Geng Panda Slim

Saturday, November 15, 2014

Air "pee" bayi Kekuningan: Apa yang harus di lakukan

Sekarang ni aku tengok pee Leona nampak kuning sikit...hurmmm.... aku yang kurang minum air ke?

Rasanya tidak.. sebab aku minum air kosong sekurangnya 3 liter sehari. Dan selalunya aku minum lebih... jadi kenapa "pee" Leona kuning?

Mesti ramai parents baru alami hal yang sama kan. Well tindakan pertama ialah....harus rujuk umur bayi anda...untuk kes Leona... dia baru saja menjangkau 4 bulan 3minggu. (Cepatnya masa berlalu)

Jadi... Leona tak perlukan air lagi setakat ni... kencing dia yang berwarna kuning tidak bermaksud dia sedang dehidrasi...Leona seorang yang active... pantang di letak kat tilam kakinya sibuk menendang udara... meniarap... bergolek dan mengengsot ke belakang... suka juga membebel sambil menjerit kesukaan. Semua aktiviti dia ni akan menyebabkan dia berpeluh dengan lebih banyak...

 Hal tersebut buatkan air yang keluar melalui pee'nya berkurangan dan menjadi kekuningan.

Usah berikan bayi dibawah enam bulan minum.air (samada brestfeed atau formula) kerana anda mungkin akan menyebabkan bayi anda merasa kenyang dan tidak mahu menyusu... selain mengganggu penyerapan nutrient daripada susu yang diminumnya

Malahan terdapat kes terpencil yang disebut "water intoxication" yang boleh menyebabkan sawan atau lebih teruk...koma.

Unless seorang bayi sudah berumur 6bulan ke atas...bayi boleh diberi minum sedikit. Sila rujuk doctor untuk sukatan yang sepatutnya... itu pun jika bayi kehausan. Seorang bayi itu hanya boleh diberi minum air mengikut kemahuannya selepas dia berusia setahun.

Jadi apa harus di buat?
Cukup.dengan susukan bayi yang berumur dibawah 6 bulan.... air kencing yang kekuningan sedikit masih normal...

Banyakkan membuat pembacaan sebelum.anda mengambil sebarang keputusan terhadap bayi anda...

Sumber: translation from http://www.babycenter.com/408_when-can-my-baby-drink-water_1368488.bc

SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

1 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91