3 hari lepas, genap tiga bulan
usia anak aku tersayang.
Selama tiga bulan ni aku tak tahu
sebenarnya macam mana aku survive. Penat memang penat tapi aku hairan dari mana
datangnya kesabaran dan sifat ibu tu. Sebab aku memang seorang yang kurang
sabar.. tapi menjadi mommy pada Leona… mengajar aku erti sabar dan bertenang…
Tapi satu benda yang aku tak
boleh sabar dan sakit hati tengok ialah bila bahagian punggung anak tersayang
ada ruam… sikit saja dot dot merah tu… tapi hati aku sakit sangat… aku pakai
product cosway. Free paraben dan bedak pun pure cornstarch. No talcum. Mungkin sebab
tu ruam x banyak… pun dua tiga dot merah tu buat aku sakit hati juga.
Diaper aku pakai pet pet untuk
siang dan Mami Poko untuk malam. Mungkin sebab mami poko tu memang aku tak
tukar sehingga ke pagi… sebab anak aku ni kencing banyak pada waktu nak ke pagi
je… awal malam tu tak de… so pakai lama
sangat tu puncanya kot…
Kebetulan aku ada beli enam set
Cloth Diaper… aku dah cuci minggu lepas cloth diaper tu… so aku decide pagi ni
untuk cuba pakaikan cloth diaper pula pada Leona. Mulanya aku takut dia
menangis tak selesa sebab nampak macam lebih tebal berbanding Disposable Diaper.
Tapi dia bagi respon selamba je… well
kita tengok nanti reaksi dia dalam 4 jam… Aku nak juga tengok prestasi cloth
diaper ni… hehe. Kalau ok pada Leona, aku akan beli lagi 6 CD yang ada kat
groupon tu…
1 comments:
bila ada anak baru ada sifat kesabaran yang tinggi kan.. camtu la aku dlu... hehehe
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P