KOTA KINABALU: Lebih kurang 7,000 pencari kerja berjaya ditempatkan melalui penganjuran Program Penempatan Pekerjaan (3P) Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di seluruh negeri sepanjang tahun lalu.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Peter Pang En Yin berkata, bagi memberi lebih banyak peluang pe- kerjaan kepada pencari kerja, tahun ini JTK akan melaksanakan 15 program yang sama di seluruh negeri.
“Walaupun kekosongan hanya dalam sektor swasta, iaitu sebanyak 944 kekosongan jawatan pelbagai bidang yang ditawarkan namun ia merupakan peluang terbaik kepada belia ke arah mempertingkatkan dan memperbaiki taraf ekonomi keluarga, sekaligus mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah.
“Progarm 3P juga tempat pertemuan para majikan yang memerlukan tenaga kerja untuk mencari pekerja dan peluang keemasan kepada pencari kerja mendapatkan pekerjaan sekaligus membantu mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya ketika merasmikan 3P peringkat Kota Kinabalu di Tang Dynasti, Wawasan Plaza, di sini, kelmarin.
Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kemen- terian Belia dan Sukan Haji Awang Damit Awang Anak.
Pang yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, bagi menghadapi alam pekerjaan yang semakin mencabar, para pencari kerja seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pembangunan kendiri.
“Kita tidak hanya bergantung kepada segulung sijil mahupun ijazah bagi merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan, sebaliknya pencari kerja perlu memiliki pelbagai kepakaran seperti penguasaan teknologi maklumat (IT), bahasa dan ketrampilan diri,” katanya.
Beliau berkata, kunci kejayaan dalam sesuatu pekerjaan ialah ke- sabaran dan komitmen tinggi serta bersedia untuk belajar dari peringkat bawah.
“Para pengurus syarikat yang ada pada hari ini juga bermula dari jawatan yang paling tendah. Jawatan yang menawarkan kelayakan ijazah tidak banyak ditawarkan dan persaingan amat tinggi.
“Jika mendapat tawaran jawatan yang rendah sekalipun, terimalah kerana ia baik untuk menimba pengalaman. Ini kerana majikan lebih cenderung memilih mereka yang mempunyai pengalaman kerja untuk mengisi jawatan yang lebih baik,” katanya dan mengingatkan pencari kerja supaya mengikis sikap terlalu memilih kerja.
Beliau berkata, peluang kenaikan pangkat tetap ada, walaupun seseorang itu bermula dari bawah.
Berkenaan dengan isu pemerdagangan manusia, Pang berkata ia adalah cabaran semasa yang perlu ditangani semua pihak.
“Kita perlu siapsiaga dan paling penting, dapatkan nasihat dan kesahihan daripada para pegawai JTK sebelum bersetuju dan menerima ta- waran daripada agensi tertentu untuk bekerja di luar negara atau negeri. Ini penting bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggunjgawab,” katanya.
Isu pemerdagangan manusia berkait rapat dengan tawaran pekerjaan sama ada melalui iklan di akhbar-akhbar, media elektronik dan yang ditampal di tempat tumpuan umum seperti di pondok telefon, perhentian bas dan dinding-dinding kedai sehubungan itu beliau menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran dan Pejabat Daerah supaya mengam- bil inisiatif pencegahan dengan me- larang menampal iklan jawatan kosong tersebut di kawasan mereka.
“Ini sekaligus dapat mengurangkan penipuan ke atas pekerja terbabit dan membantu membersihkan tempat tersebut,” katanya.
Berkenaan dengan peluang golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal untuk mendapatkan peluang pekerjaan, Pang berkata, pihak urusetia JTK menyediakan kaunter pendaftaran khusus bagi golongan itu.
“Peluang sama rata diberikan kepada mereka untuk bekerja tanpa diskriminasi,” katanya.
Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

0 comments:
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P