Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Wednesday, November 26, 2014

Cara Menjaga Batteri Telephone

Satu gadget baru ada dalam tangan aku. Samsung Galaxy S5. Maka perkara pertama yang aku risau adalah penjagaan batteri. Aku cukup risau sebab Samsung Galaxy S2  aku tu dah tak berapa nak okay dah batterinya.

Aku tanya sana sini. Releven lagi ke tak untuk kita mengecaj phone baru ni selama 6-8 jam sekarang ni.  Sebab kata si penjual aku kena caj sehingga 6 jam. Which is aku tak suka...

Tanya kawan-kawan, kata still nak kena buat. Ada juga yang cakap tak payah dah sebab dah semakin canggih. Jadi untuk kepuasan diri sendiri,aku google... kalau goògle dalam bahasa Malaysia memang tak jumpa apa-apa pun. Tapi kalau google dalam bahasa inggeris.... memang berlambak tipsnya.

Jawapan persoalan aku:

Tak perlu dah caj sampai berjam jam. Setiap gadget baru tu kena habiskan dahulu batteri sedia ada.... kemudian caj dalam keadaan phone off. Bukan phone lock okay. Lepas tu cukup sekadar 100%. Jangan nak tunggu lelama... nanti overcharge boleh damage batteri juga tu.

Okay...antara tips praktikal menjaga jangka hayat batteri adalah memastikan peratusannya sentiasa 'top off'. Maksudnya, usaha kekalkan peratusan batteri dalam lingkungan 40%  ke atas.

Jangan biar mati atau zero percentage baru nak caj... sebab batteri jenis li-ion digunakan oleh kebanyakan handphone bijak-pandai abad ni mempunyai hayat tertentu dan hayat ni akan berkurangan setiap kali satu pusingan penuh pengecasan dan nyahcas berlaku. Err maksudnya... nyawanya berkurang satu pada setiap pengecasan dari kosong ke 100%.

Faham tak?

Tak faham, pi belajar sendiri. So pandai pandai la makesure batteri tu sentiasa di tahap ni yeee... tapi jangan pula guna masa sedang caj... itu pun merosakkan batteri tau..

Baiklah selamat mwnjaga batteri anda okay....

Aku cukup suka dengan S5 ni. Caj dia kejap je... dalam sejam dah penuh. Aku online sehari... blum.habis... :)

Samsung Galaxy S5 jadi pilihan....

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91