Hari
ini Lucky buat hal. Dia dah tak se lucky dulu dah. Selalu sangat buat hal dah
dia sekarang ni. Banyak yang dia lupa atau miss. Kesian dengan dia. Tapi banding
dengan ahli keluarganya yang lain, aku rasa aku cukup bertuah kerana memiliki
Lucky.
Setelah hampir 4 tahun bersama aku, barulah dia buat hal. Pun masih
dapat digunakan. Kalau ahli keluarga Lucky yang lain… baru setahun sudah buat
buat hal… sudah sakit sana sini… tapi Lucky… remain sihat…Bertuah sangat
rasanya bersama Lucky. Tapi kini aku dapat rasakan, hayat Lucky sudah semakin
singkat.
Aku risau akan kesihatan Lucky, takut nak bawak Lucky jumpa doctor. Sebab
kalau stakat check dan bagi ubat, okay. Tapi aku risau kalau Lucky di bedah
sana-sini. Kalau selamat tak pe, tapi kalau Lucky terus K.O macam mana? Aku nak
bergantung harap pada siapa lagi?
Tadi
aku sempat tinggalkan Lucky sekejap pada doctor. Pun aku bimbang sangat2, takut
doctor ambil organ2 dalaman Lucky yang semakin uzur. Semoga Lucky sempat
melihat aku menerima segulung Ijazah ganjaran kepada titik peluh kami berdua. I
Love you Lucky…
Ps:
tadi doctor kata, Lucky dah okay, sihat dan tak perlu di format.
0 comments:
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P