Geng Panda Slim

Monday, February 7, 2011

Sempurnakan Dirimu


Ramai orang berkata bahawa No Body Is Perfect atau tiada manusia yang sempurna serba serbinya.. ya betul… tapi perasan tak kita bahawa kita selalunya akan berusaha menjadi sempurna? Kalau boleh kita mahu sentiasa lebih daripda orang lain.. itu memang lumrah manusia. Sentiasa ingin kelihatan lebih pandai, lebih bergaya, lebih mewah, lebih cantik, lebih kawan, lebih dalam segala hal.. sebab tak semua yang  “LEBIH” tu adalah ne-. terpulang kepada kita untuk nak apa yang lebih tu.
Tapi yang tak tahannya bila orang lain terlalu sibukkan diri mereka untuk menyempurnakan diri kita. Kononnya kita buat itu salah, ini tak betul dan dia akan asyik memberikan bimbingan kononnya yang terbaik… tapi dia xsedar perbuatan dia tu sebenarnya sedang cuba menyempurnakan kita.. o makk kau sesedap ati yee.. hehe
Aku tak marah kat sesapa yang nak sempurnakan aku ni yang serba kurang ni.. nak totally makeover aku pun aku tak kisah kalau memang ikhlas dan yang paling penting minta kebenaran secara baik dengan aku.. kalau tak alamatnya anda akan berada dalam senarai Ignored person dalam hidup aku dan akan tambah lebih teruk kalau anda masih tak faham2. Nak sempurna  aku tak kisah tapi nak sempurnakan aku, minta maaf!!!!
Jangan desak aku untuk buat apa yang aku tak mahu buat…

p/s: entah bila agaknya aku akan buat cerita adventure aku masa CNY dulu…




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91