rambut Gugur
  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.
Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.
Mengempiskan Perut
  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
Kaki Bersisik
  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.
Urat Timbul Di Kaki
  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.
Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.
Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki
  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.
Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki
  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.
Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

Tuesday, September 14, 2010

GADGET BARU dan aku yang di tipu...

Cuba teka apa dia? Hehe saya beli Handphone baru lagi… yang hari tu saya jual.. ada ke patut si penjual tu ckp handphone tu ori dari Singapura.. tau tau dari china. Guangdong plat u. huuuuuu…

Cakp sal handphone ni kan… handpone baru saya ni bukan la yang terlalu canggih juz yang murah2 je.. ikut kemampuan sebagi student la beb.. hehehe tapi yang penting hanphone ni original punya dan ada warranty lagi setahun. Kalau ada pa pa pun dekat je la saya nak p serang balik tokey die. Hehehhe…handphone ni buat sa cukup puas hati. Can do anything I want with it. 

Tapi terus terang kali ni saya gagal manage kewangan saya dalam hal ni. saya menagalami kerugian yang agak banyak kerana gadget baru…. But bersyukur juga. Menjadi satu peringatan kepada saya semula tentang prinsip membeli yang saya hampir lupakan… 

Memang sakit ati sangat2 la bila tau kita di tipu oleh Saler…. Tapi apa nak buat kan dah kita terbeli barang yang dia jual tu. Gatal sangat tangan kan da kena.. hehe

Kalau ikutr ati nak je g cari budak jual handpon tu and sekeh dia mcm saya sekeh anak patung saya. Tapi kan malas la pula nak kecoh2 kan? Hehee ayoyoyo.. biarlah dia dengan kebahagian dia menipu orng. Dia untung kita rugi. Dia sedap kita sakit.. hhuuhu.. tapi dalam ati ckp juga nanti bila kau da menghadap Tuhan ko jawab la penipuan ko tu dengan DIA sendiri kan? Haa kan da kena balik… kat dunia ni dia sedap le… tapi kat sana sapa nak jawab. Huh…

Well, friends…
Kadang2 bila kita betul2 teringinkan sesuatu benda seperti gadget baru ni, buat la pertimbangan sebaik-baiknya.. saya selalu pegang kata2 “MAHAL MEMBELI MENANG MEMAKAI”. Tapi kena la berpada2 dalam memegang kata2 ni… tak semua yang mahal tu sesuai dengan kita dan tak semua yang murah tu tak berkualiti. U all kena pandai sesuaikan la dengan diri u all…

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91