Geng Panda Slim

Friday, November 14, 2014

"Pakaian Ego" yang Membunuh

Ramai sungguh golongan berpendidikan abad ini.
Baguskan.... maksudnya tahap pemikiran kita semakin meningkat. Makin mudah kita nak membuat pertimbangan dalam pelbagai hal.

Tapi yang tak eloknya adalah... bila kita merasa kitalah yang terhebat sehingga kita menjadi ego... sukar menerima pandangan dan cara berfikir orang lain... kita jadi self centered.".. ya aku sahaja yang betul.. mereka tidak...."

Inilah pakaian golongan berpendidikan abad ini. Menganggap hanya diri mereka lah betul dalam segala hal. Aku tak menafikan.. aku juga memakai 'pakaian ego' ini. Memang sukar nak tanggalkan. Lebih lebih lagi bila kita berdepan dengan orang yang mempunyai pencapaian pendidikan yang lebih rendah daripada kita dan cuba mempertikaikan sesuatu yang kita mahir. Arghh.. memang kalau boleh nak bagi dia ceramah sampai akar umbi kan?

Teringat kata kata Dr. Mahani mengenai ego ni... pakaian semua orang yang semakin berpendidikan. Lumrah katanya... dan inilah yang menghalang kita untuk berjaya... 'sukar menerima teguran'... 'keras kepala dan aku saja yang betul'.... memusnahkan karier dan kehidupan kita ...

Apakata kalau kita mula merendahkan hati kita... bukan nak merendahkan diri kita sampai di pijak... tapi cukuplah jika kita layan orang lain macam mana kita nak orang lain layan kita balik...

Aku cuba sedaya upaya untuk menerima teguran orang lain. Tapi yang sedihnya... bila kita buat begitu... orang lain akan anggap kita bodoh dan mula memperlekehkan kita... di situ cabarannya sebenarnya... jangan kembali bersikap ego... rendahkan hati.... stay humble and dont be egoistic...

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

1 comments:

Mrs. A said...

Bila baca tajuk jer...ingatkan betul ada pakaian yang membunuh. ;-)

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91