Wah cerita masa child hood pla
dah…. Hurm banyak sangat kenangan lucu aku
masa budak budak dulu…tak tahu nak cerita mana satu untuk cabaran ni…
apa kata you all baca kat bawah…
Berlaku sekitar 1998. Mak aih tua
dah aku rupanya. Hehe… aku
dan kawan-kawan pompuan sekelas suka sangat
mandi sungai. So setiap petang kami akan mandi sungai. Maksudnya setiap kali
selesai sesi persekolahan kami ber-5 akan ‘escape’ ke sungai dahulu. Dulu-dulu
kan… mana la ada ibu bapa nak hantar/jemput anak ke sekolah. Satu kampong macam
satu keluarga… saling menjaga anak orang. Hebat kan… Well nak cerita kisah ni,
kami ada satu tempat kira pabret untuk mandi sungai ni. Kawasan tu kira agak dalam untuk kami. Tapi memandangkan
kami semua anak kampong dan tahu berenang dan menyelam. So tak ada kerisauan. Lagi
pula kawan sungai tersebut airnya sudah dihalang dengan batu jadi alirannya
tidak deras. Tenang dan jernih dan sejuk… mak aihhhhhh sejak aku menetap di
kl ni aku dah tak pernah merasa air sungai sejuk jernih dalam dan tenang tu. Rindu sangat nak mandi sungai ni…SEGAR dan
sedap nak tidur selepas mandi sungai.
Panjang mukadimah, sesi persekolahan
habis dalam pkul 12. Kami akan mandi sehingga 1.00pm ke 2.00pm gitu, so parents
tak syak… mandi pula mandi Naked so
memang xdapat di kesan la…kalau di Tanya… bagitau je singgah rumah kawan buat
homework. Wahahaha. Tak baik menipu okay… Alkisahnya satu hari tu kami terleka dan
terlebih masa mandi…sampai pukul 3 lebih kot.. tiba-tiba kami di kejutkan
dengan suara mak kawan kami yang sorang. Sebelum dia sampai ke sungai… kami
cepat2 lari lintang pukang. Korang boleh bayangkan situasi budak-budak lari
sambil jinjit bag dan uniform sekolah dalah keadaan naked tak.. wahahahha…. Kami masuk belukar dan pakai baju then running man balik rumah masing-masing.
Aku tak tahu lah kawan2 kena
hambat ke tak dengan parents… tapi aku selamat sebab parents aku memang ke
kebun dan hanya balik petang. Lagi pun parents aku dah biasa dengan sikap aku
dan adik yang suka mandi sungai sambil tangkap ikan. Balik rumah.. boleh goring
dan makan bersama mereka. Bukan sikit ikan.. mau sebesen penuh… tangkap dengan
tangan atau guna siud
Well entry untuk cabaran kali ini panjang
sedikit memandangkan aku ada idea bernas dan puteri kesayangan lena di ulit
mimpi… hehe.
5 comments:
hi. salam perkenalan. siok baca blog ko jadi sa terus follow :) best o kan membesar di kampung. banyak pengalaman best2 & lucu...
sy membesar d bandar owh.. tp selalu balik kampung.. heheh.. kg mamy sy teda sg.. kg dady sy baru ada sg.. huhuhu
zaman kanak-kanak memang best kannn :)
hi salam kenal :) seronok baca kisah dulu-dulu.. hidup di kampung memang byk kisah menarik & nakal camtu hehe
good luck ^_^ v
done follow here ^^
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P