Geng Panda Slim

Tuesday, September 30, 2014

Prestasi Cloth Diaper Moden.



3 hari lepas, genap tiga bulan usia anak aku tersayang. 

Selama tiga bulan ni aku tak tahu sebenarnya macam mana aku survive. Penat memang penat tapi aku hairan dari mana datangnya kesabaran dan sifat ibu tu. Sebab aku memang seorang yang kurang sabar.. tapi menjadi mommy pada Leona… mengajar aku erti sabar dan bertenang… 

Tapi satu benda yang aku tak boleh sabar dan sakit hati tengok ialah bila bahagian punggung anak tersayang ada ruam… sikit saja dot dot merah tu… tapi hati aku sakit sangat… aku pakai product cosway. Free paraben dan bedak pun pure cornstarch. No talcum. Mungkin sebab tu ruam x banyak… pun dua tiga dot merah tu buat aku sakit hati juga. 

Diaper aku pakai pet pet untuk siang dan Mami Poko untuk malam. Mungkin sebab mami poko tu memang aku tak tukar sehingga ke pagi… sebab anak aku ni kencing banyak pada waktu nak ke pagi je… awal malam tu tak de…  so pakai lama sangat tu puncanya kot… 

Kebetulan aku ada beli enam set Cloth Diaper… aku dah cuci minggu lepas cloth diaper tu… so aku decide pagi ni untuk cuba pakaikan cloth diaper pula pada Leona. Mulanya aku takut dia menangis tak selesa sebab nampak macam lebih tebal berbanding Disposable Diaper. Tapi dia bagi respon selamba je…  well kita tengok nanti reaksi dia dalam 4 jam… Aku nak juga tengok prestasi cloth diaper ni… hehe. Kalau ok pada Leona, aku akan beli lagi 6 CD yang ada kat groupon tu…

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

1 comments:

Unknown said...

bila ada anak baru ada sifat kesabaran yang tinggi kan.. camtu la aku dlu... hehehe

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91