Geng Panda Slim

Tuesday, February 8, 2011

Penyakit Sakit Kepala dan Bahayanya


Sekadar sakit Kepala.. apa nak risau.... ooo  no no no… xbleh ckp macam tu… sakit kepala kalau dibiarkan berterusan.. jangan sesekali anda beranggapan begitu…  sebab sakit kepala boleh beri impak lebih buruk dan menjengkelkan seperti
• Sawan.
• Rasa lemah dan kebas.
• Kabur penglihatan atau buta.
• Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
• Loya, muntah.
• Hilang selera makan dan susut berat badan.
JIka anda sudah sampai pada tahap ini maksudnya anda suda perlu jumpa doctor…
Oleh itu ada baiknya kita kenal punca2 sakit kepala ini supaya kita boleh atasinya…
Ketegangan Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.    
Pengambilan ubat-ubatan   Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.  
Penyakit Metabolik Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.  
Kecederaan kepala Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.  
Inflamasi salur darah di kepala dan otak Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.  
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.
Berikut pula merupakan antara petua yang selalu saya amalkan dan ditambah dengan google

ü  Berehat seketika dengan berbaring.    
ü  Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam  
ü  Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.    
ü  Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.    
ü  Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.    
ü  Jika keadaan sejuk tidak meredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.    
ü  Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan.
Okay selamat sembuh daripada Sakit anda..      


Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91