Geng Panda Slim

Monday, October 24, 2011

Kepentingan Syair dalam Sains

Pagi ni tiba-tiba jari ni terasa nak menaip. Update blog la tu. Setelah semangat semakin pudar untuk mengupdate blog. Hee... well orang macam aku ni.. susah sket nak berdisplin walopun pernah jadi pengawas sekolah. Hahaha.... 

Cakap pasal displin... aku teringat sorang cikgu masa aku form three dulu.. :P nak kata cekgu disiplin, bukan. Tapi cikgu ni memang ‘ganas’ gile. Nampak misai dia pun dah cukup buat aku rasa nak lari tak cukup tanah. Tapi aku paling suka bodek dia. Ha ha ha, kerja yang dia bagi, aku selalu buat baik2 dan aku hantar awal-awal. So, tak da lah aku nak kena bantai dengan dia. Hahha.
Sambung cerita, cikgu ni mengajar subjek Sains. Memang best la dia mengajar sebab pelbagai pendekatan dia gunakan. :P (yg part ni tau setelah diri sendiri belajar jadi cekgu.) Okay, sampai lah kami belajar part biji benih dalam bab entah brapa dalam Sains tu. Masa ni cikgu ni nak kami buat simulasi bagi mempelajari biji benih tu... so kami di minta untuk form a group of 4. Setiap kumpulan akan diberi satu topik berdasarkan buku dan diminta untuk membentangkan sama ada melalui lakonan, sajak, syair dan macam-macam lagi. 
Semasa pembentangan bermula tu, mygroup kut yang first, then cikgu tu cakap apa tau... oleh kerana kami ni semua gurls, dapat pula cara pembentangan dalam bentuk lakonan... dia kata kami bukan berlakon tapi kami “bersilat” hahaha
Then  sampai lah giliran kumpulan Syair. Semua anggota kumpulannye adalah Jejaka yang sedang kembang mekar. (:P) semuanya kelihatan kecut. Dan makin kecut bila nampak muka garang cikgu tu. Cikgu tu duk kat belakang kelas. (terasa nak lukis orang lidi macam Apik buat). Agak lama mereka memulakan, sebab malu dan takut rasanya. Tapi bila cikgu tu marah2, sorang member keluar dan berdiri, lalu bersyair....
            “Ter..sebut..la Ki..sah, satu... ceri..taa..., percambah...an biji... be.....niihhh...” 
Dengan suara agak terketar...(atau memang tone dia kut)  kerana takut. Aku menahan gelak sebab  memang lawak tahap dot dot masa tu...aku perasan kawan-kawan sekelas juga berusaha tahan gelak. Sebab takut dengan cikgu tu.  Kelas pun sunyi seketika. Aku lihat wajah member depan kelas tu pun senyum macam tak senyum je.... dan.. aku tak ingat mcm mana tapi bila kami semua tengok belakang...(arah cikgu tu la)

HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA!!!!!

Ketawa kami pecah berderai dengan loudnye cukup membingitkan :P sebab u all tau tak the moment we toleh belakang tu, kami nampak cikgu garang tu kan, bahu dia terhenjut2 dan dia menekup mulutnya sambil tunduk menahan tawa. Apa lagi.. pecah la semua. 
Agaknye macam ni kut. Haha

Haha... tapi at last benda ni juga yang menguatkan daya ingatan aku masa nak menjawab PMR dulu. :P

Yang baca mungkin tak terasa sangat lawaknye... tapi bagi kami serami 31 org yang melalui, that was one of the moment yang best untuk dikenang.

~ Cikgu garang pun manusia juga. Ye tak? Hehehe... tiap kali ingat memory ni aku jadi senyum dan kadang tergelak sendiri. Org yang berkaitan kalau terbaca... jangan la pula terase yee... aku tak mention nama sesapa pun dan yang tau ( kalau la ada) please be sporting ya. :P




Aku Tulis, Aku Kongsi, Aku Cerita

7 comments:

Ct Aja said...

hahhahahha, cikgu tu pun de prsaan gak...wuhuhuhuuh

panda montel said...

hahaha ye lah cikgu pun manusia juga ye tak haha

fiezah91 said...

haha.. tiba2 aku teringat cikgu fizik aku. garag gak dan susah nak senyum. tapi bila sesuatu yg buat dia senyum dan kami lihat dia senyum nampak comel lak.ekekeke

Nuriy Arisa said...

hahahaha xD

cikgu tue pown gelak jugakk..
mesti klaka kan dorg bersyair..hahaha xD

panda montel said...

@fiezah91: hehehhe mesti ko lega bila nmpk senyumn dia kan? hehehehe

@Nuriy Arisa: ehehe.... memang lawak la juga... he is really make our day that time.

dhiera zainudin said...

satu kelas ada 31 orang?? sikit ye..
sekolah saya da sampai 50 orang utk satu kelas sampai cikgu dekat perhimpunan cakap dia amat alu-alukan sesiapa nak tukar sekolah. LOL..

saya dapat membayangkan situasi ini! buat saya tersenyum sendiri~

panda montel said...

Dhiera: o ya? kami siket je... 31 org je... tapi lebih baik sebab guru dapat tumpukan sepenuh perhatian pada kami. ehhe

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91