Geng Panda Slim

Monday, November 29, 2010

BENCI ORANG SABAH??!!!

Sedang aku sedap2 nak belajar untuk exam sok terjumpa dengan benda ni….

Terfikir aku…sebentar….
TERUK sangat ke sabah yang aku cintai?
HINA Sangat Ke Sabah Yang aku sayangi?
Kami ni siapa? Awak Tu siapa?

 Tengok la gambar Print screen yang aku ambil ni….

Malaysia Wujud tidak hanya kerana Tanah Semenanjung sahaja. Malaysia Tidak akan wujud tanpa penyertaan SABAH pada 16 September 1963…
Hilangkah sejarah di mata mereka?


Memang benar Sabah yang saya Cintai adalah :
1. Miskin.. TAPI…..

-          Harus awak ingat kami miskin apa? Memang benar keluarga kami keluarga petani… keluarga yang bukan bekerja di Pejabat…
-          Kami bekerja dengan tanah. Kami membangunkan apa yang ada di persekitaran kami. Kami MENGHARGAI tanah. Kami berbakti Kepada Tanah. 

2. Kami mundur

-          Ya memang benar kami mundur.. tidak ada jalan raya besar. Tidak ada lebuh raya utama. Yang ada hanyalah jalan aspal 2 lorong yang menghubungkan bandar/pekan utama sahaja dan kampung kami mungkin masih berGravel atau tanah MERAH.
-          Kami tidak ada shopping complex macam midvalley, KLCC, Lot 10, Sogo. Etc. kami hanya ada One Borneo, Cnter Point, Warisan Square, dan Wawasan Plaza.
-          Kami tidak ada apa-apa pembangunan. Semua nya masih hijau dan serupa hutan daripada atas kapal terbang.


Tapi:
-          Kami tidak pernah menghirup udara jerebu  jadi kami miskin nafas jerebu. Kami tidak pernah ada bangunan macam KLCC yg paling tinggi pun  mungkin bangunan yayasan sabah. Org terjun pun tak bleh mati!

-          Kami tidak pernah berhadapan dengan masalah mat rempit. Tidak pernah sekatan berterusan sehingga jammed kerana nak cari mat rempit!

-          Betina? Kami manusia, bukan binatang dan wanita-wanita sabah bukan wanita Murahan. Bandingkan dengan wanita semua tempat di Malaysia… sama sahaja. Pilihan di tangan wanita kalau nak jadi betina maka betina la ia.. Dan itu bukan pilihan saya sebagai orang sabah dan WANITA SABAH!

-          Dan kami orang sabah mungkin miskin xkerja opis tapi sekurangnya, kebanyakan ORANG SABAH, DAN WANITA SABAH ber MyKAd kod -12- sudah ada tanah mereka sendiri hasil pemberian orang tua... Awak ada apa? Konkrit tu awak punya? (statement khas pada individu tu)

-          Ibu bapa saya mungkin tak pernah kenal shopping barangan dapur di Tesco, Di Jusco, Di Carefour. Mum, saya hanya tahu ke kebun, petik sayur, ambil terung dan kacang panjang, pucuk ubi pun mum ambil kat kebun sebab lebih segar dan sihat. Mum xde bubuh bahan tahan segar dalam sayur tu. Pa pula tak tahu nak carik lauk kat restoren, dia tau hanya pergi sungai tangkap ikan atau masuk hutan memburu, atau koman2 pun, Pa akan sembelih ayam kampung kami yang isinya lebih manis dari KFC. Bukan bermaksud Pa xpernah makan KFC.

-          Dulu saya sekolah luar bandar… SMK Lohan tu luar bandar… sepanjang sekolah kat SMK LOHAN, saya memang tak pernah tengok media masuk sekolah tu,sekolah Luar bandar kan. Yang pernah masuk hanya para pelajar, Guru, ibu bapa, staff dan para penilai pertandingan SERASI yang kami menangi. Polis belum pernah masuk sekolah tu untuk tangkap budak-budak yang bergaduh atau makan syabu. Polis masuk hanya untuk buat kawalan semasa Temasya sukan Seluruh Sabah. Saya tahu sebab saya bekas Timbalan Ketua Pelajar +Pengawas sekolah tu.

