Buah ni banyak kali aku tanyakan kepada kawan-kawan semenanjung. Sejak awal aku ke semenanjung sehingga sekarang, tidak pernah jumpa pun buah ni dan tak pernah ada sorang pun mengaku kenal buah ini.
Errr terasa diri terlalu rural kejap. Hehe. Bah... kenapa dengan buah ini? Kami (orang sabah) panggil buah ni dengan nama buah tarap.
Sebelum mengandung hari tu... suami mengidam nak makan buah ni. Rasanya lemak manis.... macam nangka tapi isinya lebih lembut dan baunya lebih wangi dan sedap.
Boleh di buat kuih juga tapi aku lebih suka makan begitu sahaja. Kalau dah ranum la. Bijinya boleh di goreng tanpa minyak dan dimakan gitu saja. Macam kacang...
Aku juga suka makan buah ni mentah mentah... hehe tapi kena tunggu buahnya cukup matang tapi belum ranum. Kena pandai pilihlah. Lamanya tak makan buah tarap mentah... makan macam snek je... makan macam makan buat apple...
Boleh juga dibuat sayur. Pun sebelum ianya ranum lah.... lebih sedap tarap muda dibuat sup ayam ataupun digoreng dengan sardin... perghhhh lamanya tak makan... balik kampung mesti tak kena musim buah. Tahun depan aku nak balik masa musim buah.. supaya aku boleh join pesta durian di Ranau dan makan buah tarap sepuasnya. Haha... eh terlebih sudah.
Hurm kalau ada sesiapa rakan di semenanjung yang kenal akan buah ni dan tahu di mana bolwh didapati... mohon jasa baik untuk contact aku ye. Apa lagi jika terdapat di sekitar Kuala Lumpur.
1 comments:
wen, aku makan buah ni masa gi sabah aritu.. sedap..!
memang dah lama teringin nak makan.. sebab ada sorang kwn sabah aku suka tunjuk gmbr buah ni kt fb..
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P