Geng Panda Slim

Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari (Day 12) - 5 Wishlist Aku

Wish List Pulak dah.. hehe.
Dulu masa masi budak2 wish list lain… sekarang wishlist dah jadi lain sebab dah bertukar status… sebenarnya aku ni jenis takut nak canang impian aku… aku takut tak dapat capai.. wal hal maksud “impian’ itu sendiri tidak semestinya harus kita capai, tetapi sebagai motivasi untuk memajukan diri dalam hidup.

1: Rumah

Aku mengimpikan rumah yang aku design sendiri… tidak perlu besar, cukuplah ada 4 bilik comel dan harus ada tingkat atas… dan ada halaman sedikit sebab aku nak tanam bunga dan sayur sikit. Tapi kalau aku dudu Kuala Lumpur ni… memang tak akan tercapai la impian tu sebab tanah mana nak cari nak buat rumah kat KL ni? Kalau aku nak balik kampong okay lah… hehe tapi tak tahu bila…

2 : Kereta

Aku xnak mention sebenarnye kereta ni tapi memandangkan dah wishlist… ahaha… aku nak kereta dua jenis je… kalau aku mampu aku nak Volkswagen tu…  hihi

3: Kebun Kelapa Sawit

Aku ada beberapa hektar tanah… adalah dalam 5-10 hektar… so aku nak bukak tanah tu untuk tanam kelapa sawit. Biar kecik… janji usaha dan aku pasti ia akan bantu aku dan anak-anak aku nanti… itu je la harta yang mampu di wariskan… sekangkang tanah yang harus aku dan suami usahakan terlebih dahulu. Yang ni aku memang serius, Cuma aku tak tahu bila sebab tanah kat Sabah aku dan suami kat KL. Huhu. Tuhan tau bila. Plannya itu tepat pada waktunya.

4: Business Sendiri.

Aku dan suami sememangnya nak bisnes sendiri. Serius mahu berbisnes… nak seribu daya. Tak hendak seribu dalih kan… tapi nak rancang kehidupan ni bukan semudah ko susun ayat nak berkata-kata. Aku sedang bergiat dengan Shaklee sekarang. Mohon di doakan semoga bisnes Shaklee ni menjadi platform aku berniaga sendiri… aku memang boleh buka perniagaan sendiri… aku ada lessen dah nak buka Taska / Tadika. Tapi aku kurang konpiden… hehhee…. Walaupun grad cikgu budak. Konpiden nak jaga baby tu menurun dah… tengok lah nanti plan aku ada dah ni.. hehe

5: Melancong ke beberapa buah Negara yang aku impikan sejak kecil… ni aku senaraikan ikut ranking yeee  


JEPUN – Entah apalah yang aku minat sangat kat jepun masa kecik dulu. Tapi sampai sekarang aku memang masih nak ke jepun… tak tahu kenapa… aku punya darah moyang tok nenek kat sana kot… haha. Maklum mata sepet semacam. Dan aku ada uncle (sebelah bapa) yang sebiji orang jepun padahal kami semua sespesies bangsa Dusun. 


THAILAND – haa ini boleh di capai… sebab dekat je dengan Malaysia.. naik kereta api pon boleh sampai… hehhe… aku nak Phuket tu haa dengan Krabi… gila koooo. Tapi pantai sabah Sipadan dan Manukan dan tawau tu pun pantai dia cantik apa… hurmmmm


EUROPE – haha nak buat ala2 orang kayaraya… satu minggu dengan trip yang padat gitu.. tapi kena lah tepuk poket Tanya duit yeeee… 

ALASKA – nak tengok aurora… dan penguin.. haha kan aku memang kebudak-budakan. Aku tak boleh nak berpisah dengan jiwa budak budak ni…. Well we are only the grown up kids you know… the kids still somewhere inside our soul. Hehe



Ok sudah sudah lah list ni.. nanti panjang sangat tak ada orang nak baca hehe

2 comments:

Just said...

Nak seribu daya.. xnak seribu dalih ba wen! Kalau ada rezeki, ada baitu.. hihihi... sia pnya travel wishlist top ranking actually kan Beijing.. tapi, sejak2 MH370 tu... terus mcm tawar hati sikit... huhuhu..

Jj said...

wow..siok jg kan klu ada wishlist ni..tp itu kebun kelapa sawit jg la paling manang..bekalan utk masa hadapan tu :)

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91