Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari Day 11 - Kenangan lucu Zaman Kanak-kanak



Wah cerita masa child hood pla dah…. Hurm banyak sangat kenangan lucu aku  masa budak budak dulu…tak tahu nak cerita mana satu untuk cabaran ni… apa kata you all baca kat bawah…

Berlaku sekitar 1998. Mak aih tua dah aku rupanya. Hehe…  aku dan kawan-kawan pompuan sekelas suka  sangat mandi sungai. So setiap petang kami akan mandi sungai. Maksudnya setiap kali selesai sesi persekolahan kami ber-5 akan ‘escape’ ke sungai dahulu. Dulu-dulu kan… mana la ada ibu bapa nak hantar/jemput anak ke sekolah. Satu kampong macam satu keluarga… saling menjaga anak orang. Hebat kan… Well nak cerita kisah ni, kami ada satu tempat kira pabret untuk mandi sungai ni.  Kawasan tu kira agak dalam untuk kami. Tapi memandangkan kami semua anak kampong dan tahu berenang dan menyelam. So tak ada kerisauan. Lagi pula kawan sungai tersebut airnya sudah dihalang dengan batu jadi alirannya tidak deras. Tenang dan jernih dan sejuk… mak aihhhhhh sejak aku menetap di kl ni aku dah tak pernah merasa air sungai sejuk jernih dalam dan tenang tu.  Rindu sangat nak mandi sungai ni…SEGAR dan sedap nak tidur selepas mandi sungai. 

Panjang mukadimah, sesi persekolahan habis dalam pkul 12. Kami akan mandi sehingga 1.00pm ke 2.00pm gitu, so parents tak syak… mandi pula mandi Naked so memang xdapat di kesan la…kalau di Tanya… bagitau je singgah rumah kawan buat homework. Wahahaha. Tak baik menipu okay…  Alkisahnya satu hari tu kami terleka dan terlebih masa mandi…sampai pukul 3 lebih kot.. tiba-tiba kami di kejutkan dengan suara mak kawan kami yang sorang. Sebelum dia sampai ke sungai… kami cepat2 lari lintang pukang. Korang boleh bayangkan situasi budak-budak lari sambil jinjit bag dan uniform sekolah dalah keadaan naked tak.. wahahahha….  Kami masuk belukar dan pakai baju then running man balik rumah masing-masing. 

Aku tak tahu lah kawan2 kena hambat ke tak dengan parents… tapi aku selamat sebab parents aku memang ke kebun dan hanya balik petang. Lagi pun parents aku dah biasa dengan sikap aku dan adik yang suka mandi sungai sambil tangkap ikan. Balik rumah.. boleh goring dan makan bersama mereka. Bukan sikit ikan.. mau sebesen penuh… tangkap dengan tangan atau guna siud

 Well entry untuk cabaran kali ini panjang sedikit memandangkan aku ada idea bernas dan puteri kesayangan lena di ulit mimpi… hehe.


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

5 comments:

Jj said...

hi. salam perkenalan. siok baca blog ko jadi sa terus follow :) best o kan membesar di kampung. banyak pengalaman best2 & lucu...

Just said...

sy membesar d bandar owh.. tp selalu balik kampung.. heheh.. kg mamy sy teda sg.. kg dady sy baru ada sg.. huhuhu

fayreen mizan said...

zaman kanak-kanak memang best kannn :)

anamizu said...

hi salam kenal :) seronok baca kisah dulu-dulu.. hidup di kampung memang byk kisah menarik & nakal camtu hehe

ubai ismail said...

good luck ^_^ v

done follow here ^^

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91