Pernahkah anda mengalami sakit di bahagian tengah dada betul-betul pada bahagian bawah pertemuan tulang rusuk? Rasa pedih dan ngilu yang teramat sangat pada bahagian itu?
Well saya telah mengalami sakit seperti itu selama hampir 16 tahun. Mulanya saya tak risu apa-apa. Maklumlah zaman budak-budak dulu kan. Manala sa faham semua tu.
Sehinggalah satu insiden berlaku pada saya ketika saya berada di dalam program orientasi pelajar Tingkatan enam rendah pada tahun 2006.lebih kurang 4 tahun lalu. Saya tiba-tiba pengsan dengan tiba-tiba dan itu sangat sakit kerana saya rasa yang teramat pedih pada bahagian ulu hati, dan kepala saya sanagt pening, selepas itu pengelihatan saya gelap. X dapat berbuat apa2 dan sedar-sedar saya dah di angkat ke bahagian urusetia.
Walaupun demikian saya masi tidak melakukan apa-apa tindakan. Saya memang takut, tapi saya sering menahan kesakitan dan saya semakin pandai menahan sakit yg saya alami. Semakin hari saya semakin merasakan kesakitan tersebut dengan lebih kerap…
Dan satu lagi insiden berlaku pada sem lepas setelah saya berada di Universiti ini… malam itu saya terjaga dari tidur kira kira pukul 2.30 pagi. Saya terasa mual dan sangat tidak selesa even dalam tidur pun terasa. Lalu saya ke tandas untuk buang air kecil, namun sebaik masuk ke tandas, tiba-tiba muntah saya keluar berterusan. Seolah2 tidak akan berhenti. Saya risau…. Saya mulai teringat semua kesakitan yang saya alami selama ini dan tertanya-tanya, adakah ini kemuncak kepada segalanya. Sangat sakit saya rsakan.
Mual di tekak, sakit di ulu hati, pening di kepala, pedas di perut. Semuanya buat saya muntah. Saya minum air dan kembali tidur, namun 5 minit kemudian saya terjaga semuala dan sekali lagi saya muntah. Hal tersebut berulang sekali lagi dan saya mulai risau. Saya terfikir tidak mahu mati pada saat ini kerana. Hanya mumy dalm fikiran saya. Dan saya berusaha mencari ikhtiar. Dahlah pukul 3 pagi, semua house =mate pla tido. Nak panggil sapa? Syukurlah saya ada kredit. Saya call housemate sem lepas yang lebih rapat dengan saya yang kebetulan hanya berada dia tingkat bawah rumah saya dan minta tolong dengannya.
Dia panggil felo dan saya di hantar ke klinik. Di klinik saya di berikan satu suntikan dan glucose sebungkus. Saya sebetulnya perlu ditahan namun saya menolak dan memilih untuk kembali ke rumah. Kesedaran saya untuk menjaga tabiat pemakanan bertahan selama 2 minggu selepas itu.
Namun saya masi mengalami kesakitan seperti biasa selepas itu. Dan saya sekali lagi ke klinik swasta. Saya di beritahu agar menjaga pemakanan, berpantang dan elakkan makanan yang asam, pedas dan telalu manis serta bergoreng.abis tu ank makan apa? Sup sayur? Sedap juga.Dr. klinik swasta memberikan saya ubat yang saya perlu habiskan dalam masa 2 minggu kalu saya tak silap dan kembali semula ke klinik untuk teropong perut namun sehingga sekarang saya xdatng sebab saya tahu itu sakit.
Well, saya malu juga untuk mengakui ni, but skang ni saya kena makan banyak kali utk menampung keperluan perut saya kekal tanpa terasa sakit…kadang-kadang sakit tu bertandang juga. Namun saya sabarkan hati untuk itu. Saya semakin sering sakit lebih lebih jika tidak sempat mengambil nasi pada waktu tengahari dan sarapan dan makan malam. Bersabar saja la. Penyakit ini di klasifikasikan sebagai GASTRIK;
Apa itu Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Penyebab Gastrik

Perut meliputi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk. Orang dewasa mempunyai perut sepanjang lebih kurang 25 sentimeter dan boleh mengembang untuk menampung sehingga satu gelen makanan dan minuman.
Tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas semasa perut kosong. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang. Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus. Daripada mulut, makanan perlu melalui saliran makanan yang panjang dan berotot yang dinamakan sebagai esofagus sebelum sampai ke perut. Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang menggodak makanan sehingga hancur.
Kelenjar pada dinding perut, dalam masa yang sama, merembeskan jus gastrik termasuk enzim dan asid perut bagi membantu mencernakan makanan. Salah satu asid termasuklah asid hidroklorik yang bersifat kakis dan boleh melarutkan besi. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Punca-punca lain Gastrik:
1. Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
2. Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Pengambilan kokain
4. Merokok
5. Stres
6. Gangguan autoimun
7. Penyakit crohn
8. Radiasi dan kemoterapi
9. Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
10. Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
11. Rembesan asid gastrik yang berlebihan
12. Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
13. Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Gastritis terbahagi kepada dua:
i. Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
ii. Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.

0 comments:
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P