Geng Panda Slim

Friday, November 12, 2010

Penulis Sambilan



          Secara jujurnya, saya agak kecewa dengan situasi yang saya alami hari ini. Saya baca akhbar Sinar bertarikh 11/11/2010 dan ternampak Iklan Penulis Sambilan di perlukan. Membaca lebih lanjut tentang iklan tersebut menyatakan bahwa pengiklan memerlukan seorang penulis sambilan bekerja dengan beliau dan dalam bidang buku kanak-kanak untuk subjek pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.
          Sejak kecil saya berminta untuk menjadi seorang penulis. Saya sangat meminati bidang ini. Bahkan saya pernah memenangi pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah menengah rendah  (2nd runner) dan juga pernag tersenarai sebagai peserta ke separuh Akhir untuk pertandingan mencipta Sajak dalam Peraduan yang dianjurkan oleh Poetry.Com pada tahun 2006.
          Balik pada cerita penulis sambilan tadi, bersama iklan tersebut disertakan juga nombor telefon yang boleh dihubungi. Mata saya terbuntang kawan2… terasa peluang ada di depan mata. Haha.. belum cuba lagi kan? Jadi saya cepat2 hantar sms menyatakan saya berminat dan bertanyakan Qualification yang diperlukan. Saya hantar SMS pada pukul 3.45pm dan it’s being silent, harapan saya malap kembali. Kemudian saya Nampak miscall di telefon saya. Daripada si pengiklan, but jam dah tunjuk jam 6.30pm. what a big ??? In my head… still office hour meh? Then saya tak sambut. Tak lama selepas tu saya menerima sms mengatakan “ Tulis je, siap tel sy, tp kena Islamic” I told u, ISLAMIC?  Bukan saya nak cakap apa… juz think logically.
          Kalau  dia hadkan penulis hanya seorang yang menganuti ISLAM, then yang belajar pendidikan  moral tu bukannya Islam right? Saya tertanya2… kenapa mesti islam? Saya kecewa, benar-benar kecewa. Kenapa jalan untuk menulis masih tertutup lagi… tambahan lagi bidang kanak-kanak ni. Sebagai seorang bakal cikgu kanak-kanak, TADIKA dan TASKA, saya sangat menghargai peluang ini jika ada. Sebabnya… saya boleh aplikasikan segala hal yang sudah saya pelajari selain memperoleh  nilai tambahan  daripada pekerjaan ini untuk lebih memahami kanak-kanak. Namun harapn berkecai di atas batu.
          So dengan perasaan kecewa, saya pun maklumkan saya berminat tapi saya bukan islam. Dan no more reply after that. Saya sangat menyayangi Negara Malaysia. Inilah negaraku dan tanah air saya. Walau apa pun yang orang lain cakap pasal Negeri Sabah.
          Kutuklah negeri sabah. Cacilah kami orang2 Sabah. Katakanlah kami ini menumpang di Malaysia, kata la kami ini Negeri Miskin, katalah kami ini macam Monyet, tinggal atas pokok, makan ba** tapi saya mahu nyatakan satu hal, please, lihat diri anda yang cakap macm tu, Selama saya berada di negeri orang, belum pernah saya melihat semagat cintakan MALAYSIA seperti yang di tunjukkan oleh anak-anak Negeri Sabah di SABAH. Seperti sekolah saya dahulu SMK LOhan Ranau. Sebuah sekolah yang begiru komited untuk meraikan 31 Ogos sebagai hari Merdeka, namun bagi saya bukan pada tahun 1957 tapi 1963-MALAYSIA LAHIR.
          Kepada sang pengiklan, saya minta maaf andai saya mengguris hati anda, tapi percaya lah, Negara ini wujud dengan demokrasi, jadi pekerjaan juga berikan lah demokrasi.


Made by wenwindawink

1 comments:

Kyra Ismera said...

mungkin tiada lagi peluang untuk menjadi penulis..sy turut lahir dari bdang yang sama ! :)

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91