Wish List Pulak dah.. hehe.
Dulu masa masi budak2 wish list
lain… sekarang wishlist dah jadi lain sebab dah bertukar status… sebenarnya aku
ni jenis takut nak canang impian aku… aku takut tak dapat capai.. wal hal
maksud “impian’ itu sendiri tidak semestinya harus kita capai, tetapi sebagai
motivasi untuk memajukan diri dalam hidup.
1:
Rumah
Aku mengimpikan rumah yang aku
design sendiri… tidak perlu besar, cukuplah ada 4 bilik comel dan harus ada
tingkat atas… dan ada halaman sedikit sebab aku nak tanam bunga dan sayur
sikit. Tapi kalau aku dudu Kuala Lumpur ni… memang tak akan tercapai la impian
tu sebab tanah mana nak cari nak buat rumah kat KL ni? Kalau aku nak balik
kampong okay lah… hehe tapi tak tahu bila…
2
: Kereta
Aku xnak mention sebenarnye
kereta ni tapi memandangkan dah wishlist… ahaha… aku nak kereta dua jenis je…
kalau aku mampu aku nak Volkswagen tu…
hihi
3:
Kebun Kelapa Sawit
Aku ada beberapa hektar tanah…
adalah dalam 5-10 hektar… so aku nak bukak tanah tu untuk tanam kelapa sawit. Biar
kecik… janji usaha dan aku pasti ia akan bantu aku dan anak-anak aku nanti… itu
je la harta yang mampu di wariskan… sekangkang tanah yang harus aku dan suami
usahakan terlebih dahulu. Yang ni aku memang serius, Cuma aku tak tahu bila
sebab tanah kat Sabah aku dan suami kat KL. Huhu. Tuhan tau bila. Plannya itu
tepat pada waktunya.
4:
Business Sendiri.
Aku dan suami sememangnya nak
bisnes sendiri. Serius mahu berbisnes… nak seribu daya. Tak hendak seribu dalih
kan… tapi nak rancang kehidupan ni bukan semudah ko susun ayat nak
berkata-kata. Aku sedang bergiat dengan Shaklee sekarang. Mohon di doakan
semoga bisnes Shaklee ni menjadi platform aku berniaga sendiri… aku memang
boleh buka perniagaan sendiri… aku ada lessen dah nak buka Taska / Tadika. Tapi
aku kurang konpiden… hehhee…. Walaupun grad cikgu budak. Konpiden nak jaga baby
tu menurun dah… tengok lah nanti plan aku ada dah ni.. hehe
5:
Melancong ke beberapa buah Negara yang aku impikan sejak kecil… ni aku
senaraikan ikut ranking yeee
JEPUN – Entah apalah yang aku
minat sangat kat jepun masa kecik dulu. Tapi sampai sekarang aku memang masih
nak ke jepun… tak tahu kenapa… aku punya darah moyang tok nenek kat sana kot…
haha. Maklum mata sepet semacam. Dan aku ada uncle (sebelah bapa) yang sebiji orang jepun
padahal kami semua sespesies bangsa Dusun.
THAILAND – haa ini boleh di capai…
sebab dekat je dengan Malaysia.. naik kereta api pon boleh sampai… hehhe… aku
nak Phuket tu haa dengan Krabi… gila koooo. Tapi pantai sabah Sipadan dan
Manukan dan tawau tu pun pantai dia cantik apa… hurmmmm
EUROPE – haha nak buat ala2 orang
kayaraya… satu minggu dengan trip yang padat gitu.. tapi kena lah tepuk poket Tanya
duit yeeee…
ALASKA – nak tengok aurora… dan
penguin.. haha kan aku memang kebudak-budakan. Aku tak boleh nak berpisah
dengan jiwa budak budak ni…. Well we are only the grown up kids you know… the
kids still somewhere inside our soul. Hehe
Ok sudah sudah lah list ni..
nanti panjang sangat tak ada orang nak baca hehe
2 comments:
Nak seribu daya.. xnak seribu dalih ba wen! Kalau ada rezeki, ada baitu.. hihihi... sia pnya travel wishlist top ranking actually kan Beijing.. tapi, sejak2 MH370 tu... terus mcm tawar hati sikit... huhuhu..
wow..siok jg kan klu ada wishlist ni..tp itu kebun kelapa sawit jg la paling manang..bekalan utk masa hadapan tu :)
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P