Geng Panda Slim

Showing posts with label cabaran menjaga anak. Show all posts
Showing posts with label cabaran menjaga anak. Show all posts

Monday, October 27, 2014

Pekerjaan Surirumah

Menjadi seorang surirumah bukanlah perkara mudah. Saat kepala sakit.... saat badan tak sihat.... tetap kena kerja jaga anak dan uruskan rumah. Bukan macam kerja kat pejabat... bila sakit kita boleh ambil MC dan berehat kat rumah.

Lebih lebih bila kita ada anak kecil ni. Kalau dekat dengan keluarga tidak mengapa.... boleh kita minta tolong sikit... tapi kalau macam aku dan suami yang berjauhan daripada keluarga?

Bukan aku mengeluh... aku tidak menyesal pun. Sebab aku sendiri pilih untuk jaga sendiri anak aku... Bukan nak kata diri sendiri hebat. Tapi cukuplah ibubapa susah membesarkan aku dan yang lain.... tidak pula aku tergamak mahu susahkan mereka untuk turut menjaga cucu mereka.... mereka sepatutnya sudah berehat pada usia ini... tapi kerana aku tidak berupaya beri duit banyak... mereka terpaksa bekerja.

Aku masih belum mampu membalas jasa mereka membesarkan aku...perjalanan hidup aku ni bukanbya senang nak atur macam tu macam ni. Aku ada perasaan juga... ada suamibyang perlu dijaga perasaan... dan paling penting ada anak kecil yang aku tak mahu abaikan kerana wang...

Fahami keadaan.

Tiba-tiba aku ter emo pula dengan entry kali ni... bukan apa... sebab ada oanf suka sangat sindir aku ni. Katanya aku ni lupa budi orang tua... bukan lupa cuma belum masanya ... sabarlah... aku pun ada cara aku juga. Kalau nak sangat tengok la dulu orang tua sendiri... dah ckup makan pakai dah kah? Akucuma terkilan... maafkan aku...

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Thursday, September 25, 2014

Pengalaman Membesarkan Anak Pertama yang Mencabar



Dah berkurun aku tak update blog… cabaran sungguh membesarkan anak ni… bangga dengan ENcik Ben… (korang kenal dia..) sebab beliau masih ada masa nak update entry setiap hari walaupun kini ada dua baby… nak buat auto post aku tak ada idea dan masa nak menaip… 

Malam?  Suami guna laptop pada waktu malam… so siang je la masanya nak blogwalking dan buat entry… tapi masalahnya selama aku diam ni.. anak aku meragam,.. susah sangat nak tidur siang… 

Aku bagi pacifier pun dia tak nak… macam2 aku buat… tetap susah nak tidur siang. Mungkin sebab panas sangat… belum ada rezeki  nak pasang aircond kat rumah ni… tu pun kena Tanya owner kalau dia nak bagi pasang air cond… kesian anak aku… pun begitu bila malam… anak tidur sangat  nyenyak… pukul 7pm ke 7am.. itu purata dia tidur…dana masa tu lah aku nak bersihkan rumah dan buat segala kerja rumah yang tertangguh… 

Cabaran 30 Hari yang aku join ari tu.. terabai begitu sahaja.. Minta maaf kepada penganjur…

Tak boleh jadi macam ni.. aku kena juga cari rentak aku dalam menguruskan anak ni… semalam pula terjatuh depan bilik air… lantai licin sebab aku mop nak bagi sejuk sikit since semalam ada gangguan elektrik dari pukul 10.00am ke 6.00pm tapi menjadi 12.00pm ke 4.00pm sahaja… terimakasih encik TNB…
Sakit badan aku masih terasa. 

Ngilu semacam kat pinggang. Baru 3 bulan aku bersalin… doakan supaya tidak ada benda teruk berlaku…  rasa macam tulang bahu terkehel sikit. Sejak di bangku sekolah.. itulah first time aku jatuh teruk… syukur aku tak pegang baby masa tu… 

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91