Finally… we come to the end. Empat tahun yang lepas, aku tiba di
UPSI. Masa tu berbagai perasaan timbul. Tetapi perasaan masa tu lebih kepada
nervous sebab akan menghadapi kehidupan universiti, takut tak dapat sesuaikan
diri.
Believe or not, dulu aku sangat takut kalau aku tak dapat cari
kawan kat universiti ni. LOL. Yeah memang lawak. But then, semakin hari aku
semakin belajar, semakin dewasa ni semakin sukar mencari kawan yang ikhlas dan
benar-benar kawan. Sebab tu aku selesa
bersendirian. Kawan aku pun balik-balik itu juga, bukan tidak dapat terima orang
lain, aku ok ja, Cuma to stick like a glue.. itu mustahil. Beberapa orang je
kawan rapat yang aku ada.
Yeah… esok hari terakhir kami
akan dapat duduk bersama dalam satu kelas. Banding dengan dulu, aku rasa nak
menangis sebab terlalu ramai orang yang aku tak kenal, sekarang ni aku nak
menangis sebab semua 87 orang rakan sekelas sudah dikenali. Sedih hendak
berpisah. Tapi inilah realitinya kan.
Dulu aku ingat pembentangan yang
pertama dengan slang sabahan yang pekat tu. Sekarang aku sudah boleh bentang
dengan relax dan menggunakan slang peninsular yang diorang kata standard
language tapi bukan bahasa baku pon. Cintai
Bahasa Baku Campaign.
Dulu, kalau nak berkomunikasi
dengan rakan sekelas, aku selalu cakap bahasa inggeris sebab takut mereka tak
faham slang Sabah aku. Rupanya mereka lagi tak faham bila aku speak in English. Sekarang, aku bantai
je cakap sabah dengan kawan semenanjung. Hahaha. Dan mereka faham. English guna
juga tapi most of the time communicate
with the Chinese, foreign student and the lecturer only.
Dulu aku susah cari makan,
semuanya pedas dan aku selalu gastric bila makan makanan pedas2 yang di masak
oleh restoren melayu. Aku selalu menangis sebab susah sangat bagi aku nak cari
makanan yang tak pedas. Tapi sekarang, aku kalau tak ada cili, boleh xda
selera. Terbawa2 balik kampung, masak sup, pedas. Masak sayur, pedas, goreng daging,pedas.
Semua kena pedas. Hahhaa. Sampai jerawat pun naik.
Kalau nak senaraikan semua yang
aku rasa ni, sampai sudah tak akan habis. Dan tak akan siap. Hehe.
Yang Penting HATI Bah.
2 comments:
sup ikan dekat wan wan KK pun sedap bah...
wen...kamo da abes blaja da?
da nak balek sabah bah?
meh la kita berjumpa-jumpa dulu meh. heh...
Post a Comment
Bace dah, Gelak dah, Nangeh da? Hmm KOMEN LEEE.. :P