Geng Panda Slim

Wednesday, November 14, 2012

Impian Aku



Sabtu yang lepas aku sempat ke pasar malam di Pekan Tanjung Malim. Well, dengan siapa? Sorang-sorang dah aku sekarang since my bestfriend had finished her study.

          Sementara aku menunggu bas UPSI, aku ambil kesempatan untuk mencuba resepi baru di sebuat café yang baru sahaja dibuka di pekan Tanjung Malim. Aku kira ianya baru sebab aku tidak nampak café ini pada tahun lepas. Mungkin juga sudah dibuka ketika aku sedang berpraktikal. Hehe.

Apa yang menariknya café ini? Pertama pada namanya… ‘Hitz Café’. Kedua kombinasi warna interior kafe, kedudukan kaunter, hiasan dan juga menu. Pertama aku nak cakap pasal namanya yang agak gempak! Hehe. Warna dalaman pula adalah warna-warni hijau, hitam, pink dan purple, kuning. Warna yang cukup blend antara satu sama lain. Tone warna setiap kerusinya adalah seimbang dan hal ini buat keadaan café nampak ceria. Seterusnya kaunter, kedudukan kaunternya sangatlah cantik. Terletak di bahagian hadapan (tengah) kedai. Di sampingnya adalah pemprosesan pelbagai jenis minuman. ( aku kurang mampu menerangkan dengan tepat). Hiasan kedai ini sangat ringkas namun tetap sangat menarik dan menonjol. Setiap meja dihiasi dengan tumbuhan kecil berwarna hijau yang hidup didalam sebuah pasu kaca. Gambar-gambar yang terdapat didinding pula pelbagai. Abstrak dan potret mengabungkan sesuatu yang hardly to explain (sentimental jugak ayat ni).
And last but not least, the menu. Well, siapa yang tidak suka kepada Secret Recipe Cakes kan? Well I do love them. Tapi cake di Hitz Café ada rasanya yang tersendiri. Aku mencuba pesan sepotong Lemon Cheese Cake dan Segelas Watermelon + Lychee Freshness Juice (lebihkurang la namanya ni). Jusnya memang sangat menyegarkan tapi bagi aku ia agak manis. Aku kurang suka makanan manis2 ni. Tapi keknya sangat berbeza. Sedikit terbakar pada bahagian bawah membuatkan rasa masam dan sedikit pahit serta manis bergabung. Rasanya sangat sedap. Aku suka dan aku rasa tak rugi makan kek tersebut, berbaloi dengan harganya.

Paling penting, aku mendapat satu idea baru mengenai sesuatu pada masa hadapan. I’ve told my darling dan dia pun nampaknya berminat. Tapi itu plan. Suatu masa nanti, semoga impian menjadi kenyataan. DOAKAN.  

Yang Penting HATI Bah.

4 comments:

NasQ said...

kek resepi rahsia memang sedap bah...

panda montel said...

@Tukang Karut ye TK memang sedap sangat hehehe

Just said...

mau buka cafe cake ka?? hihihi

panda montel said...

@Just hehe kurang tepat sis hehehe

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91