Geng Panda Slim

Saturday, November 10, 2012

Mengapa SAYA ANTI PARABEN



Belakangan ni ramai dalam kalangan  rakan-rakan hairan dengan sikap memilih saya terhadap produk. I am strongly refused to used any products contains parabens. Baik mana pun product tu, saya akan cuba mengelakkannya. 

Ya, memang la... mula-mula dulu aku menghadapi kesukaran mencari produk yang tidak mengandungi paraben i.e butylparaben,metylparaben,propylparaben...  

Paraben adalah sejenis bahan sintetik pengawet yang digunakan dalam makanan, farmaseutikal, kosmetik dan produk penjagaan peribadi seperti deodorant, pembersih muka, gel mandian, pelembab dan syampu. Paraben membantu produk-produk tersebut tahan lama; tetapi, paraben boleh memasuki sistem badan kita melalui kulit apabila kita menggunakan produk tersebut. Menurut Mercola.com, kulit dapat menyerap 5 pound ataupun 2.26796kg bahan kimia setiap setahun (banyaknye wei). Paraben boleh meniru hormon dalam badan kita dan mengganggu fungsi sistem endokrin manusia.

Kanser  Payudara.
Terkejut? Well ni yang buat saya takut dengan paraben. The 1st things yang saya tahu bahayanya paraben ni. Menakutkan bukan? Website Colby College’s Clean Makeup  menyatakan bahawa paraben boleh meniru estrogen dan mengganggu sistem hormon manusia. Universiti Cornell melaporkan bahawa ini akan meningkatkan risiko hidap kanser payudara. Estrogen dan bahan-bahan menyerupainya boleh mengganggu pembahagian sel dalam payudara. Tubuh manusia tidak dapat menguraikan bahan sintetik ini dengan mudah. Oleh sebab itu maka, bahan sintetik ini akan berkumpul dalam sel lemak termasuk dalam tisu payudara. Pada Tahun 2004, Universiti Of Reading di UK telah mendapati bahawa Methylparaben telah didapati dalam tumor payudara yang dikeluarkan. Namun demikian, tidak ada pengesahan yang menyatakan bahawa methylparaben adalah penyebab kepada tumor tersebut. Fikirkan baik-baik.

Baligh Lebih Awal. (Early Puberty)
Kebolehan paraben meniru hormon lain menyukarkan sistem endokrin berfungsi sempurna. Sistem endokrin adalah sistem yang memhasilkan hormon dan membebaskan hormon tersebut ke dalam saluran peredaran darah. Secara langsung hal ini merangkumi sistem pembiakan, perkumuhan, penghadaman dan metabolisme tubuh. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak perempuan boleh baligh lebih awal contohnya seawal lapan tahun. Para pengkaji paraben mendapati bahawa, pembesaran buah zakar dan buah dada kepada kanak-kanak lelaki juga boleh berpunca daripada paraben. Jadi selamatkan produk bayi anda?

Mengurangkan Kadar Penghasilan Sperma
Paraben didapati boleh mengganggu dan mengurangkan penghasilan sperma. Kajian telah dijalankan keatas tikus-tikus berumur 3 tahun di Tokyo. Selepas empat minggu, para pengkaji menganalisa semula tikus-tikus tersebut dan mendapati bahawa penghasilan sperma adalah berkurangan selari dengan pemberian dos paraben. Tikus yang menerima dos paraben yang paling tinggi iaitu sama dengan dos harian paraben yang diambil oleh penduduk di Jepun dan Eropah mendapati bahawa tikus tersebut juga mengalami pengurangan sperma selari dengan dos paraben yang diberikan.

Jadi? Adakah hal ini tidak cukup kukuh untuk saya menolak paraben? Cukup bukan? Hehe. Beberapa produk yang aku kenal pasti tidak mengandungi paraben ialah sesetengah Produk Himalaya, Nutox, Oriyen Phyto Essence, Garnier, Lilan Vital, St. Ives, Nivea Deodorant (tapi ada alkohol ye) dan 1 produk yang berasaskan Green Tea (tapi aku tak ingat namanya). Mungkin ada lagi kot tapi aku jumpa ni je setakat ni.

Okay, memang la kita tak tahu bila ajal kita kan? Tapi bagi aku, aku nak mengelak hal yang tak elok selagi aku masih hidup. Produk-produk ni memang agak mahal la juga. Tapi aku rasa bagi yang pentingkan kesihatan dalam jangka masa panjang, ini berbaloi. Lagi satu, Garnier murah je pun... antara produk yang aku gunakan selama bertahun-tahun dan kesannya memang baik, namun tidak dapat prevent jerawat aku, so aku pilih ini untuk treat jerawat aku dab berganti produk. Baiklah, next time wen cakap pasal SLS pla okay. Tapi tak tau la bila aku rajin. hehe




Yang Penting HATI Bah.

2 comments:

Anonymous said...

ingatkan apa paraben tu. rupanya merbahaya juga ye? semoga kita sihat selalu..

panda montel said...

@rafflesia memang la. hehe... bg sy sangat menakutkan hehe

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91