-          Nak mandi-manda, kami tak de swimming pool kat rumah. Yang ada hanya air gravity segar terus dari bukit tadahan ataupun nak lebih enjoy kami mandi sungai yang masih tidak tercemar di kampung saya. Yang PALING PENTING takde KLORIN lagi kat kampung tu..saya tak makan Klorin kat kampung.

-          Lagi satu, kami jarang masuk atau lepak d shopping complex. Tu bukan pasar kami.. yang kami ada hanya Pasar rabu, Pasar besar, dan Tamu. Peniaganya orang sabah sendiri. Jualanya jasil orang sabah sendiri. Setiap kali kepasar kami bergaul dengan orang kami sendiri. Makin akrab dan saling menghormati.  dan kami masih menghargai satu sama lain.









Terakhir, bukan niat di hati nak burukkan orang lain. XDE! Cuma terfikir sampai bila segelintir orang yang begitu ANTI, BEGITU BENCI dengan ORANG SABAH ni sedar diri dan hentikan semuanya. Tak cukup dengan LUCA LUCAS wujud lagi orang baru.. apada… sangat menyakitkan hati, menggeramkan perasaan tapi nak buat macam mana.. itu sikap orang.
Nak cakap kesat= mungkin otak dia letak di lutut. Nak cakap baik= mungkin dia belajar selama ni hanya berfikir soal dirinya sendiri. Manusia apa dia ni. Pendapat saya, kalau benar dan dapat dibuktikan siapa pemilik  semua hal-hal seumpama ini, mereka wajar di –ISA-kan. Mereka lebih layak !!!

Sekian, semoga orang sedemikian sedar. Jangan Tunggu Api neraka. Minta maaf sebelum terlewat.

P/s; jangan terasa yang tiada kena mengena.

Ketika waktu berjalan, masa memberiku ruang berkarya.

9 comments:

kelhome said...

aku ingatkan org kelantan je org benci..huhu

panda montel said...

hmmm saya tak faham kenapa ada juga orang nak benci org lain... macm ni samapi bila opun xkan wujud bangsa MALAYSIA!

izza said...

ummm org ni pren sntiasa cri psl..x hdup kali law x bt hal..ntah jeles kali drg sma org sbah ni..

panda montel said...

betul tu pren... ikut hati memang sa geram gila sama ni urank2 ni.. tapi nda pa la... satu ari nanti dorang akan dpt blsn juga kutuk2 macam tu... huhu

audriey said...

eeee....geramnya..huh

panda montel said...

ehe iya drey... bikin gerram saja... benci betol sya...

P/s: saya da ubah alamat blog...

http://winkwinkwithwen.blogspot.com/

Jadzwah Adawiyah said...

kurang asam jgak drng ni .. kin panas plak .. nd plak drng sdar , yg mgKAYAkn MALAYSIA tu SABAH .. dr mna kayu balak lw bkn SABAH yg drng bnci .. dr mna malaysia famous lw bkn gunung kinabalu dr negeri yg drng bnci tu , SABAH .. stakat gnung d sna tu , nda da pa2 ba tu .. nd sdar ba drng ni .. mngata orng, dia yg lbih .. kasi makan drng ni batu , bru tw ..

Anonymous said...

klau ndatauu psl sabah jgn la bh mw mengutuk ;) .. tau la ba sabah ne "cantik" *perasan* jangan la baa mw jeles'2 ne -.- haihh tekanan sa

Anonymous said...

tau la baa sabah ne "cantik" *perasan* nda pyah la bh mw hina'2 ne :) klau jeles bilangg ja ba jgn malu'2 :P k chauu

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91