Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Sunday, November 21, 2010

Nasi Goreng Nis'ku


“Nasi goreng” adalah menu yang sangat digemari oleh anak-anak buah saya. Terutamanya anak buah say yang sulung, Andy. Saya benar2 suka bila tengok dia makan nasi goreng yang saya masak. Banyak dan licin dia makan. Saya sangat gembira  tiap kali masak nasi goreng untuk dorang. Dan pastinya menu ini jadi
kegemaran keluarga. Dan yang paling digemari keluarga saya adalah Nasi Goreng yang di masak oleh saya.
              
Saya tak puji masakn sendiri ya, tapi keluarga saya paling suka saya masak nasi goreng pada waktu pagi. Kakak saya selalunya akan suruh saya gorengkan nasi untuk sarapan. Dan jika tidak ada nasi baki semalam, kakak bahkan sanggup masak nasi baru nak goreng nasi. Hahahaha.. may be juga la dey all suka nak buli saya. Tapi masakn lain tak pula kakak aku puji sangat. Hanya Nasi Goreng aku yang selalu dipujinya. Katanya “boleh jual” hehehhhe. Saya kembang dan perasan sendiri. Well, nak bagi korang menu nasi goreng saya ni. buat pa nak simpan2 kan…

Bahan-bahan: 
1.       Nasi cukup untuk semua orang ( keluarga saya ada 10 org)
2.       3 biji telur
3.       Sayur/kacang panjang  - dipotong kecil-kecil
4.       Ikan bilis/ Sosej
5.       Isi ayam  - dihiris nipis/Sosej/ kek Ikan
6.       Garam + ajinomoto
7.       Minyak masak
8.       Bawang ( ditumbuk halus)
Cara menyediakan.
1.       Panaskan kuali dan tuangkan minyak  dan biarkan sehingga minyak berasap sedikit.
2.       Goreng ikan bilis sehingga garing dan keluarkan daripada kuali.
3.       Goreng daging ayam sehingga kekuningan dan keluarkan daripada kuali.
4.       Kecilkan api dan tumis bawang  sehingga kekuningan/atau naik baunya.
5.       Pecahkan telur-telur ke dalam kuali
6.       Gaul telur dengan cepat sehingga ia mengeluarkan buih. Biarkan seketika sehingga telur agak garing.
7.       Masukkan sayur-sayuran yang anda potong tadi dan gaul hingga sebati.
8.       Tambahkan sos tiram sebanyak  tiga atau empat sudu besar. Gaul hingga sebati.
9.       Kemudian tambahkan serbuk garam dan ajinomoto ke dalam kuali  secukup rasa dan gaul sekali lagi. Pastikan garam dan ajinomoto telah betul2 sebati.
10.   Masukkan nasi ke dalam periuk dan gaulkan sehingga sebati.
11.    Biarkan seketika dan gaulkan lagi. Ulang semula langkah ini 2 / 3 kali bagi mendapatkan rasa terbaik.
12.   Seterusnya masukkan ayam dan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan gaulkan. Biarkan 2-3minit dan Nasi goreng anda siap dihidangkan.

Okey, selamat mencuba semua… lain kali saya upload gambar2 masakn yang saya da masak dan cipta menunya sendiri. Thanks guys sebab baca post ni. kalau ada apa2 pertanyaan comment la ok?

2 comments:

mojoko said...

Oishii (sedap)!nampak macam sedap je!
Jom belajar bahasa Jepun.

Wen said...

owww really? boleh... saya memang berminat nak belajar bahasa jepun... hehe... memang sedap... kikiki anak buah saya sapu habis tiap kalai saya makan...

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91