Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Monday, November 3, 2014

46 Jam tanpa Elektrik dan berterusan

Genap 46jam rumah aku tidak mempunyai bekalan tenaga elektrik... sudah mengadu kepada TnB... bila diorang datang cek... masalahnya adalah masalah internal... bermaksud kerosakan pada suis utama milik building maintainance.

Kalau aku saja dan suami... aku tak.kisah sangat pun sebab kami berdua boleh mandi bila terasa sangat panas tu... tapi kesian pada anak kecil aku... Leona... umur baru 4 bulan....aku risau dia kenapa kenapa...

Balik pada cerita asal... orang maintenance kata hari ini baru boleh setelkan.... tapi tengoklah... dah petang macam ni pun masih tidak ada bekalan elektrik.... aku rasa aku dah nyawa nyawa ikan... rasa nak menangis pun tidak ada guna... benci dengan sikap tidak bertanggujawab mereka... orang tidak ada elektrik boleh pula dia bagi tangguh tangguh nak buat benda tu...

Tak tahu nak mengadu kepada siapa... Nak minta tolong pihak maintainence tu segerakan kerja mereka... banyak benda x boleh buat tanpa elektrik... pakaian anak aku da nak abis... baju kerka suami tak bergosok.... kesian dia ke tempat kerja dengan baju tak bergosok...

Aku serius aku rasa mqcam tinggal kat dalam hutan.... tapi hutan walaupun xda elektrik still lagi sejuk... Kuala Lumpur ni... hutan batu... bising dan panas... Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku. Rasa macam nak sembelih orang tu pun ada...

Kalau lah ada hotel.bajet dekat dengan tempat tinggal... nak aje aku p.check in dan stay sana sampai la ada elektrik tapi yang paling dekat pun MH hotel.. itu maw ratus satu malam....

Yang paling kesian dalam.hal ni anak aku la. Dia tak boleh tidur kot ...




SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

2 comments:

Fatihah Fazlin said...

Alahaiii.. kesian bby leona kena berpanas.
Nik pun paling lemah semangat kalau tak de letrikk..

Jj said...

aduh..46jam tanpa karan? lagi2 ada baby..huhu.. tak boleh la macam ni..

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91