Geng Panda Slim

Thursday, March 31, 2011

KESAN PANADOL pada MANUSIA.


Wen terbaca ni kat facebook terus nak share kat sni. Aku memang kalau bleh takkan nak ambil panadol untuk kill my pain... especially kalau period dan sengugut, tapi sakit yang teramat la... Petua yang aku selalu amalkan kalau sengugut, aku minum air suam banyak2 sambil bertungku. aku buat senang je... isi botol air dengan air panas, bungkus dengan towel lepas tu letak kat bahagian sakit... akan lega sedikit.... tapi bersyukur juga sebab sengugut hanya pada hadir pertama haid.

SEBUAH KISAH BENAR....   Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . 

Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.     Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.  

 Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.  

Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.     Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. 

Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa?ini ke dalam mulut anda.   p/s: serik la aku xnk telan benda ni lagi..apa komen korang.??




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

5 comments:

fyna ahmad said...

nice info....




jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/

p[A]n[A]d[O]L said...

mmg btl tue..
smakin kerap kita mkn panadol, smkin b'toksik bdan kita..

walopun nama aku panadol, tp aku pun sangat nda suka mkn panadol..hahaha

kalo aku demam or sakit pala or sakit ka, aku mmg avoid mkn panadol..hehehe
mkn eskim jak pun, knfm sehat trus,.. ;p

panda montel said...

@fYNA: saya da balas kunjungn k.. hehe....

A
@Panadol: ko memang la kan hahhahhaha... ba sa sakit aja ko blaja sa makan carnetto ar...

Fantastic Ajane said...

dui sandi juga dialisis awal tul..:0 sib sa mmg x brp mkn panadol ni...:)

panda montel said...

naaa kan jan g kita makan panadol tau hehe

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91