Seorang kawan menulis pada ku.... katanya...,
“Pernah aku berfikir. Mengapa sehingga saat ini aku masih mencari dia.... ugh...? di ketika aku sudah punya orang lain? Ketika aku kini sudah punya insan lain disisiku? Kenapa hati ini masih mencari dia dalam lipatan kenangan? Kenapa aku masih merindui dia? Jauh dalam hatiku berkata, aku akan mencintai dia sedalam-dalamnya. Namun sedalam mana cintaku padanya, lebih dalam aku akan kuburkan perasaan itu. Namun, jauh disudut hatiku, aku masih berharap akan ada sinar pada kami.. walau insan lain disisi kami”
Aku terkedu sebentar membaca tulisannya.... dan aku menyambung lagi bacaan pada tulisannya...
“Kau, siapa pun kau dan siapa pun aku saat ini, setelah bertahun, aku masih merindui kau. Sehingga kadang aku masih mencari kenangan yang lesap di antara kita. Sehingga saat ini aku masih berkata, aku sayang kau, dan aku cinta kau... namun hanya di hati.. di bahagian paling dalam agar aku mampu melalui hari2 yang ada. Kau tahu, aku masih mencari diari cinta aku pada kau. Sudah kutinggalkan ia sejak kita berpisah dahulu tapi, kau tahu sampai suatu saat aku akan kembali mecari diari itu, membaca kebahagian yang pernah kita kecap. Mengusap kenangan pada tulisan kau pada diariku. Apakah itu tanda aku masih mencintai kau? Ya, aku masih mencintai kau, namun luka itu kau tanam terlalu dalam.... parutnya melebihi kemampuan hatiku untuk di tampung...”
Airmataku gugur setitik bila aku membaca warkhah sang teman yang ini.
“Kau, jika kau pernah sedikit menyayangi aku, ku minta, sayangi la aku didalam lubuk hatimu melebihi dia atau sesiapa pun, aku tak minta kau ungkapkan depan aku, aku tak minta kau kembali pada aku dan aku juga tak mahu kembali pada kau. Kerana aku tak mahu akan ada hati yang terluka lagi... aku Cuma mahu bersama kau dalam hati ku...pahit bila kita mencintai seseorang tanpa pernah mampu untuk kembali kepadanya. Melupakan kau lagi sukar daripada mencintai kau.. jadi aku memilih untuk mencintai kau...walau hanya dalam hati aku. Walau hanya kita bercinta dalam taman hatiku yang tersembunyi dan walau hanya aku yang tahu dan mungkin hanya aku yang berimaginasi. Semoga kebahagiaan mu dan kebahagiaan ku berkekalan.”
Mulianya hati mu wahai teman ku... sungguh aku tabik dengan tulisannya... tinggal satu perenggan terakhir...
“ kau, andai saja kau pernah membaca luahan ni, ku harap kau merasakannya didalam jiwa kau... percayalah, andai kau membacanya, aku memang tujukannya untuk kau. Cuma aku tak mampu memberikan pada kau seperti waktu kita bersama dahulu... sebab kini kau milik orang lain... dan aku milik orang lain.... sukar bagiku tapi aku tau terbaik untuk kita dan untuk orang lain agar tidak ada lagi orang terluka. Semoga kau bahagia”
Aku melipat tulisan sang teman dan menaipnya kembali di ruangan ini sesuai dengan permintaan nya...
p/s: kadang-kadang bila aku baca balik tulisannya yang ini, aku jadi sebak. korang?
7 comments:
wen...
aku tak pernah ada diari..
kt mana aku nk kutip kenangan2 lepas wen..??
em. sebak.
moga kawan kamu bahagia dengan kehidupannya. jadikan yang lepas tu memori semalam.
dill.
@missSengetNget, cari kat tepi jalan... hehe
puitis~
ex-boifren ea?
@dhiera heee ye dhiera ni ex bf. kawan aku... anyway thanksss
Huwaa..sedih sebab is like my feeling too!
dan akhirnya spt kwn wen jgk ~ sobssobs
@Ana Aishah heee wen doakan moga ada cerita d sebalik semua itu dear... actually tis story didn't end yet...
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P