Geng Panda Slim

Wednesday, October 19, 2011

Bila Dah Silap, Betulkan Saja.

“Mum, Terima kasih sebab mum bersabar dengan semua karenah ku selama ni. Aku dah buat mum sakit hati banyak kali hanya dalam soal yang remeh seperti ini. Mum mencuba sedaya upaya menyedarkan anakmu yang satu ini. Memberikan aku fikiran. Berusaha memberikan aku jalan berfikir yang betul.
Mum, kalau mum perasa, sebenarnya aku selalu mengelak dengan semua perbincangan yang menjurus kepada persoalan pokok kita. Dan mum dengan rela akan melupakannya dan mum kembali melayan karenah anakmu yang sudah berumur 22 tahun ketika itu. Dan kadang2 kalau mum insist untuk bercakap soal itu, anak mu yang satu ini akan memberontak. Melawan habis-habisan segala cakap mum.
Maafkan anakmu ini mum, bukan niat mahu menyakitimu tapi hati ini terlalu menderita sekian lama dan anakmu ini hampir hilang kerana masalah yang satu ini. Mum I’m sorry If only I know how to fix it soon; you will never hurt like this.
Mum kepulangan aku yang lepas membuat aku mula berfikir. Tu pun setelah dua tahun mum. Aku mula terfikir sebab mum masih memperkatakan hal yang sama tiap kali anak mu ini kembali ke kampung. Dan aku masih kurang jelas hingga kita masih bertekak beberapa kali untuk hal yang sama. Mum, mungkin kedewasaan memberikan aku kematangan berfikir dan perlahan aku mulai menerima kata-katamu. Mungkin mum tak akan percaya tapi cukuplah andai mum gembira dengan keputusan yang aku buat. Cukup jika hanya mum bahagia melihat anakmu ini menurut katamu. Aku juga sudah bahagia mum.
Bersyukur aku pada TUHAN kerana DIA memberikan ruang untuk aku menyenangkan hati mum. Terima Kasih TUHAN. Ramai orang mungkin menentang dan tidak setuju dengan apa yang aku lakukan, tapi terima kasih pada teman2 dan keluarga yang mengerti dan sebab aku melakukan semua ni. Bukan kata orang yang aku nak tapi aku Cuma mahu gembirakan orang yang penting bagiku.
Terima kasih mum kerana nasihat mu kini aku lebih bahagia dengan kehidupan ni. Lebih menikmati apa yang TUHAN sudah sediakan bagi aku sejak awal dahulu.”

Ketika aku sedar akan kesilapan aku, aku mula mempertimbangakn untuk membetulkan apa yang silap dan walupun rasa agak perit dan pedih namun aku tetap dengan keputusanku, Semakin hari aku semakin bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku dan aku cukup Bersyukur akan hal itu. Dan untuk melaksanakan juga bukan mudah bagi aku. Berbulan juga masa yang aku ambil dan akhirnya aku kini benar2 bebas dari masalah yang terhasil daripada cubaan itu. Lebih baik daripada tidak sedar langsungkan? Dan TUHAN terima kasih kerana berikan aku Seorang ibu yang penyayang dan tahu yang terbaik untuk kami anak2nya.




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

11 comments:

dill said...

sayang emak melebihi segala.

dill.

panda montel said...

tu la pasal dill. kasih ibu memberikan kita kebahagiaan

afzalsukasuki said...

betul tu.kalau ada salah silap,admit kesilapan sendriri..dan berani kerana benar.perbaiki mana yang patut dan jernihkan kembali hubungan :)

p[A]n[A]d[O]L said...

org tua lbh tahu apa yg t'baik untuk anknya.. ;)

Just said...

walau mcmana tua sdh pun kita (anak), our mom will still treat us like baby! Am trying am not to hurt my mom but we are human kan.. :)

panda montel said...

@afzalsukasuki: Yearp... thats things that i just done few days before...

@p[A]n[A]d[O]L: betul tu sa sukung yang tu Memang sakit tapi orang tua lebih tahu....

@Just : iYA BA sis, sebagai manusia inda lari tu semua.... kan? yg peting kita sedar dan mau berubah bila da sedar yg kita buat tu salah.

fiezah91 said...

ehee.. mak adalah segalanya. diaorg lebih tau apa yang terbaik untuk kita. walaupun perangai kita kadang2 menyakitkan mak tetap sayang dan tatang kta macam minyak yang penuh.

Anonymous said...

mak adalah segalanya....T_____T rindu mak...hukhuk

Ct Aja said...

kadang2 bila de masalah walau pun tak luah, tapi boleh tidur sambil peluk ibu pun da rasa lega.... betapa kuatnya kasih ibu...

Sumandak Kinabalu said...

Mum is everything to me...even sudah besar panjang, kalau sakit mum still bagi perhatian. That makes me feel so blessed...I think kasih sayang mum tu yang bagi the extra power of healing berbanding ubatan yang kita makan (^_^)

panda montel said...

fiezah91: Yaa mak memang segalanya bagi saya... syukur sedar seblum it's too late.

Syieda_Joy™: :P agree with u.

Ct Aja:bestnyeeee kalau duduk ngan mami. bleh peluk bila ada problem. org duk jauh cik ct. huhu

Sumandak Kinabalu: Tu yg sebaiknya kan. jan diabaikan parents kita... ya... memang tu mcm tu... blessed life is precious.

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91