Dah berkurun aku tak update blog…
cabaran sungguh membesarkan anak ni… bangga dengan ENcik Ben… (korang kenal
dia..) sebab beliau masih ada masa nak update entry setiap hari walaupun kini
ada dua baby… nak buat auto post aku tak ada idea dan masa nak menaip…
Malam? Suami guna laptop pada waktu malam… so siang
je la masanya nak blogwalking dan buat entry… tapi masalahnya selama aku diam
ni.. anak aku meragam,.. susah sangat nak tidur siang…
Aku bagi pacifier pun dia tak nak…
macam2 aku buat… tetap susah nak tidur siang. Mungkin sebab panas sangat… belum
ada rezeki nak pasang aircond kat rumah
ni… tu pun kena Tanya owner kalau dia nak bagi pasang air cond… kesian anak aku…
pun begitu bila malam… anak tidur sangat
nyenyak… pukul 7pm ke 7am.. itu purata dia tidur…dana masa tu lah aku
nak bersihkan rumah dan buat segala kerja rumah yang tertangguh…
Cabaran 30
Hari yang aku join ari tu.. terabai begitu sahaja.. Minta maaf kepada penganjur…
Tak boleh jadi macam ni.. aku
kena juga cari rentak aku dalam menguruskan anak ni… semalam pula terjatuh
depan bilik air… lantai licin sebab aku mop nak bagi sejuk sikit since semalam
ada gangguan elektrik dari pukul 10.00am ke 6.00pm tapi menjadi 12.00pm ke
4.00pm sahaja… terimakasih encik TNB…
Sakit badan aku masih terasa.
Ngilu
semacam kat pinggang. Baru 3 bulan aku bersalin… doakan supaya tidak ada benda
teruk berlaku… rasa macam tulang bahu
terkehel sikit. Sejak di bangku sekolah.. itulah first time aku jatuh teruk…
syukur aku tak pegang baby masa tu…
0 comments:
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P