Geng Panda Slim

About Me

My Photo
A fully housewife for a man named Gabril and A Mother of a daughter Leona,
A kampung girl that grow up in a rural kampung in sabah and now I am currently living here Jungle of Rocks (Kuala Lumpur)

Thursday, November 6, 2014

Kisah Hidup 3 hari 2 Malam tanpa Elektrik Di Kuala Lumpur



Hari selasa dalam pukul 2.00pm, bekalan elektrik kembali normal di kediaman kami…

Syukur yang teramat sangat. Masa tu aku tengah basuh kain baju Nana kat bilik air… hampir habis satu almari kot baju dia dah digunakan… nak tak nak aku kena basuh guna tangan.
Sebaik elektrik ada, aku terus quit dan masukkan dalam wash machine… punya pemalas… kan?  Well buat apa nak simpan wash machine tu sampai berkarat kan… 

Lagipun sebenarnya Nana dah lama merengek nak menyusu dan kepanasan masa tu… aku suruh dia bersabar… Gila ko suruh budak kecik 4 bulan bersabar dan tahan lapar serta mengantuk??? 
Tapi anak aku cool je… janji dia nampak aku kat tepi dia… aku bawa je anak tu masuk bilik air… letak dia dalam Rocker… memang berguna betul rocker yang aku beli dengan DIYA Nadia (PinkyMomma)… terima Kasih DOUBLE Qd’s Mom…(sangat Murah.. murah 50% dari market price)

Bila aku susukan aje budak tu… Terus tertidur.. lamaa dia tidur… sebab dah ada elektrik dah tak panas sangat… kesian dia… 3 hari 2 malam berpanas… tidur dia memang tak lena… 20 minit bangun sebab panas…  lenguh tangan nak mengipas… 

Pasal peti sejuk… oleh sebab benda berlaku pada subuh ahad… jadi peti sejuk kami penuh dengan stok untuk seminggu… sebab biasanya kami beli barang dapur pada hari sabtu. Nak tak nak terpaksa buang segala  isi peti sejuk… yang tinggal hanya sos dan rempah aje… Sandi yang teramat…. Dalam rm150 juga la terbuang begitu aje… 

Tapi apa pun aku bersyukur sekarang dah ada eletrik…


SHAKLEE Suplement terbaik Tanya saya anything dan saya akan jawab setiap persoalan anda… boleh email: wen25cyanor@gmail.com/ Facebook: https://www.facebook.com/wen.wink ataupun boleh weechat ID: wenwink_gab.

0 comments:

Post a Comment

Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P

Popular Posts

 
blog ini diedit oleh fiezah91